Hatimu Untuk Siapa?

Kita memerlukan hati yang satu, sama ada telah kita berikan kepada seseorang atau masih kita simpan sendiri.

Biar kepada sesiapa hati itu telah diberikan, pasti pemberian itu ikhlas sebab pulangannya serupa. Jika kita memberikan hati separuh-separuh, kita akan mendapat separuh, jika kita memberikan kesemuanya, kita akan mendapat kesemuanya semula.

Cinta yang tulus memang memerlukan pengorbanan. Salah satu pengorbanan yang perlu dilakukan ialah memberikan hati. Berikanlah keseluruhan hati terhadap orang yang dicintai. Jangan reserve untuk orang lain, nanti kita juga mendapat sebahagian hatinya saja.

Jujur, balasannya nikmat. Sebaliknya curang balasannya derita. Sifir hidup ini mudah. Baik balasannya baik manakala buruk dibalas buruk. Jika kita bermain-main dengan hati, kita juga akan dipermainkan oleh hati. Jujurlah dengan hati sebab kebahagiaan kita letaknya di situ. Hati yang tidak tenang bermula daripada hati yang dicebis-cebiskan untuk diberikan kepada ramai orang, yang sebenarnya tidak berhak terhadapnya.

Hati seorang isteri seharusnya berada seratus peratus di dalam diri suaminya. Manakala hati seorang suami seharusnya berada sepenuhnya dalam diri isteri. Masing-masing tidak boleh reserve walau secebis untuk orang lain. Berbuat begitu bererti sengaja mencari bahagia. Teori bahagia ialah memiliki sepenuh hati atau memberikannya sepenuh hati. Berada di tengah-tengah bererti sengaja menyusahkan diri dengan rasa-rasa tidak selesa.

Hatimu untuk siapa? Sebenarnya satu pertanyaan yang perlu ditanyakan oleh setiap orang terhadap dirinya sendiri. Benarkah hatinya telah diberikan sepenuhnya untuk orang yang berhak, atau terbahagi dan kini berada di dalam diri ramai orang yang tidak sepatutnya menerima?

Setiap kita memerlukan jawapan jujur sebab kedudukan hati kita hanya kita yang tahu keadaannya. Jujurlah dalam memberikan jawapan. Kejujuran memang bermula daripada hati yang betul. Jika kita telah mencemamaikan hati dan selalu tidak berlaku jujur terhadapnya, kita sukar memberikan jawapan setulusnya.

Jadilah seperti srikandi tatkala membulat hati untuk berjuang. Tiada apa-apa lagi buat dirinya kecuali keseluruhan hatinya telah diberikan untuk matlamat perjuangan. Jika telah bergelar isteri, saatnya untuk memberikan sepenuh hati pada si suami, biarpun dia seorang penagih, tidak bertanggungjawab, malahan curang. Sebab setelah anda merelakan diri untuk menerima seseorang keseluruhan diri anda adalah miliknya.

Kita tidak sedikit pun akan dipertanggunjawabkan terhadap semua kekalutannya, tapi kita akan bertanggungjawab terhadap hati yang sewajibnya diberikan seratus peratus pada dia.

Hatimu milik siapa? Fikir dan renungkanlah....

3 comments:

zurairi said...

fuiyoo...

zurairi said...

mencemamaikan tu ape?

aieda said...

hehe nape x pecaya? mencemamaikan tu kira macam 'menghancurkan' la lebih kurang.

heee..