Appointment with Orthopaedic Surgeon


"You should be warded?"

"Taknak doctor, please!"


"Saya bagi awak MC okey! Go home and have a good rest... Kaki awak belum cukup stable lagi..."


"Taknak kot doctor..."


"Saya masukkan awak ke ward laa?"


"Okey doctor, saya amik la MC tu...!"


Hahahaha makkk aii aku ingat aku aje buleh psycho! Doctor pun buleh hahaha padan muka aku! Dengan doctor pun buleh degil dan menjawab sekali amik kau!! Sekarang aku dah selamat tercongok kat rumah tak tahu nak buat apa... Itu yang gua malas nak pegi jumpa doctor tu! Kaki aje injured, nak masuk ward buat apa la agaknya... Bukan nak kena potong pun hehe kan... Confirm la tu dengan tujuan suruh aku terbongkang atas katil tak payah bergerak!
Orang degil memang itu aje ubatnya hehehe...

Tadi doctor tu siap buat ulang tayang macam mana aku jatuh... Eh eh patut aku yang buat lakonan semula kan, but then dia yang buat suruh aku tengok betul ke tak cara kaki aku terkehel... Impressed aku, like 'eh mana doctor tau ni' hehehe... Okey okey aku kan jumpa Orthopaedic tadi, bukan jumpa doctor biasa... Dengan jayanya dia tunjuk gambar macam mana keadaan ligamen yang terkoyak oh tidakkkk! Tapi saya memang puas hati la dapat consultation dari pakar, everything had been explained to me... Next two week saya kena datang balik jumpa dia, if tak baik lagi he wants to do the MRI... See! Aku pun tak paham kenapa kalau jadi apa-apa kat aku mesti sampai tahap macam critical huuuuh!?!


Whatever lah! Janji doctor tolong jangan potong kaki saya ye! Saya tak kahwin lagi ni... Bosanlah aku hari ni, sekian...

0 comments: