Should It Be?

Aku tak paham la kenapa diorang ni suka mendatangkan alergic tambah kejakunan aku di tahap maksimum... Kenapa mesti buat bagi aku rasa melompat-lompat macam budak perempuan rambut toncet dua mintak gula-gula kat bapak dia! Walaupun bendanya bukan la aku nak pakai buat pegi kerja ke or buat pegi dating or jumpa bakal mak mertua ke tapi aku tak kira... Kalau dah bendanya ni buat mata aku berpinar mesti la aku nak...



Hei hello, mesti ke bakul ke tong sampah ke korang buat colour purple???? Mesti ke?? Apa dah takde colour lain korang boleh buat?? Kan aku dah terkinja-kinja macam budak sewel semalam mintak menda alah ni pada Bubu... Mesti keee korang buat colour ni?? Jawab jawab!! Dah memang aku nampak dia sengih geleng kepala aje bila tengok aku dah menuju ke arah makhluk berwarna purple tuu... Malu aku malu... Tapi aku nak la jugak kan...

1 comments:

zurairi said...

yela2... next time pegi org belikan satu...