A day trip to Thailand

Last weekend, aku dengan family in law buat short trip ke Thailand. Khamis after class malam tu gerak ke Perlis. Dalam 3.30 pagi sampai Hotel Seri Malaysia, Kangar. Tidur ayam kejap before keluar pukul 8.00 pagi tu untuk renew passport aku. Haha sikit punya jauh ke renew passport. Khamis tu tak sempat, buat kat UTC Sentul. Dah la bapak ramai orang, tiba-tiba elok je after abis turn aku amik gambar semua, system down. Time kasih saya ucapkan. Terus blah, buat kat UTC Kangar tak sampai sejam dah siap hahaha takde orang.

Lepas tu bergerak ke jeti Kuala Perlis, untuk ke Langkawi. Balik hari je, niatnye cuma nak shopping pastu amik feri terakhir pukul 7 untuk balik semula ke Kuala Perlis. Esoknya baru pagi-pagi dah gerak masuk Thailand. Nasib passport aku dah renew, kalau tak mati kutu dok hotel tunggu dorang semua balik hahaha.

Aku tak snap banyak gambar pun sepanjang perjalanan, sebab perjalanan aku adalah yang cetek pemandangan. Apa tak cetek pemandangan nye, dah membuta aje hahaha. Yang aku suka pegi salah satunya is Klonghae Floating Market kat Hatyai. Elok cantik je tersusun perahu (ke sampan?) queue kat tepi sungai tu. Kat sini jual food, dan kebanyakannya dikatakan halal. Dorang jual fried rice, som tam, nasi lema' (camtu dorang spell) and other local Thai traditional foods.








Yang ni interesting. Jual air dalam tembikar yang ada macam-macam shape. Kita boleh pilih nak air dalam tembikar, buluh or paper cup biasa. Dan straw dia diperbuat from buluh, siap ada flower lagi. Air dia ada banyak choice, teh susu, longan, air kelapa etc. Ralit aku tengok dia ni tak menang tangan layan orang dok membeli. Harga dia RM2.50 duit kita. Kalau nak refill pun boleh, add RM1. Aku ni pakal duit tukar dah habis je, kalau tak mungkin aku ada atas sampan ni dok memborong haha.



This is my fav stop. Beli coconut ice cream. Sorry gambo eskem takde sebab tak sempat dah kena terkam haha. Beli satu share dengan Mr. Z, penyudahnye dia beli lain sebab aku macam taknak share aje hahahahaha. Ice cream ni dia letak dalam coconut shell, then boleh pilih kita nak add kepingan roti, pulut, kacang, carrot dan buah apa tah macam rambutan tu. Gila mahvelous (ko pasal makan apa je tak mahvelous??!!).

Sebenarnya gambar ada banyak dalam camera laki I, tapi tak sempat la aku nak membelek, banyak keje. But very nice day trip to Thailand. 

0 comments: