Hari Raya Saya

Macam mana raya u ols? Hehehe raya saya sangat meriah dan best... Pagi balik beraya di kampung dan petang tu terus berjalan raya... Raya kedua dan ketiga reunion hari raya di rumah aunty dan uncle saya... Sangat seronok sebab masa ni la kami semua dapat berkumpul, masa ni la jugak aku terkejut badak bila tengok anak-anak sepupu aku dah besar! Okeh memang la, takkan makin kecik kan?! Hehehe masa ni gua rasa 'eh nak baby sendiri jugak laa' hehehe... Pada Mr Bubu sila ignore keteringinan saya itu wahahahaha....



Okeh macam biasa, duit raya telah membuatkan saya bankrupt tahap kering! Mana tak pokai ahkak bila anak-anak cousin dah bertambah... Tak dilupakan juga duit raya untuk hero kecik saya lagi banyak dari orang lain hahaha... Aku rasa raya tahun ni meriah sebab dok berkumpul dan berjalan beraya secara berjemaah lalalala... Cuma yang tak bestnya, bila pipi saya akan naik gebu balik angkara lemang, ketupat rendang dan macam-macam juadah berlemak tepu!


Hehehe apapun, saya sangat happy yer! Walaupun telah diisytiharkan pokai dan diharapkan bantuan kewangan akan dihulurkan oleh bank kedua saya Bubu Bank hahahaha! Hehehe andai ini raya terakhir dengan title miss, aku harapkan raya tahun depan akan lebih bermakna walaupun tak dapat manja sebagai anak abah dan ma secara berlebihan dah hehehe... Dan aku berdoa semoga dapat diketemukan dengan Ramadhan dan Syawal tahun depan...


Raya korang macam mana? Best?

2 comments:

mumyShaneQeisha said...

wah bestnya raya aeida.Mmg best kan dapat kumpul bersama family.Walaupun saya tak meraikan Hari Raya, saya ada berjalan raya ke rumah kawan.
Selamat Hari Raya..

aieda said...

mumyShaneQeisha
mmg best sgt smpai rasa cuti tak cukup ni hehe... mood raya ni sebulan baru abis kot hehe...