Budak Kedekut Saya

Okey, ini boyfriend kecik saya.. Dia ni aku buleh panggil Haji Bakhil Junior hahaha... Sangat loaded yer sebab saya adalah bank dia... Sangat mewah poket budak kecik ni sebab saya sentiasa akan menghulur duit/upah and whatsoever kat dia... Noted that duit raya dia boleh mencecah 1k bila raya... That's not what I'm going to tell you guys here... Alkisahnya aku menuntut birthday present dari budak kecik ni... Tahun lepas dia bagi aku handbag, my mom pilihkan, bayarkan... Bila sampai masa dia buat drama nak mengelat dari share bayar okeh! Tahun ni aku tuntut jugak, dia dah susah hati hahaha biasalah kedekut... Aku kata tak kira, murah pun takpe... Janji dia kena belikan hadiah untuk aku... Hadiah untuk dia bukan kata masa birthday, tak birthday pun macam-macam ko dapat dik oiii...!!


Okeh. Tadi keluar shopping dia ikut... Dia nak belikan aku hadiah birthday yer! Macam tau-tau aku suka menda alah kat sebelah ni... Okeh takpe.. Dia suruh aku pilih... Aku pilih, dia amik pegi scan harga... Rasa geli hati ada, geram pun ada.. Punya la takut mahal kan... Sekali dia scan dinosaur yang aku suka tu dan datang balik suruh aku pilih yang lain... Mahal katanya.. Omak aii ko berkira yaa..! Aku pilih second time punya pun dia reject... Last dia amik dua yang kecik suruh aku pilih mana mana satu antara dua yang dia tunjuk... Okeh takpe aku pilih jer la satu, dia pun tak gi scan harga dah sebab dia tau mende tu tak sampai sepuh hinggit... Ohh tidak nak meraung gua!


Ini dia birthday present saya dari adik bongsu kesayangan saya... Kecik tapi bermakna laa.. Bermakna jugak pada dia hahahaha kuang hasam...



Okeh, aku nak cakap yang ni... Ini tidak adil..! Dia bawak aku tengok-tengok toys dia lepas tu... Dengan muka kesian dia tunjuk aku apa dia nak... Tengok, betapa pemurahnya aku! Bezakan apa aku dapat, dengan apa dia dapat... Size sekali okeh...!! Dan yang pastinya double triple lagi mahal dari present aku yang dia berkira belikan itu... Last nya balik rumah aku jugak kena main 3D Snake and Ladder ni dengan dia! Sekian...


0 comments: