Please add a disclaimer for affiliate links here.

Weekend Date @ Tony Roma's


Muka yang happy sebab dapat keluar dating dengan suami yang the whole week busy. Jadi haruslah kita mintak macam-macam.

Aku: Abang, sempena ayang dah abis study apa kata abang belanja makan.

Mr. Z: Aiikkk yang semalam tu bukan dah belanja ke?

Aku: Ooohh yang tu sempena bonus, yang ni sempena dah abis study.

Mr Z: Oooooooohhhhh! (pasrah)

Nasiblah hehehe. So aku kata jom Tony Roma's haha padahal dah tau perut tu bukan boleh sumbat portion yang banyak tapi tamak katakan. 



Chicken Tenderloin Platter

Yang ni memang all time favourite aku kat sini. Tapi selalunya aku mampu habiskan 3 pieces je. Or paling kosong perut aku boleh habiskan 4 pieces. Sauce dia tu walllaaaaaaaaaaa sedap gile okay. Tapi kali ni Mr. Z yang order ni. So aku kena order lain, takkan nak makan yang sama. So aku cilok seketul dia punya. Dah nama suka ayam memang ni jugak la aku suka.



Shrimp & Salmon Piccata 

Aku order ni. Salmon and shrimp. Menu ni ada nasi sekali. Sedap. Gravy dia pun sedap. Tapiiii disebabkan aku tak berapa in sangat dengan ikan so aku share ngan Mr. Z ni, aku cilok dia punya. Padahal salmon tuuuu. Apa la aku ni. Aku amik menu ni sebab dalam gambar nampak portion dia sikit, sekali sampai banyak jugak (macam nak cakap aku jenis makan sikit) hahahaha. Tapi memang pun, makan sikit tapi kerap. Al maklum la gastriko de amor. 


Yeaayyy lepas tu dapat buku. Dah cuti sem kan, so apa lagi nak buat haruslah kita carik stok bahan bacaan. Kalau tak nanti kerja aku membuta membuta membuta sambil pam badan hahaha.

Would you like to comment?