Hehe Ampunkan Saya


Haha keterlanjuran bicara pagi tadi... Semuanya sebab parking yang ditutup, dah la aku keluar lambat tambah dengan jam lagi... Tengok pulak parking dah ditutup baik kat bawah dan kat atas... Takde pulak notis kata parking akan ditutup sekian waktu bla bla bla... Yang aku tau nampak tercongok je guard jaga parking situ... Dalam keadaan kelam kelibut tu, sempat pulak tangan ni call ofismate mana tau pandangan mata aku salah kan...


"Man, nape parking dua-dua tutup ni! Abis aku nak parking mana?! (Macam la aku sorang je nak kerja dan cari parking kan!)


"Aah la do, parking tutup... Ko kena parking kat HEP sana..."


"Weh jauhnya! Apa ni diorang tak bagi notis sepatah pastu tutup! Ni aku nak hangin ni pot pet pot pet! Bla bla..."


"Sabar do sabar... Aku tau katner parking yang free takde kereta..."


"Mana weh?"


"Kat Holland..."


"BAB*!!..."


Huahuahua sape suruh kan aku tengah hot, ko bagi idea bernas sekaligus cuba mempersendakan team aku yang kalah tu kan kan... Hahahaha ampun yer baman, aku tak sengaja bagi ko perkataan tu... Tapi baman baik, aku naik je dia dah gelakkan aku! Sup campur satu untuk baman bagi menebus kesalahan wahahaha...


0 comments: