PTK oh PTK


Ni aku tengah berehat dari membaca... Orang kata tak elok study senja-senja...


Pale hotakkk!!



Tak kira la senja ke tak senja ke, tadi kalau dah mengantuk aku layankan aje... Jadi takde makna la aku nak beralasan stop sekejap untuk rehat ke apa ke... Haiyaaa!



Masalah aku adalah baca tak sampai setengah jam, tapi tido sampai lebih sejam!! Waddefa* kan... Memang ada saitan yang bergayut kat mata aku, memang
taknak bagi cemerlang menjawab exam esok... Haiyoo dah saitan memang camtu, yang aku bleh layan lentok tu pahal kannn!! Bila bangun je aku terasa segar, eceeeh mula la start baca... Pastu rasa lapar aku pegi melantak pulak, bila dah kenyang baru je aku start study dah mengantoks balik... Ayoooi yennadeiiii... Ni macam punya orang pun ada ke?!




Tengok nota aku ni!! Halus gila font nya, ingat aku ni mata kanta pembesar ke wahahaha... Tapi ni aje ada kira dah seribu rahmat dah okeh! Tu kira nawaitu ko nak baca ke tak je, banyak sangat alasan... Punya la happy study keje aku mengunyah aje, siap order delivery lagik... Ko ingat pesta ke apa! Gambo makanan yang aku order takde okeh, aku dah telan siap-siap
...


Keadaan mata aku banyak dipengaruhi oleh budak kat atas ni... Biasa la kalau orang study sambil landing atas katil, dok pulak dia ni kat sebelah kepala aku... Bila aku tengok mata kuyu dia maka mata aku kuyu sama... what the?? kan??

Okeh la aku nak sambung ni, senja pun senja la... Kalau aku tak sempat baca sape nak tanggung malu aku jawab macam budak bangang je esok kan.... Wish me luch okeh!


0 comments: