Please add a disclaimer for affiliate links here.

Resipi Puding Roti Gula Hangus

Resipi ni atas usaha google sendiri dan dapat dari blog. Bukan resipi aku sendiri. Hanya mencoba-cobaaa untuk santapan perut sendiri. Ilustrasi di bawah adalah hasil cobaan sendiri jugak. 

Bahan-Bahan:
Roti (4 keping) 
Telur (2 biji) 
Gula 
Susu cair (1/2 tin) 
Esen vanilla 
Loyang kecil

Cara-cara:
Langkah 1 (Roti)





1. Carik-carikkan 4 keping roti hingga jadi cebisan kecil. Masukkan ½ tin susu cair ke dalam bekas berisi roti. Tekan-tekan roti tadi dan biar terendam lebih kurang 10 minit.


Langkah 2 (Gula Hangus)



2. Masukkan 4-5 sudu gula ke dalam bekas loyang yang akan digunakan untuk mengukus puding roti. Letakkan di atas dapur dengan api yang kecil supaya gula tak cepat hangus.


Langkah 3 (Kisar)




3. Masukkan 2 biji telur, 2 sudu gula, 1 sudu esen vanilla dan roti yang telah direndam ke dalam blender.

4. Kisar bahan-bahan tadi.

Langkah 4 (Kukus)




5. Masukkan adunan yang telah di blend ke dalam loyang berisi gula hangus.
6. Kukus menggunakan api sederhana lebih kurang 30-40 minit.
7. Setelah siap dikukus, keluarkan loyang dan biarkan puding hingga sejuk dan terbalikkan loyang tadi ke dalam bekas lain.




Tadaaaaaaa!! Supposed gula atas tu cover semua puding roti ni. Tapi sebab gula tak berapa nak banyak or maybe masa curah dalam loyang tu gula hangus ni tak rata. So, selamat mencuba.


A day trip to Thailand

Last weekend, aku dengan family in law buat short trip ke Thailand. Khamis after class malam tu gerak ke Perlis. Dalam 3.30 pagi sampai Hotel Seri Malaysia, Kangar. Tidur ayam kejap before keluar pukul 8.00 pagi tu untuk renew passport aku. Haha sikit punya jauh ke renew passport. Khamis tu tak sempat, buat kat UTC Sentul. Dah la bapak ramai orang, tiba-tiba elok je after abis turn aku amik gambar semua, system down. Time kasih saya ucapkan. Terus blah, buat kat UTC Kangar tak sampai sejam dah siap hahaha takde orang.

Lepas tu bergerak ke jeti Kuala Perlis, untuk ke Langkawi. Balik hari je, niatnye cuma nak shopping pastu amik feri terakhir pukul 7 untuk balik semula ke Kuala Perlis. Esoknya baru pagi-pagi dah gerak masuk Thailand. Nasib passport aku dah renew, kalau tak mati kutu dok hotel tunggu dorang semua balik hahaha.

Aku tak snap banyak gambar pun sepanjang perjalanan, sebab perjalanan aku adalah yang cetek pemandangan. Apa tak cetek pemandangan nye, dah membuta aje hahaha. Yang aku suka pegi salah satunya is Klonghae Floating Market kat Hatyai. Elok cantik je tersusun perahu (ke sampan?) queue kat tepi sungai tu. Kat sini jual food, dan kebanyakannya dikatakan halal. Dorang jual fried rice, som tam, nasi lema' (camtu dorang spell) and other local Thai traditional foods.








Yang ni interesting. Jual air dalam tembikar yang ada macam-macam shape. Kita boleh pilih nak air dalam tembikar, buluh or paper cup biasa. Dan straw dia diperbuat from buluh, siap ada flower lagi. Air dia ada banyak choice, teh susu, longan, air kelapa etc. Ralit aku tengok dia ni tak menang tangan layan orang dok membeli. Harga dia RM2.50 duit kita. Kalau nak refill pun boleh, add RM1. Aku ni pakal duit tukar dah habis je, kalau tak mungkin aku ada atas sampan ni dok memborong haha.



This is my fav stop. Beli coconut ice cream. Sorry gambo eskem takde sebab tak sempat dah kena terkam haha. Beli satu share dengan Mr. Z, penyudahnye dia beli lain sebab aku macam taknak share aje hahahahaha. Ice cream ni dia letak dalam coconut shell, then boleh pilih kita nak add kepingan roti, pulut, kacang, carrot dan buah apa tah macam rambutan tu. Gila mahvelous (ko pasal makan apa je tak mahvelous??!!).

Sebenarnya gambar ada banyak dalam camera laki I, tapi tak sempat la aku nak membelek, banyak keje. But very nice day trip to Thailand. 

Rajin...



Ciri-ciri orang sakit takde keje. Banyak masa buat cover photo for FB. Hahahaha. Ini namanya semangat nak berblogging balik. Kalau aku malas kang bersawang. Kalau aku rajin kang, kerja lain pulak bersawang muahahaha.

Okeylah nak sambung thesis balik. Kang tercarik-carik pulak supervisor aku mana aku tak muncul-muncul dengan update terkini. Liat gila nak start ni, biasalah lemak degil dah naik semenjak sakit kaki asik terbaring je. Gini la gaya nye ye. *menguap*

Please get well soon


Alhamdulillah takde retak or patah. It is ligament and soft tissue injury. So need time to fully recover, but for now silalah jalan senget macam takde alignment. Semalam jugak we went for second opinion sebab the first clinic aku pegi memang tak puas hati jawapan doc tu. Sekarang sape yang doc, kau ke aku?? Dia suruh xray tapi bila aku tanya soalan sikit je lagi dia boleh ubah pulak cakap kalau aku taknak xray dulu takpe, rest and see whether the ankle recover or getting worst. Aku siap mintak dia tolong bandage, sudahnya dia bekalkan bandage je kat aku like helooo kalau aku leh lilit sendiri, I wouldn't asked you to help. Last sekali referal letter pun takde nak suh aku gi xray. But the way dia layan patient sangat okay la, cuma I need advice bukan discussion yang akhirnya lead to no where.

So lepas tu aku call adik aku Dr. Nana or nama samaran 'mokmok' sebab dia mokmok la hahaha. She advice better go for xray, buat apa nak tunggu lagi. Mr. Z amik cuti semalam, kitorang gi klinik panel aku yang selalu pegi, Klinik Baharudin Seksyen 2, Shah Alam. Terus doc cakap kita xray ye. Haaa jawapan camni la aku nak, dan yang bagusnya kat klinik ni ada xray. So x payah la aku nak harung ke DEMC or KPJ semata nak xray. 

Banyak gila dapat ubat, nasib la. Doc siap suh cari crutches, aku cakap nak forearm crutches tu but dia tak advise sebab better crutches biasa yang leh support kita dari bahu. Aku jawab alaa tak glemer la saya doc hahahaha. A very nice doc. Since aku transfer Shah Alam, memang aku gi klinik dia dengan history liver problem aku dulu pun banyak dapat advice dari dia. So semalam dah beli la tongkat tapi pakai dalam rumah je kot, tak vogue la pakai kat luar. Lempang sekali baru tau!! 

Dugaan datang lagi

Alkisah semalam kaki terseliuh, on the way back ke kereta after class. Nasib tak terduduk, camne la boleh terpijak batu. Macam biasa after tu terus bangun tengok kiri kanan, takut ada orang nampak haha malu la I. Masuk je kereta dah rasa kaki berdenyut. Berdenyut dan membengkak. Nasib kaki kiri, bukan kaki kanan yang pernah injured dulu (yang sampai sekarang pun tak baik lagi). So masih boleh drive merempit balik rumah. Sampai rumah macam biasa aku ngan Mr. Z akan keluar makan (akak tak masak malam sebab kerja banyak! perlu ke bagitau??) tapi sampai-sampai kedai je nak turun kereta rasa nak menjerit je sebab sakit nak step on. So Mr. Z tapau je makanan. Decide esoknye je la pegi klinik, kot la malam boleh baik. 

Dalam kereta dah ada drama air mata. Aku dok membebel, apalah nasib, malangnya nasib memang kompem la kena marah haha. Aku dah la sakit kena bebel pulak berdenyut kaki okeyyy. 

Today dah pegi klinik tapi tak sempat pegi xray lagi sebab Mr. Z kena balik office ada kerja urgent kena siapkan. So besok aje la. Harapnya tak retak. Unlikely la patah. But possibility of dislocate or ligamen koyak tu ada la. Ya Allah, permudahkanlah Ya Allah. Hujung semester ni harapnya aku kuat la nak menempuh. Harapnya cuma terseliuh biasa. 

So berjalan la aku dengan kelajuan 5km/j. Sedihnya. Kalau kura-kura lalu sebelah pun dia boleh benti gelakkan aku dulu lepas tu blah.

Blog



Masih belum berpuas hati dengan template blog. Rasa serba tak kena. Selalunya if aku dah berpuas hati memang tak akan tukar dah. Template lama pulak macam ada problem, background tak keluar habis. Hmmm tapi takpe la, banyak lagi kerja nak dipikir selain dari template blog yang cun hahahaha. Janji tuan dia cun sudah. Puiii!

Allah knows...




Dugaan kesakitan.

Bila sakit, berbaik sangkalah. Jangan hanya mengeluh, susahnya, payahnya, sakitnya.

Ya Allah, moga sakit ini menjadi kafarah, penghapus dosa-dosa, yang kian hari bertambah.

Moga diberikan kesembuhan segera. Amin.

Kasut

Plan nak ke Satun, Thailand dengan in laws. Asalnye rasa macam kerja banyak so tak dapat nak join. Tapi pikir-pikir balik, pegi la kejap lepaskan tekanan tapi dengan syarat lepas ni no more sampai la aku settle semester akhir ni. Hahaha nak pegi tapi pasport guwe udah mati. So Mr. Z sila amik cuti untuk bawak saya renew pasport, kalau tak babai Satunnnnn. Tapi apa-apa hal last week sebaik saja aku kata yes terus ajak Mr. Z pegi Setia City Mall. Apa kena mengena Satun dengan Setia City Mall?? Eh ada! Aku nak carik kasut. Abis takkan nak pakai heels Hush Puppies aku or Scholl. Harus la mencarik kasut yang sesuai. Bila langkah kaki laju aktiviti menshopping pun insyaAllah lancar.


Skechers Flex with Memory Foam tajuk dia.

Cantekkk tak?? Nak selesa harus kena carik Skechers aje la. Kang kalau tak cari kasut yang comfy payah nak berjalan. Aku ni dah la kaki injured 4 tahun lepas pun tak baik-baik, ada kurang la tapi baik sepenuhnya tu belum lagi. So bab kasut memang aku sensitif sikit. Beli kasut or sandal kena tengok cutting dia jugak, sebab sebelah kaki still bengkak. Kang sebelah muat, sebelah lagi tak boleh masuk. Plus sejak dulu lagi Mr. Z sangat concern bab pemilihan kasut aku. Aku ni tak dapek la nak tengok kasut berkenan di mata terus beli. Kirim salam. Kalau dia check kasut tu tak mematuhi spesifikasi yang dia izinkan, harus la kau pejam mata aje. Dia tak kesah berhabis duit untuk beli kasut aku asalkan aku tak beli kasut yang cantik di mata tapi hazabbb kan kaki. Haaa kau cite pasal kasut je pun, sebabnya nak berjalan haha.

Aku pun tak tau apa ada kat Satun tu. Harapnya best la, seriously in need of a simple and short vacation. Serabut weeyy kepala hotak aku.

Ikan bakar, udang bakar!!

Alkisah Jumaat baru ni tekak macam teringin nak makan seafood. Tapi taknak pegi yang area dekat rumah. Nak jauh punya hahaha. Aku teringin nak makan ikan bakar, sweetsour dengan butter prawn. Tapi lagi Jumaat kerja banyak so plan nak pegi Sabtu. Aku cari dalam blog so decide nak pegi Restoran Nur Cahay Seafood kat Pantai Remis, Jeram. Mr. Z cakap dari rumah just around 30 min drive. So, dia pun willing nak pegi (read: laki bini memang suka cari tempat makan best). So Sabtu right after Maghrib kitorang gerak. Carik dalam Waze tak jumpa, aku pun taktau la kenapa tapi lastnye kitorang sampai kat 1 kedai tepi laut. Nampak cam ramai orang, walau aku tak puas hati sebab ni bukan kedai di tuju. Tapi jalan ke depan lagi macam jalan mati so patah balik ke kedai first ni. Mr. Z cakap jom la kita apa ada dalam haha. 

Nama kedai ni Selera Corner Ikan Bakar. Selera la harapnyee. Masuk-masuk je akan lalu tempat nak pilih ikan, sotong, udang dan kerang. Sis in law aku carik pahat takde. So dia pilih kerang bakar. Okay lagi la bakar ye kerang ni. So aku ngan Mr. Z pilih ikan dua jenis, dengan udang pengantin 6 ekor. Ko kena pilih meja dulu, nanti ada orang amik order dan bagi ko table number. So pastu baru ko pegi pilih seafood ni tadi. 



Tapi takpe, duduk je waiter datang tanya nak makan apa minum apa. Nasi lemak abis so kitorang order nasi putih. So pastu kitorang cakap la ikan ni nak bakar dengan sweetsour. Sekali dia cakap 'kat sini semua bakar saje' (dah la kerek) semua macam i tengok u, u tengok i haha. Abis dah tu ko takyah tanya la semua tu kasi bakar la. Pikir punya pikir kitorang kata jom la tambah sup, takkan nak makan ikan bakar kosong je takde kuah. Panggil balik akak waiter tu

"Kak, tambah tomyam satu untuk 3 orang makan."
"Sini takde tomyam, sup je ada."

Tercengang lagi haha.

"Okay la kak bagi sup la."
"Sup memang sekali dengan nasik."

Hahaha kelakar pun ada. Ikut aku, macam taknak dah. Ape ke pelik bakor aje. Tapi lepas duduk tu baru kitorang nampak banner dia "masakan bakar sahaja" lebih kurang camtu la. Tapi nasib baik air asam dia mahvelous boleh la aku tenyeh cicah dengan ikan udang.



Ikan bakar. Sedap jugak.


Udang pengantin. 6 ekor RM35. Tapi sedap jugak udang bakar. 



Kerang bakar. Sedap dan banyak. Gambar ni masa dah half way makan.

Tapi kesimpulannya, okay la jugak walaupun semua menu bakar. Nasib nasi aku dia tak bakar haha. Kalau korang nak makan yang bakar saja or saja nak meratah lauk bakar okay la boleh try sini. Harga ikan dia okay. Total makan malam tu is RM88.70. Reasonable kan?

Cakkkkkkk!!!!!!

Hahahahaha cakkkkkkk!!!

Alhamdulilah. Aku hidup lagi. Blog je macam dah nak K.O. Takde masa aku! Simptom-simptom dah tua mula nampak dah. Tu pasal blog pun bersawang. Lagipun siapa aje la nak baca blog ni, melainkan stalker stalker aku hahaha (ada ke??) Lagipun (bab alasan bagi kat aku) dah semester akhir insyaAllah so masa lebih pada kerja yang bertimbun-timbun. Ada keperluan yang lebih mendesak untuk diberi priority. So insyaAllah, aku akan start blogging balik. Sayang aku kat blog ni hahaha.

Dalam pada busy tu, semalam kitorang pepagi lagi dah bangun nak pegi jalan-jalan cari breakfast. Dah lama dah plan tapi serious asal weekend je mood aku ke laut sebab kerja bertimbun. Sian laki I. So semalam sebab tahap stress aku dah level zombie so semangat laki I nak bawak keluar jugak. Breakfast kat Leha Kelfood. Pekena nasi dagang campur sikit nasi hujan panas. On the way balik rumah aku bantai tidur haaa hameek kau. Lama gila tak makan sini, ni la tempat kitorang breakfast masa bercinteee dulu haha. Kekonon nak jejak kenangan lama la hahaha.



Eh asal kau start blogging kau cite pasal makanan hahahaha. Because I do believe in food theraphy hahaha. Okay la today ada presentation, nak study jap. I is malas (kau pernah rajin ke??) haha bai.