Ikan bakar, udang bakar!!

Alkisah Jumaat baru ni tekak macam teringin nak makan seafood. Tapi taknak pegi yang area dekat rumah. Nak jauh punya hahaha. Aku teringin nak makan ikan bakar, sweetsour dengan butter prawn. Tapi lagi Jumaat kerja banyak so plan nak pegi Sabtu. Aku cari dalam blog so decide nak pegi Restoran Nur Cahay Seafood kat Pantai Remis, Jeram. Mr. Z cakap dari rumah just around 30 min drive. So, dia pun willing nak pegi (read: laki bini memang suka cari tempat makan best). So Sabtu right after Maghrib kitorang gerak. Carik dalam Waze tak jumpa, aku pun taktau la kenapa tapi lastnye kitorang sampai kat 1 kedai tepi laut. Nampak cam ramai orang, walau aku tak puas hati sebab ni bukan kedai di tuju. Tapi jalan ke depan lagi macam jalan mati so patah balik ke kedai first ni. Mr. Z cakap jom la kita apa ada dalam haha. 

Nama kedai ni Selera Corner Ikan Bakar. Selera la harapnyee. Masuk-masuk je akan lalu tempat nak pilih ikan, sotong, udang dan kerang. Sis in law aku carik pahat takde. So dia pilih kerang bakar. Okay lagi la bakar ye kerang ni. So aku ngan Mr. Z pilih ikan dua jenis, dengan udang pengantin 6 ekor. Ko kena pilih meja dulu, nanti ada orang amik order dan bagi ko table number. So pastu baru ko pegi pilih seafood ni tadi. 




Tapi takpe, duduk je waiter datang tanya nak makan apa minum apa. Nasi lemak abis so kitorang order nasi putih. So pastu kitorang cakap la ikan ni nak bakar dengan sweetsour. Sekali dia cakap 'kat sini semua bakar saje' (dah la kerek) semua macam i tengok u, u tengok i haha. Abis dah tu ko takyah tanya la semua tu kasi bakar la. Pikir punya pikir kitorang kata jom la tambah sup, takkan nak makan ikan bakar kosong je takde kuah. Panggil balik akak waiter tu

"Kak, tambah tomyam satu untuk 3 orang makan."
"Sini takde tomyam, sup je ada."

Tercengang lagi haha.

"Okay la kak bagi sup la."
"Sup memang sekali dengan nasik."

Hahaha kelakar pun ada. Ikut aku, macam taknak dah. Ape ke pelik bakor aje. Tapi lepas duduk tu baru kitorang nampak banner dia "masakan bakar sahaja" lebih kurang camtu la. Tapi nasib baik air asam dia mahvelous boleh la aku tenyeh cicah dengan ikan udang.



Ikan bakar. Sedap jugak.


Udang pengantin. 6 ekor RM35. Tapi sedap jugak udang bakar. 



Kerang bakar. Sedap dan banyak. Gambar ni masa dah half way makan.


Tapi kesimpulannya, okay la jugak walaupun semua menu bakar. Nasib nasi aku dia tak bakar haha. Kalau korang nak makan yang bakar saja or saja nak meratah lauk bakar okay la boleh try sini. Harga ikan dia okay. Total makan malam tu is RM88.70. Reasonable kan?

0 comments: