Sakit Gigi



Dalam banyak-banyak sakit, sakit gigi yang paling buat aku menderita dan pasrah... Reason? No way aku nak pergi menyerah diri kat dentist yang menakutkan... Dentist was my nightmare masa kecik dulu... Aku hanya sampai depan pintu klinik bila abah seret aku sambil aku menangis meraung mengalahkan ungka sakit ponggong! Ada ke? Dah sakit gigi dari malam semalam lagi ni, gigi geraham tu dah tak boleh diselamatkan melainkan kena buat minor surgery... Sebab? Gigi ni dah tertanam dalam gusi! Sedangkan cabut gigi biasa pun aku meronta nak pergi, inikan pulak bila nak menyerah diri bila tau dentist tu nak toreh gusi aku, no way no way!

Sakit gigi selalunya akan buat mood aku jatuh merundum, aku bagi warning jangan cari pasal... Masa ni pantang ada silap sikit, terima je la yer bukan sengaja memang akibat sakit gigi ni boleh buat orang makan orang.. Inikan pulak menyakitkan hati aku masa aku tengah sakit gigi ni, memang aku sensitip deeerr! Adoiiii.....

0 comments: