Please add a disclaimer for affiliate links here.

Yes or No from E90 to Blackberry?




Hmmm hati aku sekarang sedang confused dan berbelah bahagi ni... Ada pujukan dan godaan nak ajak aku tukar handphone baru ni! Dan aku macam sudah mula terpengaruh dan tergoda la pulak tapi masih lagi memikirkan jawapan Yes or No...





Sekarang kami pakai E90... Heii E90 ni idaman aku dah lama tau... Kalau tak salah, aku pakai tak sampai 2 tahun lagi la.. Boleh kata ni handphone paling lama sebab yang paling aku minat.. Bukan macam orang tu, kata suka E90 tu pastu tambah X1 sebijik lagi... Ni sekarang nak pujuk aku ajak beli Blackberry sesama... Apa bestnya Blackberry ni ek? Ni soalan macam ala-ala nak cover la ni yang aku pun dah tergoda sama... Yes, orang cakap kalau suka surfing pakai BB best giler... I'm more to Blackberry Bold ni dan encik pakcik tu suka yang Storm tu.. Tapi tu bukan masalahnya... Masalahnya perlukah aku tukar ni?? Besides my uncle buleh dapatkan dengan harga murah sikit, staff rate! Ni lagi la buat aku rasa macam ada jodoh je dengan BB ni... 

Tukar ke tak?? Beli ke tak?? Yes or no??

Super Duper Happy with My New Book


Today adalah hari yang sangat menggembirakan aku... Sampai sekarang sengih kerang bushuk ni tak habis lagi... Akhirnya penantian aku sampai ke penghujungnya... Chewaaah! Korang yang lebih-lebih nak suspen nak watpe ni?? Hahaha kalau korang tau apa sebabnya mesti korang akan kata aku poyos tapi ada aku kesah?? Hehehe hari ni Mr Bubu telah menemukan sesuatu yang telah lama aku cari... Dari masa aku kerja kat Dungun lagi.. Buleh kata almost a year aku cari buku ni... Dan tadi petang di MPH Sunway Pyramid dia dah jumpa buku tu.... Masa tu tak tau camne nak describe perasaan aku.. Anak tekak aku terjerit tadi bila mana dia tunjuk buku tu depan mata aku... Masa tu perangai kera aku dah terserlah! Dia pastilah sangat happy sebab kata dia, akhirnya pencarian aku dah berakhir dan dia bangga sebab dia yang jumpa.. Ngeh ngeh!! Dan asik tanya kenapa aku dok tersengih ajer... Macam tak tau budak comot dia ni mmg gila buku, dan bila ada orang belanja lagi la best kan.. "Amik buku ni 2 buah nak?? Nanti satu simpan, satu lagi baca la ganas2 pun.. Satu hilang, ada satu lagi..." Hehehe ada ke?? Amik betul-betul baru tau! Anyway, thank you so much....






Buku ni adalah teenage novels... Apa yang menarik sangat kan? Pasti soalan tu yang korang akan tanya... Tapi aku peduli apa, I love to read.. Dan buku ni menarik minat aku... Aku akan baca apa sahaja, termasuk la paper yang digunakan untuk bungkus nasi lemak pun! Pelik?? Tak langsung okeh... If u all really knows what is the feeling of reading dan cuba masuk ke dalam dunia penceritaan tu korang akan jadi macam aku...

This novel Written by Sally Nicholls.. It is about Sam, 11 years old boy.. Sam love facts.. He wants to know about UFO's and horror movies and airships and ghosts and scientists, and how it feels to kiss a girl.. And because he has leukaemia he wants to know the facts about dying. Sam need answers to the questions nobody will answer...

Hehehe aku baca dulu yer! Bestnya...

Anak Abah



Aku : Abah, sini hujan...


Abah : Habis tu kenapa kalau ujan?



Aku : Orang dah basuh kereta, shining dah... Pastu ni dah hujan abis la!



Abah : Haduuiii anak aku... Itu pun kamu tepon mengadu!! 



Aku : Alaaa tak buleh ke?? 



Memang cenggini aku! Eleeh abah aku buat-buat tak paham pulak perangai anak dia yang mengong ni... Hehehe kalau aku balik umah, ke mana saja dia pegi aku akan follow... Beli surat khabar pun aku ngekor! Sanggup tu bangun pagi gosok-gosok mata dengan tak mandi nak ikut abah punya pasal... Pasal tu abah sayang aku... Aku la anak dia yang paling menyebok sekali!

Setakat ni abah jarang missed teman aku jumpa doctor.. Kerja abah sebagai guru memang tak memungkinkan dia amik cuti selalu... Lagipun diorang takde cuti rehat yang panjang... Tapi abah tetap takkan biarkan aku... Aku susah sikit kalau dengan orang lain, nak ngan abah jugak! Sebab nanti tugas bercakap dengan doctor aku serahkan kat abah... Abah penah cakap sampai bila baru abah leh betul-betul lepaskan aku.. Tapi anak abah yang bengong ni buleh cakap, "dulu masa kecik-kecik mana ada abah ajor masuk jumpa doctor sorang-sorang..." Last-last lebam dahi aku kena tunjal....

Abah, dulu orang ingat lagi.. Masa orang kena sakit mata, 3 minggu tak baik-baik.. Bila pegi Eye Specialist mata aku kena cuci... Bila doctor nak cuci, dia tarik kelopak mata yang kat bawah dan lap dengan antiseptik apa tah yang menyebabkan darah meleleh membasahi tudung aku masa tu... Dan aku nampak lagi masa tu abah berpaling dari tengok aku dan aku nampak jugak air mata abah menitis.. Sebab? Sebab dia tak sanggup tengok aku menangis kesakitan...

Dan aku jugak masih ingat, masa aku nak menjalani dua pembedahan dulu... Aku ingat masa tu mak di sisi aku, bagi semangat pada aku... Tapi abah? Abah tengok aku dari jauh... Dia pandang sayu pada aku dari jauh... Kenapa? Sebab walaupun abah lelaki tapi hati dia tak sekuat mana bila melihat anak dia yang satu ni ditimpa berbagai-bagai dugaan... Mungkin sebab itu, walaupun aku anak sulung tapi aku adalah yang paling manja dengan abah...

Masa first time doctor nak bagi result pasal sakit aku sekarang, aku ingat lagi... Masa tu abah suruh mak jer yang masuk dengan aku... Mak cakap sebab abah taknak dengar, dia tak sanggup nak dengar... Sampai doctor tu paksa jugak suruh abah masuk dan dengar... Aku tau masa tu abah menangis dalam hati... Mak pun... Dan tak terkecuali tuan punya badan... Masa tu aku rasa adakah aku diciptakan hanya untuk membuatkan hati mak dan abah sedih?? Abah selalu cakap sekarang dengan aku.. Dia suruh aku terima kenyataan, kuat semangat... Tapi adakah aku jadi seperti apa yang abah suruh?

Mak, abah.... Aku selalu rasa bersalah dan kesian pada diorang sebab aku la satu-satunya anak diorang yang tak terlepas dari terkena segala macam penyakit.. Dari sekecik-kecik sampai la seserious penyakit... Aku rasa nak mintak maap banyak-banyak sebab semua ni telah meruntun hati diorang... Tapi hati aku turut sama terkilan... Kadang-kadang gila-gila aku ni sebenarnya nak menutup dan mengaburi mata mereka.. Aku nak abah dan mak tau aku okeh, happy dan aku nak diorang jugak happy... Dalam doa aku setiap hari, aku mohon pada Tuhan kiranya mereka harus pegi dulu, aku sanggup menjadi gantinya... Kerana mereka lebih diperlukan oleh adik-adik aku... Abah dan mak, terima kasih yang tak terhingga kerana membesarkan, memberikan pendidikan sempurna, sentiasa di sisi aku tika suka dan duka... Selagi bernafas aku akan kenang dan cuba membalas jasa mereka....

Hmmmm, kalau anak abah ni dah takde lagi, mesti abah rindu sangat-sangat... Kan kan??

All in a Days Work


Demo Produk (E-Book) by Vendor

Meeting Jawatankuasa Ekspo Selangkah ke U**

Demo Produk by Vendor lagik!



Haiyaa ni la aktiviti aku ari ni so takde masa sangat nak dok diam-diam kat tempat aku buat keje! Padahal keje aku banyak ni.. Bila aktiviti lain penuh dan membuatkan keje tersangkut, aku rasa tak best sangat.. Mula la malam kang aku mimpi buat keje... Demm! Penat weh mimpi buat keje ni... Tapi aku memang camni, keje itu satu kepuasan bagi aku... Bila tersangkut, akan ada satu feeling tak best yang aku rasa... That's me...

Demo yang 1st pagi tadi I would say ok la.. Cuma jadi lambat sebab Internet slow.. Meeting tadi pun okeh, cuma ada la a few things yang aku tak berpuas hati tapi malas nak cakap sebab ari ni anak tekak aku ngantok! Lagipun time mood swing (pempaham la!) ni aku malas nak bersuara kang ada yang sentap pulak... Cuma demo last tadi tu buat aku menguap tak hengat! Dengan Internet yang semakin slow ditambah pulak mat salleh tu cakap laju bebeno takde noktah... Harakat panjang pulak tu! Aku sesak dengar dia cakap, pastu gelak beso! Makin beso dia gelak makin beso la aku menguap.. Tumpuan kengkawan bukan pada mat salleh tu tapi pada gelagat aku yang tak reti nak cover mengantoks!

Abes je meeting petang tadi, aku terkedek-kedek macam penguin gedik yang comel bersiap untuk check out dari ofis... Ngeh ngeh! Pasalnya otak aku dah terarah pada katil empuk di rumah... Disebabkan keinginan tido yang membuak-buak menyebabkan aku meredah ujan untuk ke tempat parking dengan melupakan hakikat yang aku tak buleh kene ujan walo setitik sekarang ni... Kan dah tampal koyok kiri kanan depan dah! Jangan demam esok sudah!!

Poor Me



Hari ni insan bernama aku makan hati lagi... Sian aku, agaknya dek kerana makan hati la aku ni berpenyakit pun kena kat hati.................. Bila la insan bernama aku ni dapat pergi jauh, jauh dari semua yang memerlukan hati aku dikorbankan...

Breakfast Yang Dukacita

Pagi ni breakfast kat bumbung PKNS.. Hahaha sape tak penah pegi mesti akan kata apekebenda makan kat bumbung... Actually kat roof PKNS tu, ada tempat makan dan kebiasaannya bukak untuk breakfast sahaja..
Hari ni pagi-pagi dah hentam air ais.. Fresh orange tuu... Ingat omputih ke hape... Tapi disebabkan cuaca sekarang yang panas memang tak dapat nak tahan minum ais jer.. Order kuew tiow goreng... "Abg, kuew tiow goreng satu.. Saya taknak seurat sayur pun dalam tu yer".. Hahaha sekali sampai kuew tiow goreng aku macam 'naked' la hape benda pun takde... Ahkak yang hantar order aku tu siap tergelak-gelak tengok kuew tiow goreng aku tu macam budak-budaknya nye style makan... Aku pulak terkebil-kebil la tengok hidangan pagi aku hari ini... Padan muka aku! Alaahaii abg tu punya la bendul, aku kata taknak sayur tapi ape ke pasalnya dengan ayam, udang hape lauk pun takde.... Hangin betul aku! Sambil makan tahan telinga kena gelak ngan kengkawan....

Lima Perkara sebelum datang Lima Perkara



Cepat sungguh masa berjalan kan.. Pejam celik dah masuk bulan Mac.. Rasa tak terkejar masa dan rasa macam banyak lagi belum disudahkan dalam masa yang lepas tu.. Kalau la boleh diundurkan masa...... Banyak perancangan yang menanti untuk 2010 ni, adakah terdaya aku untuk menyempurnakannya?? Adakah panjang umur aku untuk melalui semuanya?? Esok another appointment with the doctor.. Huuhuu aku sudah bosan dan penat dan aku mohon hati aku sentiasa dicekalkan untuk menempuh rutin yang pada aku tak sepatutnya aku tempuh lagi.. Yes, aku tau aku perlu terima hakikat dan ketentuan yang dah ditetapkan.. Ada hikmah di sebalik semuanya.. Tapi biasalah, kadang hati kita akan rasa sedikit terkilan dan memberontak.. Itu normal, dan sebagaimana apa yang diduga, aku perlu tempuh dengan hati yang cekal dan tabah.. Ya, untuk semua yang tersayang.. Untuk mereka yang menyayangiku dan untuk mereka yang aku sayangi..
Ya Allah, kuatkanlah hatiku dan berikanlah aku semangat dan kekuatan untuk menempuh dugaanMu... Amin...
Sesunggunya Rasulullah (SAW) telah bersabda, mafhumnya "Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain iaitu:"

1. Muda sebelum Tua

2. Sihat sebelum Sakit

3. Kaya sebelum Miskin

4. Lapang sebelum Sempit

5. Hidup sebelum Mati


Semoga kita sama-sama dapat mempergunakan kesempatan yang diberikan dengan sebaik-baiknya sebelum hilangnya kesempatan itu..