Anak Abah



Aku : Abah, sini hujan...


Abah : Habis tu kenapa kalau ujan?



Aku : Orang dah basuh kereta, shining dah... Pastu ni dah hujan abis la!



Abah : Haduuiii anak aku... Itu pun kamu tepon mengadu!! 



Aku : Alaaa tak buleh ke?? 



Memang cenggini aku! Eleeh abah aku buat-buat tak paham pulak perangai anak dia yang mengong ni... Hehehe kalau aku balik umah, ke mana saja dia pegi aku akan follow... Beli surat khabar pun aku ngekor! Sanggup tu bangun pagi gosok-gosok mata dengan tak mandi nak ikut abah punya pasal... Pasal tu abah sayang aku... Aku la anak dia yang paling menyebok sekali!

Setakat ni abah jarang missed teman aku jumpa doctor.. Kerja abah sebagai guru memang tak memungkinkan dia amik cuti selalu... Lagipun diorang takde cuti rehat yang panjang... Tapi abah tetap takkan biarkan aku... Aku susah sikit kalau dengan orang lain, nak ngan abah jugak! Sebab nanti tugas bercakap dengan doctor aku serahkan kat abah... Abah penah cakap sampai bila baru abah leh betul-betul lepaskan aku.. Tapi anak abah yang bengong ni buleh cakap, "dulu masa kecik-kecik mana ada abah ajor masuk jumpa doctor sorang-sorang..." Last-last lebam dahi aku kena tunjal....

Abah, dulu orang ingat lagi.. Masa orang kena sakit mata, 3 minggu tak baik-baik.. Bila pegi Eye Specialist mata aku kena cuci... Bila doctor nak cuci, dia tarik kelopak mata yang kat bawah dan lap dengan antiseptik apa tah yang menyebabkan darah meleleh membasahi tudung aku masa tu... Dan aku nampak lagi masa tu abah berpaling dari tengok aku dan aku nampak jugak air mata abah menitis.. Sebab? Sebab dia tak sanggup tengok aku menangis kesakitan...

Dan aku jugak masih ingat, masa aku nak menjalani dua pembedahan dulu... Aku ingat masa tu mak di sisi aku, bagi semangat pada aku... Tapi abah? Abah tengok aku dari jauh... Dia pandang sayu pada aku dari jauh... Kenapa? Sebab walaupun abah lelaki tapi hati dia tak sekuat mana bila melihat anak dia yang satu ni ditimpa berbagai-bagai dugaan... Mungkin sebab itu, walaupun aku anak sulung tapi aku adalah yang paling manja dengan abah...

Masa first time doctor nak bagi result pasal sakit aku sekarang, aku ingat lagi... Masa tu abah suruh mak jer yang masuk dengan aku... Mak cakap sebab abah taknak dengar, dia tak sanggup nak dengar... Sampai doctor tu paksa jugak suruh abah masuk dan dengar... Aku tau masa tu abah menangis dalam hati... Mak pun... Dan tak terkecuali tuan punya badan... Masa tu aku rasa adakah aku diciptakan hanya untuk membuatkan hati mak dan abah sedih?? Abah selalu cakap sekarang dengan aku.. Dia suruh aku terima kenyataan, kuat semangat... Tapi adakah aku jadi seperti apa yang abah suruh?

Mak, abah.... Aku selalu rasa bersalah dan kesian pada diorang sebab aku la satu-satunya anak diorang yang tak terlepas dari terkena segala macam penyakit.. Dari sekecik-kecik sampai la seserious penyakit... Aku rasa nak mintak maap banyak-banyak sebab semua ni telah meruntun hati diorang... Tapi hati aku turut sama terkilan... Kadang-kadang gila-gila aku ni sebenarnya nak menutup dan mengaburi mata mereka.. Aku nak abah dan mak tau aku okeh, happy dan aku nak diorang jugak happy... Dalam doa aku setiap hari, aku mohon pada Tuhan kiranya mereka harus pegi dulu, aku sanggup menjadi gantinya... Kerana mereka lebih diperlukan oleh adik-adik aku... Abah dan mak, terima kasih yang tak terhingga kerana membesarkan, memberikan pendidikan sempurna, sentiasa di sisi aku tika suka dan duka... Selagi bernafas aku akan kenang dan cuba membalas jasa mereka....

Hmmmm, kalau anak abah ni dah takde lagi, mesti abah rindu sangat-sangat... Kan kan??

3 comments:

sillyloo said...

alaaaaaaaaa mau nanges sudahhhhh...muka jer ganas skit tp dlm ati ni ada taman tau uhuhuhuh

aieda said...

hahahaha taman apa?? buaya? rama-rama?

sillyloo said...

taman permainan :P