New Gadget in the house


For him and for her. Gitu. Sape yang tau, memang tau la aku gila gadget. Dapat pulak Mr. Z yang hantu gadget. Kira tinggi sikit pangkat dari aku yang gila ni. So last year (rasa macam 2014 lagi) masa Note 4 dah keluar tu dia menyanyi nyanyi kat telinga aku (read: morale support) suh aku beli Note 4. Memang macam ni la tetiap tahun bila Note keluar model baru mesti nak suh aku beli (mana aku tak beli tetiap tahun) hahaha! Aku ajak tukar sekali taknak. Ini namanya pasangan yang sangat memahami. Dia memahami bab handphone je la, bab handbag dia la yang paling taknak memahami aku. Sobbbs!!! Reason aku beli lambat sikit sebab masa tu tengah dalam semester lagi, aku pulak nauzubilllah sibuk ya amat, so kalau aku beli handphone nanti takut aku yang sibuk main handphone baru je. So lepas settle assignment berkilo-kilo tu baru la aku ajak dia pegi beli. Itu pun lepas dah tak tahan menanggung hasutan dia hahaha.

Kan aku ajak dia tukar dia taknak so temankan aje la adinda membeli handphone baru ye. So far semua Note aku dah pakai. Tiap kali keluar model baru mesti nak kena beli padahal yang sebelum tu kadang tak sempat habis warranty lagi. Tapi dah nama pun gila kan. Selalu masa aku beli mesti aku janji dengan diri sendiri yang ni last janji. Puii la last. Takde makna.

Aku mencarik pakej dengan Celcom sebab katanya kalau amik sekali dengan pakej boleh dapat murah sikit, plus untuk a few months bil tepon aku dia dah tolak siap-siap. Tapiiiiiiiiiiii nya, pegi Celcom takde stock. 

Sales: Kalau nak, cik boleh tinggalkan nama. Nanti bila dah ada stock kami akan call.
Aku: Taknak, saya nak malam ni jugak. (keluar malam gi cari handphone, baru la gila nama dia)
Sales: *muka terkedu* cuba cik try cari kat lain-lain centre. (takpe la dik, kalau nak survey kat centre lain confirm tak dapat malam ni jugak)

Haha nasib la, aku ajak Mr. Z beli terus kat Samsung tapi dia ajak gi DirectD. Memang sini la pot kitorang beli handphone selalu. Memang ori set boleh dapat kat sini cumanya orang dia gileeeeeee ramai. Tak penah yang aku pegi tak ramai. Kalau ko tak berdiri queue paling kejap pun setengah jam tu memang tak sah. Eh aku nak cite beli handphone je pun tapi melalut kronologi dia hahaha.


So tadaaaa. Selalu pilih hitam je. Kali ni aku pilih gold color. Tambah sikit la harga sebab color gold. Laju je orang sebelah aku ni iklankan handphone lama haha. Apa yang penting kerjaaaaasamaaaaaaa! Hahaha.

So sebab dia taknak pakai handphone sama ngan aku, disebabkan hantu gadget dia dah merasuk nak tukar pakai iphone pulak, maka nya kita carik la iphone. Kisah nak membeli iphone ni 1 hal jugak. Jenuh cari kat Celcom memang takde stok. Kebetulan pulak lepas new year, aku suspek santa claus dah bagi hadiah krismas berbentuk iphone, so kat kedai takde stok. Jangan kata kat Celcom, kat Machines pun siap kitorang call semua branch dia. Yang ada stock iphone 64g ni cuma kat Sunway dan Nu Sentral je. Padahal sebelum tu dah pegi Sunway Pyramid sebab nak gi Celcom kat sana, sekali takde. So try The Mines pulak, takde jugak. Masa tu aku hampir bertukar jadi singa, so aku kata kita call je Machines, call punya call kebanyakan memang dah takde stock, kalau ada pun iphone 6 plus. Yang si iphone ada pun tapi takde yang 64g. So pegi balik Sunway Pyramid.

Sampai sana, hantu gadget sekali lagi merasuk. Boleh pulak dia tetiba confuse nak iphone 6 ke iphone 6 plus. Masa ni aku memang dah jadi singa, tapi singa yang keletihan la. Aku ceramah serba sikit, soal siasat bagi dia puas hati baru la hantu gadget yang dah merasuk tu jadi lemah haha, so at last dia pilih iphone 6. Tapi takpe sebab dah biasa, dia kalau beli sekecik-kecik benda pun memang takkan terus beli. Tak sah kalau tak keluar masuk kedai sampai aku keluar asap ikut hidung baru la dia membeli, tapi selalunya tak beli. Tahan dia postpone beli sebab belum puas hati. So sape kata perempuan kalau bab shopping ni cerewet. 



Sekian la cerita saya. Tengah sibuk main COC sekarang.