Rezeki Ada Di Mana-Mana

Tagline aku semenjak dua menjak ni adalah 'rezeki tu ada di mana-mana'... Bukan apa, kita kena yakin yang rezeki tu atas izin Allah... Kalau dah tertulis sesuatu tu bukan rezeki kita, buat la macam mana pun kan tetap bukan hak kita... Kadang rezeki tu kita panggil rezeki terpijak, durian runtuh gitu... Ada jugak rezeki tak semena-semena... Ikut kamus aku means rezeki tu tidak berbau... Hahaha bukan mengepau tapi macam aku cakap, rezeki yer... Semoga tangan yang memberi itu dimurahkan rezeki olehNya... Dan semoga aku termasuk dalam perkongsian rezeki itu...

"Abang, belanja tudung!
Ayg nak beli tudung hari raya..."
"Berapa?"
"RM**
* hehehe..."
"Tudung apa tuuu mahal camtu..?"

"Tudung mangkuk hehe, nak dua...
"
"Okey la approve!
"
"Yahoooo..!!
"

See, aku tak sengaja mintak dan tanpa sengaja juga aku dapat... Dapat la aku berhari raya dengan lebih comel bersama tudung baru... Tak lengkap rasanya baju raya baru tanpa tudung baru kan?? Bukan tak buleh beli sendiri, saja nak manja hahaha dia pun kena practice hari raya dengan aku nanti bueekk... Dan sebenarnya hutang kuih raya aku banyak lagi ni nak dilangsaikan paham? Bila aku nak habis mengomel pasal budget melampau kuih raya ni??

3 comments:

mumyShaneQeisha said...

bestnya kan, bila kita dapat apa yang kita suka.
mesti aeida nampak comel sambut raya with tudung baru...slmt hari raya ya

Kancilbiru said...

mana tudung baru mana mana? hahaha sibuk jer kan..

aieda said...

hehe duit dah dapat, esok kita shopping tudung raya yeaahaaaa...