Please add a disclaimer for affiliate links here.

You're On Stage



Ingat tak masa sekolah rendah dulu tetiap tahun cikgu akan tanya apa cita-cita kita? Hahaha aku paling suka bab ni sebabkan cita-cita aku yang sentiasa berubah tuu... Dulu pada aku cita-cita tu sesuatu yang akan menjadikan kita glamour bila dah besar nanti hahaha... Cita-cita aku nak jadi pilot, nurse, doctor, cikgu... Haa semua tu boleh tahan lagi la tapi yang buat cikgu aku tepuk dahi bila makin lama cita-cita aku agak membuat dia berpinar urat saraf kepala... Tiba-tiba je darjah 3 aku tukar nak jadi 'pembaca berita'... Selang seminggu aku jumpa cikgu balik cakap aku nak tukar cita-cita aku... Hahahaha aku nak jadi penyanyi! Kuang kuang... Mencecet lepas tu cikgu tu berlari dari kelas 3 Biru pegi cari mak aku dalam bilik guru bagitau musibat apa tah merasuk anak dia tiba-tiba... Jenuh balik umah mak aku brain wash otak aku baik-baik tunjuk aku ke pangkal jalan... Sebab cita-cita ni la yang akan menentukan sejauh mana usaha kita untuk masa depan...

Tapi takpe, hari ni aku bukan penyanyi sebab walaupun suara aku sedap tapi aku lagi suka nyanyi dalam bilik air aje takpun agak-agak rasa nak tunjuk bakat terpendam, aku nyanyi untuk Mr Bubu aku... Jadi dia terpaksa dengar! Kadang-kadang datang mood riang aku nyanyikan dia lagu budak-budak, part masa jiwang aku nyanyi lagu rock kapak untuk dia... Kira aku protege dia mentor la wahahaha!

Would you like to comment?

  1. wow nak jadi penyanyi ye hahaha..bilik air pun jadikla awak..hehe

    anda follower saya? sila ambil award anda

    ReplyDelete