Kebahagiaan Dalam Perpisahan

by Shahir AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka

Kau dan daku sudah tiada

Keserasian di jiwa

Mungkin magisnya sudah hilang


Tak perlulah kita mencuba lagi

Betulkan kesilapan perhubungan ini

Bila setiap perbincangan

Menjadi perbalahan

Manakah agaknya cinta kasih


Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum

Bunga yang layu pada musim luruh

Yang dulunya mekar di sinar suria

Bila sudah kering pasti akan gugur




Seperti cinta kita yang jelas ternyata

Semakin lama oh semakin rekah

Menimbulkan tanya apa mungkin kita

Temu kebahagiaan dalam perpisahan


Usah titis air mata kau tangiskan

Ku dah cukup menampung selautan

Begitu lama ku pendam

Tapi hanya berdiam

Kerna cuba menafi realiti





0 comments: