Kasut

Plan nak ke Satun, Thailand dengan in laws. Asalnye rasa macam kerja banyak so tak dapat nak join. Tapi pikir-pikir balik, pegi la kejap lepaskan tekanan tapi dengan syarat lepas ni no more sampai la aku settle semester akhir ni. Hahaha nak pegi tapi pasport guwe udah mati. So Mr. Z sila amik cuti untuk bawak saya renew pasport, kalau tak babai Satunnnnn. Tapi apa-apa hal last week sebaik saja aku kata yes terus ajak Mr. Z pegi Setia City Mall. Apa kena mengena Satun dengan Setia City Mall?? Eh ada! Aku nak carik kasut. Abis takkan nak pakai heels Hush Puppies aku or Scholl. Harus la mencarik kasut yang sesuai. Bila langkah kaki laju aktiviti menshopping pun insyaAllah lancar.




Skechers Flex with Memory Foam tajuk dia.

Cantekkk tak?? Nak selesa harus kena carik Skechers aje la. Kang kalau tak cari kasut yang comfy payah nak berjalan. Aku ni dah la kaki injured 4 tahun lepas pun tak baik-baik, ada kurang la tapi baik sepenuhnya tu belum lagi. So bab kasut memang aku sensitif sikit. Beli kasut or sandal kena tengok cutting dia jugak, sebab sebelah kaki still bengkak. Kang sebelah muat, sebelah lagi tak boleh masuk.  Plus sejak dulu lagi Mr. Z sangat concern bab pemilihan kasut aku. Aku ni tak dapek la nak tengok kasut berkenan di mata terus beli. Kirim salam. Kalau dia check kasut tu tak mematuhi spesifikasi yang dia izinkan, harus la kau pejam mata aje. Dia tak kesah berhabis duit untuk beli kasut aku asalkan aku tak beli kasut yang cantik di mata tapi hazabbb kan kaki. Haaa kau cite pasal kasut je pun, sebabnya nak berjalan haha.

Aku pun tak tau apa ada kat Satun tu. Harapnya best la, seriously in need of a simple and short vacation. Serabut weeyy kepala hotak aku.

0 comments: