Please add a disclaimer for affiliate links here.

I'm Ready


Tahun ni Melaka adalah tuan rumah untuk SUKMA 2010... Akan berlangsung dari 10 - 19 Jun 2010 bertemakan Harmoni dan Cemerlang...

Sebenarnya aku nak cerita pasal SUKMA ke?? Huhuu tidak! Aku cuma nak mengingatkan diri bahawa SUKMA kali ini akan sedikit sebanyak berkait dengan hidup aku wahahaha... Mana tidaknya kalau Mr Bubu saya secara langsung memang terlibat tanpa henti dengan Sukan Malaysia tahun ni... Bukan baru, dari lama dulu dia sudah mula busy dengan kerja-kerja nak ke SUKMA ni... Dan sekarang busy dia lagi tahap tak hingat dunia... Cubaaaaaan hehe...
Maka suka aku ingatkan diri sendiri bahawa kesabaran yang tinggi adalah amat diperlukan sekarang, huhuhu jangan nak gediks mengadu kurang kasih sayang wahahaha...

Sian aku kat dia tapi nak wat camne, kat aku pun kesian jugak dah berapa kali planning nak jumpa terpaksa dibatalkan atas urusan mengejut beruk dia... Nasib aku tak berubah jadi beruk betina mengamuk sebab agenda aku nak pow dia asik tergendala... Ni agaknya Tuhan tu nak tunjuk niat tu biar murni... Wahahaha murni apa niat aku! Minggu ni aku frust lagi muka dah jadi cencurut tersepit lif sebab nak suruh orang tu pilihkan dan akhir sekali membayarkan kasut baru aku terpaksa dibatalkan lagi huahuahuaaaa... Sekarang cakap pun kejap-kejap aje, bangun wish morning, tanya khabar, mengadu (dah kalau memang kaki mengadu memang tak dapat nak elak!), gaduh-gaduh sikit, dah kena marah baru bye-bye... Pastu kang malam or tengah malam baru dapat cakap balik, tu pun dua-dua dah penat kalau cakap lama-lama boleh mengundang perang dunia untuk entah kali ke berapa entah wahahaha...


Tapi takpe, I'm his understanding princess hik hik gedik... Kiranya masa dia busy ni aku kena berpantang la dari nak berkepit aje! Hehe aku okay aje kecuali datang time when I really need him to talk and again untuk mengadu itu ini... Aku tunggu lepas abis SUKMA siap la dia! His time will be for me wahahaha... Dah banyak wish list aku ni yang terpendam lalalalala... Semoga segala kerja dia dipermudahkan dan success! Amin...

Would you like to comment?