Food Review: Mee Tarik Warisan Asli @ Padang Jawa

Selalunya aku ngan Mr. Z ni bab cari kedai makan kat Shah Alam memang failed. Hari tu SIL ajak gi makan mee tarik kat Padang Jawa. Hehe masa tengok kedai tu aku rasa memang failed sungguh aku nak tau kedai-kedai makan area Shah Alam. Kedai ni memang khas served mee aje dan mee ni handmade. Menu mee dia gila banyak, sampai aku pun tak tau nak order apa. Janji aku kena carik benda pedas. Kalau tak pedas nanti tak tau lalu makan ke tak.






Ni aku punya. Fried Mee Dough with Beef.

Yang aku punya ni biasa aje. Mungkin aku tak biasa makan mee dough camni. Tebal. Rasa dia tak pedas so aku kalau tak pedas kurang sikit boleh telan. Tapi memang kenyang kot sebab portion dia banyak. 


Mr. Z punya. Tapi aku lupa apa nama dia. Yang ni sedap. Biasa la selalu menu kalau dia pilih mesti sedap, aku selalu terpilih yang tak berapa berkenan kat tekak.



SIL aku punya. Mee Soup with Egg. Aku try sup dia je. Okay sedap berasa la. Tapi sebab aku kureng makan mee soup so aku tak rasa mee dia. Kalau bihun sup aku suka.


Pun lupa. Rasa macam tak makan semut, tapi mungkin faktor usia hahaha. Tapi yang ni paling win. Sedap daging ni. Pedas! Best! So disebabkan mee aku tak pedas, aku makan dengan daging ni. Baru la rasa kepedasan dia.

So far okay la. Orang memang ramai kedai ni tapi sebab kitorang sampai awal after Maghrib so kira okay lagi la. Tapi lepas tu memang sesak jugak. Disebabkan tekak aku ni tekak nasi, so lepas tu cepat la lapar balik. Ok sesah burger sebijik, singgah beli sebelum balik rumah. 

0 comments: