Dugaan datang lagi

Alkisah semalam kaki terseliuh, on the way back ke kereta after class. Nasib tak terduduk, camne la boleh terpijak batu. Macam biasa after tu terus bangun tengok kiri kanan, takut ada orang nampak haha malu la I. Masuk je kereta dah rasa kaki berdenyut. Berdenyut dan membengkak. Nasib kaki kiri, bukan kaki kanan yang pernah injured dulu (yang sampai sekarang pun tak baik lagi). So masih boleh drive merempit balik rumah. Sampai rumah macam biasa aku ngan Mr. Z akan keluar makan (akak tak masak malam sebab kerja banyak! perlu ke bagitau??) tapi sampai-sampai kedai je nak turun kereta rasa nak menjerit je sebab sakit nak step on. So Mr. Z tapau je makanan. Decide esoknye je la pegi klinik, kot la malam boleh baik. 

Dalam kereta dah ada drama air mata. Aku dok membebel, apalah nasib, malangnya nasib memang kompem la kena marah haha. Aku dah la sakit kena bebel pulak berdenyut kaki okeyyy. 

Today dah pegi klinik tapi tak sempat pegi xray lagi sebab Mr. Z kena balik office ada kerja urgent kena siapkan. So besok aje la. Harapnya tak retak. Unlikely la patah. But possibility of dislocate or ligamen koyak tu ada la. Ya Allah, permudahkanlah Ya Allah. Hujung semester ni harapnya aku kuat la nak menempuh. Harapnya cuma terseliuh biasa. 

So berjalan la aku dengan kelajuan 5km/j. Sedihnya. Kalau kura-kura lalu sebelah pun dia boleh benti gelakkan aku dulu lepas tu blah.

0 comments: