Hujan

Alhamdulilah. Hujan turun jugak akhirnya pagi tadi. Memang dah lama sangat tak hujan area Lembah Klang ni. Finally pagi ni tersedar hujan turun, terus tarik selimut sambung beradu. Hahaha almaklomlah class pun petang, dah lama tak hujan time camni la nak sambung tidur balik haha. Walaupun tak lebat mana but at least hujan turun membasahi bumi. Kesian pokok. But still langit masih tak nampak, sini teruk betul jerebu. Bukak pintu rumah pun bau asap yang masuk. So better dok diam-diam dalam rumah je. 




Ni gambar semalam. Langit langsung tak nampak kan? Ini waktu pagi ni. Dok dalam rumah pun bau asap, inikan pulak dok luar rumah lagi makan asap la. IPU sekarang 127, source dari berita semalam. Harap turunlah. 127 ni dah kira IPU tidak sihat. Dan dan balik class (class cancel puiiii) semalam tiba-tiba naik demam. Rasanya dah terlampau banyak sedut jerebu ni. Pagi ni pun bangun kepala masih ting tong, tapi malas nak ikutkan sangat rasa badan kang lagi mengada-ngada. So better stay at home ye, kurangkan outdoor activity.

Sepatutnya rumah aku dalam Zon 1, which means hari ni start takde air. Tapi so far ada air lagi, but most probably itu air tangki la. By petang ni kalau ada lagi maknanya area kami ni not affected la. Alhamdulillah la kalau tak kena. But if takde air petang makanya selamat mandi air dalam baldi la jawabnya. 

0 comments: