Please add a disclaimer for affiliate links here.

Aku Sudah Pulang


Owh akhirnya aku sudah pulang ke Shah Alam.. Walo hati rasa malas mau keje balik esok.. Sampai umah aku mulakan operasi mengemas bilik yang dah jadi macam kandang kerbau (penah ke aku tgok kadang kerbau??) Dan aktiviti seterusnya adalah tido.. Indah sungguh sebab hujan selebat-lebatnye.. Ngeh ngeh...

Malam ni aku membawa diri untuk ke Jejasco.. Owh tadi sementara aku berdiri macam tiang letrik condong menunggu 'drebar tak rasmi' aku datang amik, aku telah dimengorat oleh sekor budak kecik umo dalam 4 tahun yang lalu kat situ..

Adik : Kakak nak pegi mana? (Baca pelat budak2 tau)

Aku : Kakak nak kuar ngan kawan..

Adik : Kakak, nah amik ni (Sambil hulur kopok dia makan, nak bg aku semua tu!)

Aku : Takmo la, kakak puasa la adik
(bo.dos ye dah malam aku menipu budak tu)

Bapak budak tu : Amboi, ramahnye dia tegur orang.. Jom adik..

Aku : Hehehehe..


Adik : Bye2 kakak..

Aku : Bye2..


Dalam hati aku, ape pasal la budak ni.. Ramah tamah semacam jer, ke aku pakai tak kena malam ni.. Sib baik cute, kalo tak aku tunjal pale.. Hahahaha!! Sesampai di Jejasco aku terkinja-kinja macam chimpanzee bila tengok handbag.. Sales okeh!! Best2.. Nak beli tp tengok counter punya queue dah panjang macam gerabak ketapi.. Nak beli tak beli?? Dok terpikir pakcik sebelah aku ni nak balik awal malam ni, takleh lelama.. Belum proses pemilihan lagi.. Belum proses lepas pilih dia nak komen kutuk-kutuk pilihan aku lagi.. Belum proses aku nak gado2 nak jugak beli! Taknak lambat punya pasal tak jadi la akak beli.. Takpe, nnt aku pau dia lenkali...

p/s: Ehem ehem minggu depan kita pegi tengok handbag tu yer.. Eh bukan tengok, beli!!

Aku Tak Mahu Pulang


Hmm malam ni tiba-tiba mood aku jatuh bergolek-golek.. Huhuu esok dah nak balik Shah Alam dah, coz Monday aku dah start keje la.. So not in a good mood because dah agak lama melepu di hospital dan rumah.. So mood untuk keje belum muncul lagi.. Haiih macam-macam.. Macam mana nak hilangkan rasa tak best ni?? Takkan nak sepak pipi sendiri.. Actually aku dari dulu mmg camni, kalau dah dapat balik umah mmg liat nak bergerak atau menamatkan cuti aku.. Dulu masa zaman U, wah wah aku punya home sick macam orang sewel.. Nak wat cemane aku dlu tak dok asrama.. Pas SPM baru aku kuar masuk U.. Tu pun masa sebok mak aku melayan home sick aku dia cakap kat aku meh la balik, nanti kita buat U sebelah umah.. Abah aku pulak cakap, kalo home sick taknak belajar meh balik abah kawinkan.. Hohoho sejak dari tu kalau home sick aku pendam je di lubuk hati paling dalam okeh... Hahahaha!!
Huhuu after all, aku mmg tak sangka yang aku akan kena demam denggi ni dan bercuti rehat lama la sangat.. Buat aku rasa nak berhenti keje dan dok dok umah je main 'sep sep sep tom tom tom' di samping makan dan tido.. Banyak cantik dagu aku nak dapat peluang camtu.. Hmmm tima kasih tak terhingga pada mak ngan abah aku terutamanya yang menjaga aku sepanjang aku sakit ari tu.. Dah macam tuan puteri aku rasa walopun mmg selalu gitu.. Ngeh ngeh.. Jangan jeles, nak wat cemana dah memang aku ni comey... Hahahaha statement aku mesti akan wat korang rasa nak cabut gigi aku kan kan?! Juga pada kawan-kawan yang care dok called dan sms aku! Aku dah cakap tak dapat datang jenguk aku pun takpe, bukannya dekat u ols.. Pada doc aku yang sangat comey dan caring, nurse yang kacau aku selalu, kejut aku tengah malam suh makan ubat la, amik pressure la, inject la.. Rasa nak campak jer termos kat sebelah aku bila diorang datang wat onar.. Hahahaha... Dan pada sesiapa saja yang terlibat dalam ini filem ya..
Pengalaman kena denggi ni takkan aku lupa pasal aku memang teruk.. Immune system dah memang weak, kena plak menda camni maka aku memang sah sah la tersungkur.. Tapi syukur alhamdulillah aku sembuh walaupun ambik masa yang agak lama.. Syukur aku masih bernafas hingga ke ari ni..
So ok, aku mau packing barang.. Nak campak je dalam beg tunjuk protes aku takmo balik lagi.. Ada sapa kesah?? Huhuuuu.. Gudnite...

Setajam-tajam pisau, masih lebih tajamnya lidah

Setajam-tajam pisau, masih lebih tajam lidah. Kata-kata yang bisa itu lebih menyakitkan dari apa jua senjata tajam sekalipun. Ibaratnya, luka luaran kita masih boleh sembuh tapi luka di hati sangat sukar untuk disembuhkan. Walaupun hanya anggota yang kecil dari tubuh kita, namun ia dapat membesarkan sekecil-kecil perkara.. Lidah boleh juga diumpama seperti api, sekecil-kecil api itu ianya dapat menghancurkan apa yang terbakar begitu juga ibaratnya lidah yang dapat menodai keseluruhan kehidupan seseorang. Jika haiwan mampu kita jinakkan namun tidak pada lidah kerana ianya tak terkuasai dan penuh racun yang mematikan.

Kadang aku terfikir, kenapa manusia sering menyatakan apa yang dirasanya tanpa mengambilkira perasan dan penerimaan orang lain. Orang yang mendengarkannya. Tidakkah terfikir akan sakit, luka dan tanggungan yang akan dialami oleh hati orang lain sekiranya apa yang dituturkan oleh lidah itu sesuatu yang sangat melukakan dan menyentak tangkai rasa hati..Walau apa jua alasannya, kata-kata yang tajam bukanlah jalan penyelesaian pada apa jua sekalipun. Ya, lidah tidak bertulang. Namun itukah alasannya apa yang dituturkan tidak perlu ditapis, tidak perlu dipertimbangkan kesan dan akibatnya? Kerana mulut santan binasa, kerana lidah juga badan bisa binasa. Itu yang diumpamakan. Kerana lidah, akan wujudkan dendam di hati yang menerima bisanya. Hati.. Bukankah sukar menjaga hati, inikan pula bila hati itu disajikan dengan kata-kata nista, kata-kata pedas. Ya, berkata-kata memang mudah. Namun jika ia dituturkan setajam pisau, sengaja mahu menyakitkan, sengaja mahu melukakan, tidakkah ianya bisa mengundang padah? Padah pada hati yang menerima dan pastinya padah pada lidah yang menuturkan.

Betapa banyak kehidupan manusia yang hancur kerana pedasnya kata-kata lidah. Perkahwinan, persahabatan, percintaan, kekeluargaan bisa berakhir di tengah jalan atau retak utuh hubungan hanya kerana lidah kecil yang berbicara. Suami memaki isteri, kekasih mencerca kekasih, sahabat mencaci sahabat, saudara menghina saudara dan pelbagai lagi fenomena yang bisa tercetus akibat tajamnya lidah kecil itu. Sekecil-kecil masalah bisa tercetus jadi besar kiranya lidah berbicara tanpa batasnya. Kenapa tidak diakhiri sahaja dengan bertoleransi, mengalah, bersabar dan mendengar? Lebih teruk kiranya hati yang terluka kerana lidah itu menunggu kesempatan serupa juga untuk menyerang balas. Juga dengan kelancangan lidah. Tidakkah itu bisa meruntuhkan apa juga yang utuh terbina. Ya, pasangan, suami, isteri, adik, abang, sahabat, saudara atau sesiapa sahaja boleh jadi salah tapi bukanlah cara yang bijak untuk menghentam dengan kata-kata.

Dari apa juga sudut pandangan, aku tetap berpegang bahawasanya pertuturan lidah boleh dikawal dengan kesedaran dan kewarasan. Aku menulis tentang lidah, tentang bicara lidah yang boleh mematikan hati, menguburkan rasa. Untuk apa? Sebenarnya lebih kepada menyedarkan aku sendiri agar sentiasa ingat kita perlu berfikir sebelum berkata-kata. Biarlah jika hati kita ditusuk tajamnya bisa lidah, namun membalasnya jangan sekali. Aku percaya juga biarlah hati kita menangis membuang rasa sakit asalkan kita tidak menyimpan dendam pada apa yang diterima. Jadi jangan simpan tangis itu. Kita mungkin akan jadi lebih tabah, lebih kuat menahan apa jua yang datang. Akhir sekali aku juga percaya kemaafan itu adalah dendam yang terindah...

Ramai yang telah tertewas oleh tusukan mata pedang, tetapi belum seramai yang gugur kerana lidah. Awas lidah, bicaramu mungkin bukan pada tempatnya!

p/s: Hmm bicara tajuk ini atas permintaan seorang teman yang juga seorang penulis yang hebat. Apa yang mahu dilihatnya ya? Aku harap teman itu bukanlah yang selalu luka hatinya kerana lidah.. :)

Aku Rindu


...Rindunya kenangan di sana... Mende yg aku tenung tu....


Hmm tiba-tiba hati rasa tak sabar sangat nak pegi Dungun.. Walaupun untuk tujuan kerja tapi aku sangat excited laa... Dunno why, tapi aku rindu sama mereka di sana... Lagi pulak rasa macam g sana dapat release sikit... Mungkin banyak... Hmm one of my aim for this 2010 adalah untuk pegi ke mana sahaja yang aku rasa aku mampu pegi... Nak berjalan, tengok tempat orang... Di samping menggunakan masa dan kesempatan yang ada untuk melayan hati dan kehendak sendiri dan mengambil kesempatan untuk spend time dengan family... Hopefully kesampaian...

Dulu masa keje kat Dungun, aku rasa jauh dari keluarga.. Nak balik susah.. So aku jadi agak memberontak bila dok sana... Tak dinafikan working environment kat sana buat aku comfortable and I learned a lot of things... I managed to handle everything and anything on my own.. Aku jadi independent.. That's the good thing happened to me.. But at the same time aku jadi sangat sensitif bila dok sana sorang2.. Aku rasa semua orang terutama family jauh dari aku.. Maka aku seolah-olah menyalahkan tempat dan keadaan... Not trying to accept the fact that it is something new for me to learn, to feel and to adapt...

I was thinking untuk transfer ke branch yang lebih dekat.. But I've no reason at all.. Mgkin Allah Maha Kaya, my wish comes true.. But dengan reason yang sesiapa pun taknak... After being diagnosed of having a liver problem, aku dapat tranfer dengan mudah.. Dan aku meninggalkan tempat pertama di mana aku membina kerjaya... Owh masa ni sangat sedey, baru aku rasa sayang nak meninggalkan tempat yang banyak sangat mengajar aku erti hidup... Dan mereka yang sangat rapat dan banyak mengajar aku tentang kerja, persabahatan dan pengorbanan...

Then now I'm here in Shah Alam.. Memulakan hidup baru, suasana kerja baru.. Alhamdulilah everything goes very well.. Hmmm itu pasal aku tak sabar nak g Dungun... Aku rindu orang di sana.. Mungkinkah mereka juga rindukan aku??

Eh nape aku cite semua ni?? Nape tiba-tiba aku tangkap syahdu dan sentap malam ni?? Hanya aku yang tahu... So layankan jer la cite kenangan silam aku... Buang tebiat gamaknye...

Tiba-tiba aku rasa lapar ni okeh... TV sebelah ni plak on cite hantu.. Tak ke bunguk namanye malam2 main cite hantu... Jadi sebelum aku rasa nak selongkar dapur cari makan or sebelum aku tak bley tido tengok siaran TV gile yang main cite hantu ni baik aku TIDO...

Camat malam...


Hati


...Rindunya kenangan di sana... Mende yg aku tenung tu....


Hmm tiba-tiba hati rasa tak sabar sangat nak pegi Dungun.. Walaupun untuk tujuan kerja tapi aku sangat excited laa... Dunno why, tapi aku rindu sama mereka di sana... Lagi pulak rasa macam g sana dapat release sikit... Mungkin banyak... Hmm one of my aim for this 2010 adalah untuk pegi ke mana sahaja yang aku rasa aku mampu pegi... Nak berjalan, tengok tempat orang... Di samping menggunakan masa dan kesempatan yang ada untuk melayan hati dan kehendak sendiri dan mengambil kesempatan untuk spend time dengan family... Hopefully kesampaian...

Dulu masa keje kat Dungun, aku rasa jauh dari keluarga.. Nak balik susah.. So aku jadi agak memberontak bila dok sana... Tak dinafikan working environment kat sana buat aku comfortable and I learned a lot of things... I managed to handle everything and anything on my own.. Aku jadi independent.. That's the good thing happened to me.. But at the same time aku jadi sangat sensitif bila dok sana sorang2.. Aku rasa semua orang terutama family jauh dari aku.. Maka aku seolah-olah menyalahkan tempat dan keadaan... Not trying to accept the fact that it is something new for me to learn, to feel and to adapt...

I was thinking untuk transfer ke branch yang lebih dekat.. But I've no reason at all.. Mgkin Allah Maha Kaya, my wish comes true.. But dengan reason yang sesiapa pun taknak... After being diagnosed of having a liver problem, aku dapat tranfer dengan mudah.. Dan aku meninggalkan tempat pertama di mana aku membina kerjaya... Owh masa ni sangat sedey, baru aku rasa sayang nak meninggalkan tempat yang banyak sangat mengajar aku erti hidup... Dan mereka yang sangat rapat dan banyak mengajar aku tentang kerja, persabahatan dan pengorbanan...

Then now I'm here in Shah Alam.. Memulakan hidup baru, suasana kerja baru.. Alhamdulilah everything goes very well.. Hmmm itu pasal aku tak sabar nak g Dungun... Aku rindu orang di sana.. Mungkinkah mereka juga rindukan aku??

Eh nape aku cite semua ni?? Nape tiba-tiba aku tangkap syahdu dan sentap malam ni?? Hanya aku yang tahu... So layankan jer la cite kenangan silam aku... Buang tebiat gamaknye...

Tiba-tiba aku rasa lapar ni okeh... TV sebelah ni plak on cite hantu.. Tak ke bunguk namanye malam2 main cite hantu... Jadi sebelum aku rasa nak selongkar dapur cari makan or sebelum aku tak bley tido tengok siaran TV gile yang main cite hantu ni baik aku TIDO...

Camat malam...


Owh Inikah Balasan?

Owh katil yg terpaksa ku lupakan pagi ni!!



Owh gudmorning!! Awal bangun nampak... Nak tau knp? Here we goes..

The conversation between my lil bro and me sewaktu dia sedang breakfast sebelum pegi sekolah pagi ini.. Aku pulak baru lepas solat Subuh n sedang memasang niat untuk sambung tido balik..


Aku : Eh baby (aku masih pgil dia baby walo dh darjah 5!), kamu taknak sambung tido ke??

Baby : Nak, tapi kita sekolah la.. Kamu jangan laaaaa!!

Aku : Oh bestnye tido, gelap lagi ni sejuk pulak tu...

Baby : (Diam sambil pandang aku macam nak lemparkan pinggan dia)

Mak : Haiih nape bising-bising pepagi ni??

Aku : Takde apa, saja ajak dia tido balik..

Mak : Haaa elok, jd firestone!!

Aku : Hehehehehe... (sambil masuk bilik menarik selimut)...


Haaaaa sudahnye tadi aku tak boleh pulak nak sambung tido... Terpejam-pejam aku tapi mata aku sudah segar... Macam hampeh!! Haiiih takkan balasan kot aku menyakat pagi-pagi tadi?!! Demmm it!!

p/s: Alamak, nampak plak Spongebob tersentil kat situ.. Ngeh ngeh..

It's New One

Arrghhh ari ni aku sudah mula bosan berehat di rumah.. Bukan bosan berada di rumah tapi bosan takde orang kat rumah nak dilayan or melayan aku.. Mak & abah g sekolah, adik aku pun sekolah.. Ilang la kawan aku nak main wrestling... Tgok tv sume channel aku dah layan, makan dah makan dah.. Bercucuk tanam masih menunggu hasil, memasak di cafe sudah aku buat.. Tido lagi la sudah overdose okeh.. Ni ape membebel ni... Aaaaaa boring!!


Hmm petang spec baru sudah siap... Yezaaa!! Melayang terbang RM tadi.. Nak tengok spec aku.. Hehehe takde la extravaganza pun, cuma tukar sebab power sudah tambah.. Owh bila sudah siap, aku pun melayan keboringan aku dengan berposing daa.. Beruk ayu sungguh bukan??


Hmmm tahukah anda? Cuti (M.C) aku akan diteruskan hingga Jumaat malam keliwon ini.. Bermakna abah akan hantar aku balik Shah Alam ari Ahad ni.. Huhuhu sementara itu melepu la aku di rumah untuk buat aksi-aksi akrobatik dan aerobik di atas katil yang empuk.. Menarikkan?? Di samping aku menceceh di sini..

Owh by the way, today I feel very excited bcoz we're planning to go for a holiday maybe to Bandung or Jakarta this coming April.. Best2.. Boleh release sikit.. Hari tu planning tak jadik so hopefully this time planning ni menjadik la... Dan paling aku harapkan adalah aku tak ditimpa apa-apa jenis penyakit yang boleh membuatkan planning ini terbantut...

Owh, i missed someone.. Walaupun cakap dgn dia buat aku gelak2 saja aku tetap rindu sama orang itu... I miss u..

Okeh, lapar.. Nak makan...

Is It So Hard?

Aku : Hello, Spital Sel*****.. Saya nk postpone appointment saya besok..

Spital : Ok, kenapa tu Cik nak postpone?


Aku : Pasal saya baru kuar spital sbb denggi.. So saya takmo la pegi spital dlm masa terdekat ni.. Lgpun ni mak saya suh call mintak postpone.. (Korang percaya tak aku jawab gini?? Aku yg innocent ini okeh...)

Spital : Ok Cik, boleh saya dptkan no IC?

Aku : &3@#%%^&***^^

Spital : Boleh tak Cik datang 5/2 ari Jumaat.. Puasa dari 12.30 malam yer, untuk blood test pagi tu..

Aku : Ok set.. Time kasih.. Dari kul 8 malam saya pose (Aku jawab dlm hati je la..)


Hahaha conversation yang mamai berlaku awal-awal pagi tadi bila mana mak aku called dr sekolah suh aku call Spital mintak postpone my appointment tomorrow.. Aku ekceli sudah bosan sebab asal pegi jer nak amik darah aku bertube-tube.. Bukan 1-2 tube okeh, tapi 12 tube skali.. They had diagnosed me but no medication yet.. Sudah setahun.. Sampai bila aku nak tunggu.. So I've decided this will be the last appointment, if there's still no solution yet by the doc, aku akan refer pada spital lain.. Ingat aku ni tikus ujikaji ke hape? Tergamak ke diorang ni tengok budak comel mcm aku jd bahan ujikaji.. Siap la, next appointment aku nak amuk.. Aku tau ade orang tu akan gelak bila baca ni, sebab dia cakap muka aku takde sape takut.. Bunguk yer tu namanye..! Okeh nak mandi...




New Hair Cut Style

Hmm rasa macam dah boring dengan hair cut sekarang ni.. I'm thinking of getting a new hair cut style.. Tapi takde idea la.. Any idea u olls?? Cari punya cari tadi jumpa la a few idea for my new hair cut.. Amacam, cantik tak??


Macam lebey kurang sama jer kan hair cut diorang ni.. But hati aku berkenan kat yang last skali tu.. Ok tak?? Yg no. 3 tu pun ok gaks.. Ishh camne nak decide ni.. But rasanya more to the last one... Hmm tak sabarnye nak trasnform.. Ngeh ngeh.. Rambut aku skrg dah agak panjang jugak lepas bahu.. Rasa macam rimas la plak.. So kita kasi pendek sikit ek.. Slalu aku layered kan ajer.. Takpe la, nanti kalau dah jadik aku hapdet lagi kat sini ek.. Macam la ada orang nak tengok ye tak..

Yeahaaa yabedabeduu....

Hati Rawan



Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi
Sepi tika pilu menanti

Bukan bintang atau suria bisa menyinar ceria
Namun kau cahaya menerangi jiwa lara
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu


Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan
Kini kuakui

Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku

Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi
Sepi tika pilu menanti
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu

Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan
Kini kuakui
Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku

Rawan- Azharina

Ways to Live Forever

It is the story of Sam. He is a boy who likes facts. He's also interested in UFOs and ghosts - and death. He has terminal leukaemia, and is going to die. And dying is a fact of life. The no-nonsense questions that he asks about death demistify the taboos, and make this funny, sad, honest, tender book a life-enhancing experience.

Aku nak sangat baca buku ni.. But the problem is that almost semua MPH/Popular or mana-mana bookstore yang aku masuk buku ni sold out.. Dan aku sangat frust.. Tiap kali g MPH aku akan carik buku ni tapi takde.. Aduiii bila nak dapat baca, dapat pinjam baca pun jadik la... Mesti korang kata aku macam budak-budak nak baca teenage novel ni.. Tapi aku jenis baca semua jenis bahan bacaan tak kesah la genre nye.. Owh Bubu pun kalau g MPH ke mana-mana bookstore sekarang dah ikut macam aku, dok tanyakan buku ini tapi hampa kan Bubu kan?? Hmmm....

Saya Budak Belum Mandi

Ring ring ring...

^
^
^

Mr Bubu : Mei-mei (= tomei) dah mandi?

Aku : Hehe belum..

Mr Bubu : Buueeeeek buuuueeekkkk, busuk!!

Aku : Budos.. Tak mandi pun wangi lagi la...


p/s: Maap, automatik lidah cakap budos.. Bukan saya yang cakap, lidah saya... :D


Pagi Yang Indah, Kini Sudah Terang

Selamat pagi!! Pagi ni bangun melompat-lompat lagi hati sebab sbb tgok jam dah kul 9.. Eh eh, aku cuti lagi (M.C okeh).. Kalau la hari-hari macam ni alangkah bahagianya rasa hati... "Dey thamby kalau nak hari-hari melingkar macam ni, g cari laki millionaire, so ko tak payah keje.. Hari-hari ko leh wat aksi akrobatik atas katil" hati baik aku berkata-kata... Cettt! Tak hingin aku, aku nak yang sederhana ajer, takde serabut kepala lutut.. Ngeh ngeh... Sebelum apa-apa aku nak cakap aku bukan malas bangun lambat okeh... Aku tak fully recover lagi setakat hari ni pun, isssh badan still ada rashes lagi dan gatal pulak tu... Hmmmm cepatla sembuh...

Pagi ni aku breakfast bihun sup... Yummy yummy.. Dah mula dah aku cite pasal makan.. Not really excited to story u olls pasal makan, tapi dah melepu macam ni tu je la keje aku... sedap hingga menitis air mata... Ngeh ngeh..

Dapat plak makan dengan air kopi yang aku panaskan balik..:) Hmm amacam? Tingin tak??

Hmm nak ke aku bg resipi wat bihun sup ni?? Tak payah le kot.. My lil bro yang darjah 5 pun reti buat.. Apa susah, first thing korang buat la sup dulu, tak kesah le sup ayam ke, sup daging ke.. Pastu celur la bihun tu.. Pastu mix together n makannnn!! Sekian...

Chapatis

Hehehe aku nak cite pasal makanan lagik ni.. Aikk blog aku ni nak cite psl makan aje ke?? Hehehe takla, kebetulan dok melepu kat rumah dan sempena anak mak yang baru baik sakit maka bermacam-macam mende yang mak masakkan untuk membuka selera aku yang shutdown kejap ari tu... So malam ni ada chapati... :) Bukan makan dengan kari pasal aku tak suka, tp makan dengan ayam masak merah.. Hmmm sedap, macam dah setahun tak jumpe makan.. Sebelum ni letak la apapun depan mata aku tepis jer.. Ni bila dah ok, aku tak tepis dah.. Ngeh ngeh... Nak tau pasal chapati, ni haa ada skit citenye.. Takkan nak makan aje kan, kene la tau asal usulnye..


Ok, chapatis are one of the most common forms in which wheat, the staple of northern South Asia, is consumed. Chapati is a form of roti (bread). The words are often used interchangeably. While roti refers to any flat unleavened bread, chapati is a roti made of whole-wheat flour and cooked on a tava (flat skillet).


Chapatis are made from a firm but pliable dough made from flour (whole grain common wheat), 'atta' in Urdu/Hindi/Punjabi/Bengali and water. Some people also add salt and/or oil to the dough. Small portions of the dough are rolled out into discs much like a Mexican tortilla, using a rolling pin. The rolled-out dough is thrown on the preheated dry skillet and cooked on both sides. In some regions it is only partly cooked on the skillet, and then put directly on a high flame, which makes it blow up like a balloon. The hot air cooks the chapati rapidly from the inside. In some parts of northern India (e.g. Punjab) and Pakistan, this is called a phulka (that which has been inflated).

Often, the top of a chapati is slathered with butter or ghee (clarified butter). A piece of chapati is torn off and used to pick up the meat or vegetable dish(es) that make the meal. it is folded into a sort of loose cone and used as a scoop to eat the more liquid dishes at a meal like dal.

Chapati sizes (diameter and thickness) vary from region to region and kitchen to kitchen. In Gujarat, for example, the chapati is called a 'rotli' and can be as thin as tissue paper. Chapatis made in domestic kitchens are usually not larger than 15-18 cm in diameter since the 'tava' from which they are made comes in sizes that fit comfortably on a domestic stove top. Tavas were traditionally made of unglazed earthenware, but are now typically made from metal. There are also electric tavas manufactured in India. The shape of the rolling pin also varies from region to region. Some household simply use a kitchen work top as a sort of pastry board, but homes have round flat-topped 'boards' specifically for rolling out chapatis that may be made of wood or stone.



yuMMy yuMMy MagNum

Hmm tadi petang teringin plak nak makan Magnum.. So pigi la carik kat Tesco.. Dan aku makan dengan nikmatnya.. Biasa la orang baru baik sakit, tiba-tiba jer macam-macam mende nak dingidam..

Hopefully after this, I'm no more mengidam-ngidam ni pasal aku baru jer dapat lose weight lagi pas demam ni.. Ni kalau mengikut rasa dan selera baru baik sakit, nanti sia-sia jer la hasilnya... Tp ada orang pesan kat aku, diet tak bererti tak makan.. Makan macam biasa tapi kuantiti yang sikit.. Aku plak makan ikut mood.. Tapi masalahnya bila kuar ngan orang tu aku mengidam makan macam-macam.. Ngeh ngeh... Jgn mara.. Nah magnum!!

Ok2, fact for the day... Magnum is an ice cream brand owned by the British/Dutch Unilever Company, and sold as part of the Heartbrand line of products in most countries (sold under the Wall's brand in the United Kingdom and others). The original 1987 Magnum (later rebranded as Magnum Classic) consisted of a thick bar of vanilla ice cream on a stick, covered with white or dark chocolate, with a weight of 86 grams (120 ml).

Hmm yummy yummy...







Dapur Tak Berasap Bila Tokey Sakit

Setelah hampir 2 minggu aku tak bukak FB aku, dengan kata lain aku tak jenguk dapur aku di Cafeworld maka business aku tu mengalami kerugian besar bilamana abis berkulat makanan-makanan yang dimasak... Bengangnye bile tengok macam tu.. Baru 2 minggu tokey dia sakit tak bangun, hehe dah rugi bisnes dah... After this aku nak lantik la sape2 untuk menjenguk Cafe atau Farm aku bila aku tak dapat nak online.. Hahaha tapi siapakah yg sanggup?? Aku takut lagi lingkup dibuatnye suh orang lain handle bisnes aku yg ada tu.. Adeh agak2 la, berangan lebih... Baru main macam tu dah serius semacam, belum ada bisnes sendiri betul2 lagi.. Agaknya kalo dah kawin, mau laki aku sabotaj game aku dalam ni pasal dok melekat jer depan ni.. Hahaha agak2 la berani wat camtu, aku bakar kereta dia... Ngeh ngeh..

Dan setelah aku kembali melekat depan deary laptop ni, maka aku dah kembali aktif menguruskan cafe aku ni dengan jayanya.. Aku dah masak balik semua menu-menu idaman hati customer.. Chewaah!! Maka sementara nak tunggu masak sampai 1 hari ni, maka customer yang masuk cafe aku sila makan angin dlu la yer.. Hehehe... Cafe aku ni kecik je kan.. Bukan taknak expand tapi aku suka suasana yg kecik dan comel gitu!! Macam aku!! Haha perasan!! Huuh yang penting aku nak kejar level ni dgn someone.. Setakat ni aku dah ketinggalan.. Tak boleh jadi
ni!!

Putu Mayam for Breakfast

Hihii today for breakfast i had this Putu Mayam.. Cam kelakar kan nama dia.. Bangun2 pagi jer dah ada menda ni.. Nama dia macam pelik jer kan, tapi rasa boleh tahan.. Dulu masa kecik-kecik selalu gak makan menda ni.. Bezanya dulu orang suap, sekarang suap sendiri.. Hehehe bila agaknya nak suh orang lain yang suapkan.. Hahaha takde maknanya.. Ok, about this Putu Mayam....

Iddiyappam or 'Putu Mayam' in Malay is a South Indian dish. It is popular in Southern India, Sri Lanka, Malaysia, Indonesia, and Singapore.

The process for making putu mayam (also known as string hoppers in English) consists of mixing rice flour or idiyappam flour with water and/or coconut milk, and pressing the dough through a sieve to make vermicelli-like noodles. These are steamed, usually with the addition of juice from the aromatic pandan leaf (screwpine) as flavouring. The noodles are served with grated coconut and jaggery, or, preferably, gur (date palm sugar). In some areas, gula melaka (coconut palm sugar) is the favourite sweetener.
In Malaysia and Singapore, putu mayam and its relatives are commonly sold as street food from market stalls or carts, as well as being made at home, and are usually served cold.
In Indonesia, putu mayam is called Putu Mayang.
The origins of these dishes may stem from southern India, where a similar rice flour noodle is served with sugar and coconut, and sometimes banana too, as iddiyappam. This dish may be eaten for breakfast with a vegetable stew or aviyal, or a fish curry, etc. The same liking for serving the slightly sweet putu mayam, putu piring, or cendol with savoury dishes also occurs in Malaysia and Singapore. Iddiyappam is typical of Kerala, Tamil Nadu, and other southern Indian states, as well as Sri Lanka. A very finely ground, commercial iddiyapam flour is sold as a sort of "instant" way to make all of these dishes.

So have a try of this Putu Mayam... Yummy yummy...

Lesson of the Day

Sebelom tido, jom recall lesson of the day:

1. Pemberian Pada Yg Tersayang
Yeaa satu rasa yg sangat best bila dapat memberi smthing kepada org2 tersayang... Tak kesah la byk ke skit, tapi satisfaction tu adalah luar biasa.. Dan sampai ke malam aku rasa sangat best!! Orang kata tak salah kalau kita share apa yg kita ada, berkatnya berpanjangan.. Rezeki Allah bagi ni bukan untuk kita sorang tapi untuk dikongsi bersama..

2. Jangan Tangguh2 Waktu Makan
Tolong diri sendiri untuk tak tangguh menda2 penting camni.. Bercakap dgn diri sendiri yang degil mmg susah.. Dah sakit baru menyesal tak guna.. Nak mengaduh sakit sape pun taknak layan.. Isshh susah bila dah terbiasa makan bila rasa nak makan ajer.. Diri sendiri jugak yang susah.. Ok, lesson for today onwards -- sayangi la diri..

3. Jangan Kutuk2 Laptop Masa Tgh Guna
Hahaha ni takde kene mengena ngan aku.. Selain jgn cakap nak tukar kete baru masa dalam kete, jgn kutuk laptop org lain masa dia tgh guna, nnt tiba2 laptop orang tu padam... Hahahahaha takleh tahan nak gelak...

Dengue

Definition

Dengue fever is a disease caused by one of a number of viruses that are carried by mosquitoes. These mosquitoes then transmit the virus to humans.

Description

The virus that causes dengue fever is called an arbovirus, which stands for arthropod-borne virus. Mosquitoes are a type of arthropod. In a number of regions, mosquitoes carry this virus and are responsible for passing it along to humans. These regions include the Middle East, the far East, Africa, and the Caribbean Islands. In these locations, the dengue fever arbovirus is endemic, meaning that the virus naturally and consistently lives in that location. The disease only shows up in the United States sporadically.

In order to understand how dengue fever is transmitted, several terms need to be defined. The word "host" means an animal (including a human) that can be infected with a particular disease. The word "vector" means an organism that can carry a particular disease-causing agent (like a virus or bacteria) without actually developing the disease. The vector can then pass the virus or bacteria on to a new host.

Dengue fever cannot be passed directly from one infected person to another. Instead, the virus responsible for dengue fever requires an intermediate vector, a mosquito, that carries the virus from one host to another. The mosquito that carries the arbovirus responsible for dengue fever is the same type of mosquito that can transmit other diseases, including yellow fever. This mosquito is called Aedes egypti. The most common victims are children younger than 10 years of age.

Signs and symptoms

The disease manifests as a sudden onset of severe headache, muscle and joint pains (myalgias and arthralgias—severe pain that gives it the nickname break-bone fever or bonecrusher disease), fever, and rash. The dengue rash is characteristically bright red petechiae and usually appears first on the lower limbs and the chest; in some patients, it spreads to cover most of the body. There may also be gastritis with some combination of associated abdominal pain, nausea, vomiting, or diarrhea.

Some cases develop much milder symptoms which can be misdiagnosed as influenza or other viral infection when no rash is present. Thus travelers from tropical areas may pass on dengue inadvertently, having not been properly diagnosed at the height of their illness. Patients with dengue can pass on the infection only through mosquitoes or blood products and only while they are still febrile. The classic dengue fever lasts about two to seven days, with a smaller peak of fever at the trailing end of the disease (the so-called "biphasic pattern"). Clinically, the platelet count will drop until the patient's temperature is normal. Cases of DHF also show higher fever, variable hemorrhagic phenomena, thrombocytopenia, and hemoconcentration. A small proportion of cases lead to dengue shock syndrome (DSS) which has a high mortality rate. DHF combined with a cirrhotic liver has been suspected in rapid development of hepatocellular carcinoma (HCC). Given that the dengue virus (DEN) is related to the Hepatitis C virus, this is an avenue for further research as HCC is among the top five cancerous causes of death outside Europe and North America. Normally HCC does not occur in a cirrhotic liver for ten or more years after the cessation of the poisoning agent. DHF patients can develop HCC within one year of cessation of poisoning agent.

Diagnosis

The diagnosis of dengue is usually made clinically. The classic picture is high fever with no localising source of infection, a petechial rash with thrombocytopenia and relative leukopenia - low platelet and white blood cell count. Care has to be taken as diagnosis of DHF can mask end stage liver disease and vice versa.

  1. Fever, bladder problem, constant headaches, eye pain, severe dizziness and loss of appetite.
  2. Hemorrhagic tendency (positive tourniquet test, spontaneous bruising, bleeding from mucosa, gingiva, injection sites, etc.; vomiting blood, or bloody diarrhea)
  3. Thrombocytopenia(<100,000>
  4. Evidence of plasma leakage (hematocrit more than 20% higher than expected, or drop in hematocrit of 20% or more from baseline following IV fluid, pleural effusion, ascites hypoproteinemia)
  5. Encephalitic occurrence

Dengue shock syndrome is defined as dengue hemorrhagic fever plus:

  • Weak rapid pulse,
  • Narrow pulse pressure (less than 20 mm Hg)
  • Cold, clammy skin and restlessness.

Dependable, immediate diagnosis of dengue can be performed in rural areas by the use of Rapid Diagnostic Test kits, which also differentiate between primary and secondary dengue infections. Serology and polymerase chain reaction (PCR) studies are available to confirm the diagnosis of dengue if clinically indicated. Dengue can be a life threatening fever.

Source : http://www.answers.com/topic/dengue-fever


My new spec

Huhuu i'm getting better today... after 3 days discharge from the hospital bcoz of denggi... tp still my body not feeling so well and tanda2 denggi tu still ada.. hahaa wat to do, accept the fact la yg nyamuk gilos tu memilih aku untuk digeget... after all, mmg demam ni sangat menyakitkan as my body jugak jenis yg tak berapa nak kuat untuk terima penyakit2 ni... adakah aku lembik?? eeehh tolong skit! hehehe ye kot... abah cakap cmtu... org lain bleh je bangun, aku dlm hospital mmg flat abis... ni pun hari2 mak urut2 badan, sengal semacam jer... hehehe ngade jer lebih... but still blood test ari tu show that my liver is not in a good condition... again, what to do... just accept the fact laa.. as my doc said "u're expensive girl.. sometimes make me pening".. hampeh statement dia, kalau dia rasa aku expensive then i'm the one who should pening coz aku yg kuar duit...

Petang ni wat spec baru... spec lama tu dh tak santik la.. lgpun dh lama, rs macam power astigmatism aku pun dh bertambah... mmg pun! wah, spec pun CR... mmg buang duit, tp ape salahnye... wah tak sabar nk tgu siap selasa ni!! hrmm bukan tknak pakai lense tp dgn masa aku yg tk menentu nak bukak lupakan la... ckup la skali experience aku bila lense takleh nk bukak sbb dh dok dlm mata lebih 10 jam... plus aku ni pelupa! bukan sbb tua tp sebab mmg dh jenis pelupa...

Hari ni penuh dgn excitement... kenapa?? rahsia....