Jerry oh Jerry!!

Rumah baru saya ada Jerry... :( Susah hati sepanjang masa kalau macam ni. Dari hari masuk rumah hari tu dah sedar kewujudan dia. Mana tidak, belakang rumah hari tu semak! Semalam berperang dengan cik tikus. Eh tak laa kalau perang ada aksi lawan-lawan kan, ni aku lari dia lari. Dia lari ke hall depan aku lari ke dapur, macam mana ni...??? Nampak aje aku melolong, terlompat-lompat lari menyelamatkan diri. Padahal si jerry pun lari jugak macam la dia kejar aku kan? Mula takut-takut nak dok kat depan kot la dia menyelit kat sofa or kusyen. Tengah aku lepak tengok tv dengar bunyik pelik lagi kat dapur, jerry tengah memanjat dapur bahangang laaa menatang hitam ni. Aku takat berani sergah hoiiiii aje la pastu mencecet dia lari masuk bilik belakang, aku pun berlari tutup pintu tuu... Haaaa padan muka kau kena kunci dalam tu, tunggu balik ni aku beli biskut tikus ko makan la sampai gojol muahahahahaha.... Cuak jugak kalau dia ada jalan keluar walaupun pintu kunci, naya laa aku kalau dia dapat escape gak huhuhu...

Baru nak menenangkan jiwa, dah tak tenteram dek jerry ni. Kalau comel macam dalam kartun tu takpe jugak kaler cokelet, ni dah la hitam pastu hodoh pulak eyeeeekkksss jijik aku laa tengok dia lari pun aku dah trauma ingat comel ke tendang baru tau (tapi takde maknanya aku berani!!)

Haiihhh masa keje pun teringat-ingat memang binawe laa. Lepas ni tengok kartun Tom & Jerry aku dah tak suka kat Jerry dah laa, nak side kat Tom pulak! Yer yer tak kelakar la pun okayyy!

2 comments:

win@momyShaneQeisha said...

hahaha..kelakar la aida.mcm mana la rupa aida sergah si jerry tu.eiii saya pun geli dgn si ti...tu.

aieda said...

hahaha itu la.. rasa kelakar tapi bila tikus dah depan mata jerit x ingat apa dah hehe..