Please add a disclaimer for affiliate links here.

Yeyeye Tak Dapat Yeyeye!!


"Ehem, orang ada benda nak cakap ni..."

"Apa dia??"


"Sekarang kan tengah sales, handbag banyak less oooo..."


"Aaaahh sudah-sudah tu... Sebulan satu handbag, setahun dah 12 handbag sayang!..."


"Okeh okeh, byeeeeeeee..."




Aku pegi layan lagu Hati Yang Kau Sakiti, Rossa nyanyi lagi baik! Patut la aku suka dengar lagu ni rupa-rupanya hatiku disakiti bila permintaanku tak dihiraukan wahaha... Ooo patut jugak la dalam lirik dia ada sebut 'ku menangissssssssssssss....." Hahaha okeh fine....

Hello There!



Hahaha hello stalker!! Hahaha I know you're here everyday... Readers you're almost welcome because this blog is just my personal blog that surely the content is about me heh... Ceeh perasan sangat ke ada orang nak melepu kat sini wahaha... Dah ada blog complaint orang baca b
uat apa kan, but then this type of person suka amik tau tepi kain aku ni wat aku hot macam cili ni... Tergedik-gedik je aku rasa nak pegi mencabaikan orang ni... Senyap-senyap sudah la... Bila dah tau itu ini sibuk nak canang kat orang kampung, orang bandar, orang pekan! Dia ni bukan follow sorang je, sesiapa yang dia kenal dia follow jugak... Nak tau itu ini, agak kalau tanya aku sendiri kang aku tarbiyah sampai biru muka dia baru tau... So make a point la dia memang akan ikut jejak selagi terdaya... Suka hati kau la joyah!

Aku sebenarnya pelik dengan sikap orang yang suka sibuk dengan urusan hidup orang lain... Kalau boleh tu A to Z dia nak tau... Sebelum kita bukak cerita, dia kalau boleh nak bukak mulut dia... Dasar newspaper bergerak betul laa! Aku selagi boleh taknak amik tau hal orang, pekejadahnya kan?! Banyak masalah aku tak selesai dari nak menyibuk hal orang, ni yang tukang sibuk ni agaknya sangap gilerrr kot... Adoii pada yang terasa tu hahaha aku tau ko terasa joyah... Aku cuma nak ucapkan selamat berbahagia dengan hobimu itu dan teruskan berjuang okeh! You're most welcome der...

Packed Up And Ready To Go


Korang ada masalah tak dengan packing mempacking barang ni?? Wahaha ni la masalah utama aku, aku tak pandai nak budget things that I should bring and not to bring... Masalah ni daripada aku dok hostel lagi masa zaman u dulu... Aku dah cuba sehabis baik list down kan barang yang perlu untuk dibawak sahaja okeh... Tapi end up aku ni jenis yang rasa was-was takut apa yang aku bawak tu tak cukup ke or after all aku menyesal sebab tak bawak barang tu sekali wahaha... Itu la pasal barang-barang yang aku bawak tak pernah yang sikit... Nasib la abah memang dari dulu minat MPV, mungkin sebab dia tau anak dia yang sorang ni suka hangkut barang banyak-banyak... Sampai sekali tu dia sound aku tanya kenapa aku tak bawak bilik aku sekali balik hostel wahahaha kalau la boleh aku bawak dah...





Sampai la sekarang dah tua bangka ni pun aku tak suka packing barang... Sebab after all aktiviti aku buat listing, masuk barang dalam beg, keluarkan balik, masukkan balik menyebabkan aku mampatkan semua sekali haaaa amik ko susah sangat baik aku bawak semua... So untuk kepergian aku selama 6 hari 5 malam ni pun aku sudah migrain susun punggah barang dalam beg... Pikir-pikir balik dengan kebiolan aku ni watpe aku nak sibuk-sibuk kan, at the end aku akan angkut jugak semua! So ada beza ke you tell me??


Owh before lupa, I'm away from the office okeh starting tomorrow! Hahaha satu benda yang aku yakin tak bawak kali ni adalah laptop sebab malas nak usung plus takut hilang tinggal kat hotel... Lagipun Bekbeyi kan ada hahaha kalau rajin aku update la, kalau tak korang pun tak kisah kan wahahaha... Bye bye and take care all!

People Changed

Aku dapat rasa la yang sekarang ni aku jadi lebih banyak sabar, sabar dan sabar... Kalau dulu pantang apa sikit, aku yang melenting dulu sekarang ni aku lebih banyak mengalah... Kalau dulu aku akan cakap direct je yang aku ni marah ke, merajuk ke, nak dipujuk ke sekarang aku relax aje... Relax la luarannya, dalam makan hati ke merajuk ke itu nasib badan la kan...

Bukan apa, makin rasa dah tua ni makin rasa tak boleh nak jiwa kacau... Tension or depress aku malas even tak dapat nak lari kan... Tapi itu la, aku amik sikap berdiam diri, pasrah dan mengalah aje supaya tak memanjangkan ceritara or drama sebabak selepas tu... Masa mula-mula aku amal sikap camni, rasa sangat stress okeh yela dah biasa kita jadi straight forward person tiba-tiba aku kena diam seribu bahasa dengan kata lain menjerit dalam hati aje... Marah-marah dalam diam, at the end cry like a baby kira okeh la untuk aku...


Kenapa saya berubah?? Hehe dalam hidup ni kita mesti sentiasa lakukan perubahan... Off course dari yang buruk pada yang lebih baik, walaupun yang lebih baik tu kadangkala untuk orang lain dan bukannya untuk diri kita sendiri... Yaaa, biar saya senangkan hati orang lain walaupun saya makan hati tapi yang penting dia tahu yang kita sentiasa cuba menjaga hatinya... Mungkin bukan sekarang, tapi kemudian hari nanti kita akan lebih dihargai... Siapa tahu kan??

Yemeni Honey





Yemeni Honey! Delivery service to Malaysia and other destination... Thank you mom! Tak pernah putus harap nak bagi yang terbaik untuk aku... Cuba dan sentiasa mencuba... Katanya ikhtiar...


Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia," kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan."
(QS. An-Nahl: 68-69)

Sabda Nabi s.a.w.

"Demi Allah yang aku dalam genggaman ya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga, seterusnya dalam musim panas dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk.



I Want To Stop Here

I think mom and dad quite upset with me! I can feel it as I said to them that I want to stop all my treatment, appointment and whatsoever that really tiring for me! Seriously okeh! I'm quite dissapointed with my condition plus with all the appointment that I have to go through! Crazy okeh when you have to follow up with more than one doctor and definitely more than one hospital... 

During my last appointment last week, the doctor asked me to start taking the medicine called UDCA plus he's going to refer me to one of his friend also the consultant of gastroenterologist & hepatologist... Reason? To ensure that I got the very special treatment from both of them plus the reason of mencekik urat leher dan duit aku! 



Entah la, sometimes I feel so stress and yet I feel so down and down... Penat la sebenarnya nak mengikut semua ni, yes that's what I should do if I want to live longer... Tapi bila sudah ada rasa frust aku mula rasa lantak la... Aku tahu dia akan marah bila baca ni dan kata aku tak sayang orang sekeliling dengan cara tak mahu berusaha untuk sembuh... Dear, I've tried for more than 2 years without people knowing that it's really something that feel like putting me away from the normal life... I've done my part, and yet I've to try and try and try... And I feel like to back off... Just trying to accept that I don't want to try anymore, and it hurts...



Please pray that I will be strong again, to continue my treatment and to fight for the best... Apapun kembali pada qada dan qadar yang ajal dan maut itu ketentuan Tuhan...

Terima Taceh


"Duit nak beli baju dah bank in dah..."


"Hehe okeh, metacih abang... Nanti sponsor lagi ek?"(ayat kena manis, lidah kasi pelat sikit hahaha!)

"Manyak cantik budak ni..."


"Hehehe mekasih, dah tau lama dah..."

"Menjawab menjawab!"


Hehehe mekasih la sebab sudi sponsor baju pengapit saya... Hahaha berkat apa! Hahaha hangin dia baik berani la aku nak gurau gini, part hangin puting beliung sibuk kerja kerja kerja jangan harap okeh... Nak tanya makan apa lunch pun gua tak berani huhuhu... Ni hangin dia hangin angel la sekali aku cakap nak beli baju mintak sponsor dia kata BOLEH! Hehe tenkiusssss.... Selamat duit ahkak!

11 Days To Go


The day is just around the corner!


11 days to go... What's the special occasion I've been waiting for?? Hehe surprise! I'd wait for this moment for a long long time this year hehehe... Maybe it will be the last time we wait for the day as it is and for this past 4 years... Next year something new will happen in my life, InsyaAllah... Hehe can you all guess what's the day that I'm waiting for hehehe??

Routine Terbaru


Mode bermalas-malasan di rumah... Kalau balik kampung dan berlepak-lepak di rumah ni rasa masa tu berjalan cepat sangat... Golek-golek tau-tau je dah petang... Cukup makan jadi mata rasa berat memanjang, mengadap tv pastu tido... Petang keluar ronda-ronda cari pasal wahahaha...

Semenjak weekend yang takde orang nak bawak aku berjalan ni aku lebih rela travel balik Perak dari aku dok melepu tanpa zat dekat Shah Alam sana... Boringg siot duduk rumah tanpa dapat keluar berjalan sakan... Tu pasal abah cakap tahi lalat kat kaki aku tu petanda yang aku ni kuat berjalan wahahaha... Tapi tengok tujuan dan tengok jugak dengan sapa yang aku nak keluar tu... Owh aku takkan keluar dengan orang-orang yang tak best! Best di sini bermaksud orang yang takde stamina nak berjalan dari pagi sampai malam lepas tu kuat menceceh penat penat! Penat ko lain jangan ikut aku la bangang! Muka terhegeh-hegeh nak keluar dengan aku, tapi baru masuk 2-3 kedai ko dah buat muka dan muncung cencurut nak tunjuk ko penat kalau macam tu ko boleh cari cab dan blah balik rumah! Waaaah ayat aku sekarang kemain lagi! Lagi satu orang yang tak best ni adalah orang yang lepas dapat barang or apa yang dia nak pastu ajak kita balik... Memang confirm aku keluar dengan kau sekali seumur hidup aku! Tu sebab aku lebih selesa keluar dengan my bestfriend ataupun dengan Mr Bubu aje... Hahaha diorang ni memang best gile! Korang tak paham kepuasan berjalan ni walaupun tanpa membeli apa-apa... Tak la kata aku tak pernah melekat kat rumah, cuma weekend tu aku nak la release kan... Kalau nak bermalas kat rumah, aku lebih rela balik kampung baru la best melepu kat rumah... Perut kenyang, hati pun senang hehehe...


Sekarang ni aku dah bijak sikit, aku tak balik Shah Alam hari Ahad... Terasa rugi plak satu hari untuk aku ada kat rumah... Jadinya esok sebelum lalat bangun, aku akan bergerak balik dan terus menuju ke office... Kan ke bahagia tu??

Jalan Sehala Laa Bodoh!!




What should you do when seing this sign?? Or knowing, that is one way road?? Apa ke bodohnya kalau dah tau tapi still buat jalan tu macam bapak kau yang punya ikut suka suki... Dah one way tapi lagi mau langgar tu namanya ko dah lama la hidup atas muka bumi ni ek! What the??!#*@#$ Aku bukan suka-suka nak maki or cakap macam vavih okeh tapi kalau hari-hari jumpa orang macam ni dan ko tak dapat nak elak untuk nyaris-nyaris nak langgar or aku yang kena langgar memang saitan okeh...

Aku rasa peraturan jalan raya ni boleh dibuat main-main, bukan nak kata aku baik tapi you can say that I'm a law abiding citizen ceeeh podah! Benda-benda camni memang la gua ikut! Kang tergesel or bergesel memang waaa malasss.... Orang yang langgar selalu sign ni aku tengok dia boleh buat muka selamba cipan dia, waaaahhh memang menguji kesabaran rasa nak tampalkan tapak kaki aku ke muka diorang ni... Fuuuuhhh hari-hari jumpa orang camni, dan tambah pulak jumpa dengan si baran macam aku ni mau aku yang sakit jantung muda-muda... Takpe, lepas ni kalau aku jumpa orang camni kalau yang bawak motor tu aku nak tahan... Kasi lempang sedas dua, pastu aku nak angkat motor dia dan letakkan ke arah yang betul... Baru kau tahu apa maksud JALAN SEHALA tu saitan!!!


Pulut Inti for Lunch



Having this Pulut Inti masa lunch tadi... Wahaha pelik ke?? Apa yang peliknya, aku beli ni masa breakfast... Kira malas nak keluar masa lunch so siap-siap beli pulut inti ni... One of sweet things that I like... Tapi tadi inti dia macam sikit sangat la pulak, lebih pulutnya aje... Tapi sebab lama tak makan layankan aje...

Debik La Saya


"Sabar, lagi 11 hari aje abang busy..."

"Okeh, lepas tu takde marah-marah dah ke?"


"Siapa suruh cari pasal? Dah cakap buat lagi, memang kena la..."


"Okeh, lepas abis pantang 11 hari buleh la abang bagi upah yer?"


"Upah apa nak?"


"Perfume dah habis, kasut nak kena beli, tengok 3 movie sekali, teddy yang last, buku nak jugak..."


"Nak kena debik??"



Debik tu macam belasah la kiranya... Ada hati nak belasah aku, konon baru nak pujuk tapi lepas tu nak debik aku waaaahaaaa banyak cantik?! Ini gua hangin ni, sikit punya lama dah aku tunggu pastu mintak nak debik aku... Arggghh tak kira, debik aje la bukan sakit... Janji aku dapat lalalalala...



Idamanku Selalu


Huahuahua tadi aku tengok catalog ni... Calculate macam okeh jer, lepas la lalala... Tapi pikir mana satu aku nak dulu ni... Wahaha tu payah impian ada banyak! Hati jahat berkata-kata, "beli aje la ko pikir buat apa??"... Hati baik pulak kata "sabar dulu, dulukan yang mana patut didulukan"...


Akhirnya aku astaghfirullah sendiri hehe... Tapi kejap je ni sifat insaf tu meresap dalam diri, esok lusa mula la hati ganas aku datang balik... Rakus la nak memenuhkan impian hati, dasar monyet hehe!

Pulau Langkawi Wait For Me



Next station will be here, Pulau Langkawi... Percutian peribadi eksklusif untuk mencari ketenangan... Hahaha tarikh tidak akan diberitahu sebab takut ada orang nak ikut wahaha jangan harap... Aku harap percutian ni dapat memenuhi hasrat aku dan takkan berubah jadi percutian yang penuh dengan keborosan di luar tindakan sedar aku yang lemah lagi boros ini... Tak ke jujur pengakuan ni? Aku tak perlu orang ikut, aku hanya perlu sedikit sponsor daripada pihak berwajib wahaha Mr Bubu saya... Sponsor buat aku beli cokelat celup untuk dia jugak hahaha... Kali ni aku nak act banyak dengan dia, hari tu dia pergi Langkawi dengan geng dia taknak bawak aku, puas aku pujuk rayu bawak aku takpun bawak aku kemudian dia berlagak benor!

Haa kali ni turn aku pulak nak act, eleeeh aku tau dia risau nak bagi aku pergi tapi aku dah besar la lalalala... Aku naik atas helang ni esok amik gambo biar berpinar mata dia hahaha! Esok dah kahwin baru kita pergi together-gether... Itu pun kalau aku nak ajak pergi Langkawi... Ingat aku nak ke ajak pergi dekat-dekat jimatkan duit dia?? Haaa jangan mimpi wahahaha...



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile