Cerita Tikus Lagi!


Ye ye saya tak habis lagi cerita pasal tikus selagi bangkai dia tak ada depan mata saya! Yer la kalau tak apa buktinya dia dah blah...

Jumpa benda ni kat Tesco tadi... Racun tikus aku beli hari tu aku beli macam halus aje. Yang tu kalau tikus makan, dia akan rasa panas dan nak cari air. Soalan bodoh aku pada orang kedai tu 'saya kena letak bekas air sekali tak dengan racun dia ni' haaaaa memang bengap punya soalan. Kalau dah aku letak air tu, kira aku tolong selamatkan tikus tu la kan hahahahaha tak sangka datang bengap jugak otak aku bila tiba part ni.
Panic okayyy first time ada housemate tikus!

Ni as the name perekat tikus ni, nak kasi dia melekat la atas tu. So I have to put some food kat tengah tu... Apa? Buh cheese? Sorry aku nak bagi dia makan menda sedap sebelum mampus. Hahaha nampak gambar kat depan kotak tu aku cakap kat abah, kalau aku dapat la menatang ni dah lekat atas tu aku sepak-sepak kan aje pipi dia. Okay sapa pun tak percaya, terima kasih laa.


Haaiih la tikus, berambus la cepat dari rumah aku... Tak kuasa rasanya nak membazir beli macam-macam nak halau kau!

0 comments: