Those who fail to plan, plan to fail



New planner for 2015 from Prudential.
Last Saturday dapat masa jumpa my agent.
Jumpa actually untuk amik polisi untuk Mr. Z dan adik aku. So misi aku berjaya untuk pastikan semua adik-adik dan Mr. Z amik insurans. Dan semua amik dengan agent yang sama. Sebab aku experience a very efficient service oleh agent ni. 

Kena amik insurans awal-awal ye. Aku ni alhamdulillah Allah bukakan pintu hati untuk amik insurans seawal umur 27 tahun. Masa tu baru lagi first year kerja. Masa tu kat Terengganu. Mujur la ada akak-akak kesayangan aku masa tu yang pujuk aku amik insurans sebab kebetulan masa tu diorang pun nak amik. Masa mula-mula tu aku reject jugak sebab aku cakap aku muda lagi. So insyaAllah sihat takde masalah. Tapi Allah izinkan jugak aku amik insurans ni lepas dipujuk dan di nasihat. 

Elok je after a year aku amik, Allah uji dengan masalah kesihatan. Alhamdulillah dah okay sekarang. Tapi treatment dan cost perubatan masa tu dapatlah aku gunakan insurans ni. Sangat membantu. Walaupun sekarang aku tak boleh dah nak tambah coverage sebab dah ada history tapi alhamdulillah ada la insurans ni untuk membantu masa memerlukan. So tu sebab aku sangat concern untuk adik-adik aku amik insurans ni.

Jangan ingat kita muda, kita tak akan dapat sakit. Salah tu. Sakit datang tak kira umur, tak kira masa. Sampai masa kita nak di uji dengan sakit, dia akan datang. Jadi sediakan payung sebelum hujan.

0 comments: