Please add a disclaimer for affiliate links here.

All in a Days Work


Demo Produk (E-Book) by Vendor

Meeting Jawatankuasa Ekspo Selangkah ke U**

Demo Produk by Vendor lagik!



Haiyaa ni la aktiviti aku ari ni so takde masa sangat nak dok diam-diam kat tempat aku buat keje! Padahal keje aku banyak ni.. Bila aktiviti lain penuh dan membuatkan keje tersangkut, aku rasa tak best sangat.. Mula la malam kang aku mimpi buat keje... Demm! Penat weh mimpi buat keje ni... Tapi aku memang camni, keje itu satu kepuasan bagi aku... Bila tersangkut, akan ada satu feeling tak best yang aku rasa... That's me...

Demo yang 1st pagi tadi I would say ok la.. Cuma jadi lambat sebab Internet slow.. Meeting tadi pun okeh, cuma ada la a few things yang aku tak berpuas hati tapi malas nak cakap sebab ari ni anak tekak aku ngantok! Lagipun time mood swing (pempaham la!) ni aku malas nak bersuara kang ada yang sentap pulak... Cuma demo last tadi tu buat aku menguap tak hengat! Dengan Internet yang semakin slow ditambah pulak mat salleh tu cakap laju bebeno takde noktah... Harakat panjang pulak tu! Aku sesak dengar dia cakap, pastu gelak beso! Makin beso dia gelak makin beso la aku menguap.. Tumpuan kengkawan bukan pada mat salleh tu tapi pada gelagat aku yang tak reti nak cover mengantoks!

Abes je meeting petang tadi, aku terkedek-kedek macam penguin gedik yang comel bersiap untuk check out dari ofis... Ngeh ngeh! Pasalnya otak aku dah terarah pada katil empuk di rumah... Disebabkan keinginan tido yang membuak-buak menyebabkan aku meredah ujan untuk ke tempat parking dengan melupakan hakikat yang aku tak buleh kene ujan walo setitik sekarang ni... Kan dah tampal koyok kiri kanan depan dah! Jangan demam esok sudah!!

Would you like to comment?