Please add a disclaimer for affiliate links here.

Malassssss!

Susahnya kalau penyakit M ni datang secara tiba-tiba. Off course semua pernah ada penyakit ni. Penyakit ni bila datang aku rasa nak baring aje, nak tidur aje. Datang pulak time memang critical kau banyak kerja. Tapi disebabkan nama dia dah M, boleh tutup sebelah mata aje hahahaha. Itu kalau aku lah. Korang punya penyakit M aku tak tahu lah apa simptom dia. Kuat makan pun simptom penyakit M aku hahaha, tapi yang pelik masak rajin mungkin sebab lepas makan tu berlingkar je atas katil jadik bear besar tidur hahahahaha.

Semalam disebabkan penyakit M datang menyerang maka aku cuba melawan dengan buat kerja jugak. Last dok tercongok depan PC bukak youtube cari full movie Pondok Pak Ya yang memang dah lama aku nak tengok then start baca article for research. Hahaha haaaa kau boleh pun, siap paham sekali baca aje. Maknanya otak kita ni memerlukan hiburan sama walau kita tengah mentelaah hahahaha.



Eh try main ni, best gak layan. Bab ni memang penyakit M tak pernah datang hahahahahaha. 

Fever fever please go away

Demam dah 3 hari. On off camtu je. Main-main pulak. Kerja dah la menimbun, automatic kerja semua tak jalan. Yang jalan tidur je. Subhanallah kerja sangat banyak sampai aku tak tahu nak mula dari mana. Buat yang ni, teringat yang tu. Serious rasa nak nangis je time macam ni, tension satu macam. Boleh nampak muka senyum tapi otak berpusing fikir macam-macam haha. Normal la kot, pada orang-orang yang dah tua (bukan aku) tapi masih nak belajar, permanent head damage la kot hahahaha.

Minggu lepas start kurangkan makan haha. Harus sebab makin aku tension makin aku kuat melantak! So konsepnya adalah weekend aje makan sedap. Hari biasa sila makan makanan berkhasiat (sangat!!!). Terasa kempis sikit perut, sikit jer la hahaha. Lelemak pun menggelakkan aku sebab dah dia tepu baru sibuk nak diet. Aku rasa masa-masa tension ni yang kurusnya otak aku je, yang lain semua sihat aje. Patutlah susah sikit nak berfikir rupanya otak dah kurus ekekeke.

Semester dah pun masuk week 4. Okay aku dah insaf, nak sambung buat assignment. Bye!

Lost but never forgotten.



Seluruh dunia sedang menangisi berita sedih yang menimpa MH370. Kehilangan selama 17 hari berakhir di Lautan Hindi. Kalau kita yang tak punya pertalian dengan mereka yang di atas sana pun boleh turut rasa sedih dan berdukacita apatah lagi keluarga yang kehilangan keluarga yang terkubur tanpa nisan di tengah lautan. Moga hati-hati mereka terus tabah dan redha dengan hakikat duka ini. Kepulangan yang mereka harapkan, tapi kuasa Allah tiada daya kita untuk menandingiNya. 

Ya Allah, tabahkanlah hati-hati bapa, ibu, isteri, anak-anak dan saudara yang kehilangan orang tersayang dalam tragedi ini. Moga Kau berikan kecekalan dan sekeping hati yang tabah buat insan-insan ini untuk menerima yang mereka-mereka ini dipanggil Ilahi dengan cara dan tika yang semua dalam perancanganNya. 

Walaupun tidak mengenali mereka crew MH370, tapi pastinya Kapten Zaharie adalah hero yang sebenar. Walau apa jua yang terjadi di atas sana. Anda adalah hero sebenar walau umum tidak mengetahui saat genting yang kalian tempuhi. Yakinlah bahawa Allah lebih menyayangi kalian.

Dear Indian Ocean, please take a good care of MH370, until we come and take them home.... 

The kingdom of the heavens and the earth and everything in them belongs to Allah. He has power over all things. (Surat al-Ma'ida: 5:120)

Al-Fatihah.

MH370, we will always remember you.

Hujan

Alhamdulilah. Hujan turun jugak akhirnya pagi tadi. Memang dah lama sangat tak hujan area Lembah Klang ni. Finally pagi ni tersedar hujan turun, terus tarik selimut sambung beradu. Hahaha almaklomlah class pun petang, dah lama tak hujan time camni la nak sambung tidur balik haha. Walaupun tak lebat mana but at least hujan turun membasahi bumi. Kesian pokok. But still langit masih tak nampak, sini teruk betul jerebu. Bukak pintu rumah pun bau asap yang masuk. So better dok diam-diam dalam rumah je. 




Ni gambar semalam. Langit langsung tak nampak kan? Ini waktu pagi ni. Dok dalam rumah pun bau asap, inikan pulak dok luar rumah lagi makan asap la. IPU sekarang 127, source dari berita semalam. Harap turunlah. 127 ni dah kira IPU tidak sihat. Dan dan balik class (class cancel puiiii) semalam tiba-tiba naik demam. Rasanya dah terlampau banyak sedut jerebu ni. Pagi ni pun bangun kepala masih ting tong, tapi malas nak ikutkan sangat rasa badan kang lagi mengada-ngada. So better stay at home ye, kurangkan outdoor activity.

Sepatutnya rumah aku dalam Zon 1, which means hari ni start takde air. Tapi so far ada air lagi, but most probably itu air tangki la. By petang ni kalau ada lagi maknanya area kami ni not affected la. Alhamdulillah la kalau tak kena. But if takde air petang makanya selamat mandi air dalam baldi la jawabnya. 

First Day




Yeaaay it's finally first day of class today. New semester. I am now in my second semester. Will have another one semester left insyaAllah. Fuuuh hopefully everything will be smooth and good. Moga jadi lagi kuat semester ini hehe.

Yet, ada dugaan di hari pertama back to school ni. Tayar kereta bocor kena paku but it is not paku actually. Macam besi. Kena pulak tu bukan kat bawah tayar tapi kat tepi betul-betul kat sebelah sport rim. Baru balik dari kedai tayar tadi. Memang tak dapat diselamatkan, solution kena tukar tayar. Tapi husband gue outstation ni, maka mampu cakap kat budak tu tadi tampal je la dulu. Ahkak tak sanggup nak tunggu, kang aku beli tayar traktor baru tau. Haa senang tak payah susah. Bukan taknak tukar terus, tapi kang lambat. Lagipun kang senang-senang korang auta aku, aku bawak reti la. Aku cakap ngan budak tu paling-paling pun kau make sure ahkak selamat balik rumah ni tayar tak keluar angin. Dia kata boleh tapi jangan bawak jauh-jauh la. Dah aku nak pergi kelas malam ni, dia kata kalau akak ada tayar spare okay la kak. Aku cakap kalau tayar spare pun bukan aku reti pasang pun, aku tengok tau la. Haha selamba kau gelakkan aku ye dik. Tawakal je la. Nampak macam okay, bertahan sampai esok pun jadik la. Aku taknak la tuang kelas di hari pertama ni. Hari first class kan ke best, kot kot kelas habis awal rugi la aku memonteng hahaha.

Okaylah, nak nap. Kang nak gi class. Pang sedasssss!!