Resipi Puding Roti Gula Hangus

Resipi ni atas usaha google sendiri dan dapat dari blog. Bukan resipi aku sendiri. Hanya mencoba-cobaaa untuk santapan perut sendiri. Ilustrasi di bawah adalah hasil cobaan sendiri jugak. 

Bahan-Bahan:
Roti (4 keping) 
Telur (2 biji) 
Gula 
Susu cair (1/2 tin) 
Esen vanilla 
Loyang kecil

Cara-cara:
Langkah 1 (Roti)




1. Carik-carikkan 4 keping roti hingga jadi cebisan kecil. Masukkan ½ tin susu cair ke dalam bekas berisi roti. Tekan-tekan roti tadi dan biar terendam lebih kurang 10 minit.


Langkah 2 (Gula Hangus)

2. Masukkan 4-5 sudu gula ke dalam bekas loyang yang akan digunakan untuk mengukus puding roti. Letakkan di atas dapur dengan api yang kecil supaya gula tak cepat hangus.


Langkah 3 (Kisar)


3. Masukkan 2 biji telur, 2 sudu gula, 1 sudu esen vanilla dan roti yang telah
    direndam ke dalam blender.

4. Kisar bahan-bahan tadi.

Langkah 4 (Kukus)



5. Masukkan adunan yang telah di blend ke dalam loyang berisi gula hangus.
6. Kukus menggunakan api sederhana lebih kurang 30-40 minit.
7. Setelah siap dikukus, keluarkan loyang dan biarkan puding hingga sejuk dan
    terbalikkan loyang tadi ke dalam bekas lain.




Tadaaaaaaa!! Supposed gula atas tu cover semua puding roti ni. Tapi sebab gula tak berapa nak banyak or maybe masa curah dalam loyang tu gula hangus ni tak rata. So, selamat mencuba.


0 comments: