Thursday, April 10, 2014

Promo Hotel UiTM

Edit Posted by with No comments
Entry kali ni more pada nak promote Hotel UiTM, UiTM dihatiku la katakan. After balik Penang hari tu kan aku cakap husband aku outstation kan so aku 'bertapa' la kat Hotel UiTM Shah Alam. Lagipun rumah kena catu air, so baik berambussss. Selalunya sini la pot aku sebab ada few times yang husband aku outstation so aku larik dok hotel. So bermalam la aku 2 malam.


Masa call buat reservation hari tu, diorang cakap tinggal bilik yang ada 2 single bed aje. Eh I tak kisah, I nak stay sorang aje. I kan nak cari ketenangan. Aku tak ingat tapi rasanya standard room je ni. Price RM150 tapi sebab guna staff rate kurang la sikit. Tapi yang aku nak puji, standard room dia pun dah cukup puas hati pada aku. Neat & tidy. Teringat masa pegi satu negeri tu hari tu, kemain lagi bilik cantik dalam website tapi hampeh. So far kalau Hotel UiTM aku sangat puji bilik dia, kalau ada kesempatan ke Dungun, Terengganu try la stay kat Hotel UiTM, Dungun. 










Last time aku stay sini last year, tapi this year menu dia dah bertambah, banyak choice okay dan harga pun sangat reasonable. Apalah maknanya stay hotel tanpa menggodek menunya kan. Tapi sebab aku stay 2 hari je so tak dapat la rasa semua hahahahaha. 


Mee Padang Kota

Aku dah rasa Mee Padang Kota ni. Ala mamak style dia masak. Tapi sedappppppp. Ikut tekak aku la, tekak korang aku tak tau brand apa haha.


  Nasi Goreng Pagoda

Chinese style fried rice. Tak pedas yang ni tapi sedapppp jugak. Sauce dia pun memang sedap. Jangan tanya aku ulam-ulam tu sebab aku kan tak makan sayur.



Ini standard room Hotel UiTM Shah Alam gak, masa aku stay last year. Picture below ni kat Hotel UiTM Dungun.


Pintu masuk


Sea view




Tapi aku rasa standard room kat Hotel UiTM Dungun ni lagi besar. Eh memang besar pun. Nampak tak bekalan atas meja tu, itu nak makan berbuka. Aku pegi ni masa tengah bulan puasa. Ada keropok lekor kelulut lagi kauuu. Abaikan plastik berjenis-jenis tu, bulan puasa bukankah nafsu makan itu berleluasa hahaha.




0 comments: