Cynophobia Anyone?


Cynophobia (fear of dogs)... Huahua that's me okeh...

Penah ada experience kena
kejar dengan anjing??


Aku?? Toksah kira dengan jari la... Sebab dah sangat la banyak dan kalinya... Aku memang bengang dengan binatang haram ni... Ada rupa mencurigakan ke aku di mata anjing ni?? Kalau ko tu tak najis, dah lama aku tendang pipi ko sampai tercampak (ayat tunjuk berani aje!)
...



Aku dari kecik lagi dah kena gangguan makhluk dog ni huhuhu... Korang bayangkan la yer! Masa aku umur 8 tahun (comels sgt aku bueeek!) on the way nak pegi mengaji ni siap dengan tudung mak itik ye, tiba-tiba anjing ni tah dari mana dia keluar menyalak kat aku dari jauh pastu dan dan kejar aku macam aku buat salah... Lagi satu kejadian masa kecik, aku dengan adik aku sama-sama naik basikal pegi kedai runcit nak memborong eskem pop (cam biasa lepas aku berjaya korek tabung adik bongsu aku time tu!)... Elok balik dari kedai, anjing durjana ni kejar kitorang... Kurus betis aku mengayuh nak sampai ke rumah, alih-alih sampai depan umah adik aku masuk dan terus tutup gate!! Tu pun derhaka jugak kan?! Abis aku??? Aku terpaksa buat pusingan tawaf taman perumahan tu sampai anjing tu lelah tak kejar dah... Tak patut okeh, aku mencecet kena kejar... adik aku kat umah siap dah landing kenyang pekena eskem pop... Sampai rumah je, aku 'pop' kan kepala dia dengan sekehan yang paling kuat padan muka!



Dan banyak lagi kisah aku dikejar anjing ni!


Nape aku citer pasal kena kejar anjing ni?? Pasal baru tadi aku kena lagi okeh! Biadap punya anjing!

2 comments:

zurairi said...

haha...

aieda said...

eleeh gelak.. ari tu org kena kejar anjing pun marah cett..