Please add a disclaimer for affiliate links here.

Born in August

-Very ambitious
-Brave and daring attitude
-Devoted lover.
-Sensitive nature.
-You get jealous easily.
-You also get angry very easily.
-You are proud of your achievements.
-Attention seeker.
-Very generous.
-Easy going.
-Strong character.
-Born to be successful.
-Observant.
-Creative bent of mind.
-Caring and loving.
-Faithful friend


Huhuhu betui ke dak? Hmm I can say 99% correct.. Hahaha but I want to add one more line, ada orang tu kata aku ni ------
Over Protective
...

Muhammad Azhan Sufi



Muhammad Azhan Sufi... Itu la nama untuk permata hati pertama sepupu aku... He was born on 17 February 2010.. Tapi baru hari ni aku sempat pegi melawat since last week aku still di Terengganu.. Aku tumpang happy untuk kebahagiaan mereka menerima cahaya mata pertama yang dah lama dinanti.. Akhirnya penantian itu jadi satu kenyataan dengan lahirnya si comel Azhan.. I love his name and I love his cute face..


Hehe yang kelakarnya, tadi masa mak aku try dukung masa dia tengah nak tido dia melalak.. Tak padan kecik tapi suara boleh tahan.. Tapi bila aku yang pangku dia, terus senyap tido lena abis.. Mau dekat sejam aku pangku dia tido.. Dah naik lenguh kaki tangan tapi si kecik ni taknak bangun, sedangkan aku memang tunggu dia bukak mata.. Sepupu aku cakap bukan dengan semua orang dia leh lena dipangku camtu, kalau dia tak suka dia akan melalak dengan jayanya.. Sampai aku surrender la suruh diorang amik baby dari aku tapi sorang pun taknak... Diorang cakap relax and practice.. Kuang hasam!! Akhirnya sampai la ke aku nak balik dia taknak bangun, siap aku tepuk pipi, dia buleh wat tak tau jer.. Sabar jer la..

Hmm tadi sepupu aku yang lain dah dok menyakat suruh aku kawin cepat-cepat! Haahaa adakah dah buleh dukong maka nak suruh aku kawin cepat?! Hahaha weh korang tengok muka aku dukung dia tu, muka cuak beb.. Gayat aku bila pegang new born ni, diorang kan fragile lagi... Heehee believe it or not, I miss his cute sleepy face..

Asik tengok baby orang jer, kengkadang tingin gak.. Tapi bawak2 sabar je la.. Biar aku sihat dulu ek, nanti kawin ada baby, sian anak aku...

Rapuh by Opick

Rapuh by Opick

Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang

suka dan duka tangis dan tawa

tergores bagai lukisan


Seribu mimpi berjuta sepi

hadir bagai teman sejati

di antara lelahnya jiwa

dalam resah dan air mata

kupersembahkan kepadaMu

yang terindah dalam hidup


Meski ku rapuh dalam langkah

kadang tak setia kepadaMu

namun cinta dalam jiwa

hanyalah padaMu


Maafkanlah bila hati

tak sempurna mencintaiMu

dalam dadaku harap hanya

diriMu yang bertahta


Detik waktu terus berlalu

semua berakhir padaMu



I love this song as well as the lyrics...

Meski langkah hidup kita ini rapuh dan terkadang sering melupakanNya namun Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.. Walau taubat sering kita mungkir, namun Nur dan HidayahNya sentiasa menyuluh jalan gelap.. Aku mengharapkan petunjukmu Ya Allah dalam meniti hidup yang aku sendiri tak pasti selama mana, dan aku mengharapkan hidayahMu dalam setiap langkah menentukan halatuju hidupku..

Kasut Itu Bukti Keajaiban


Pada suatu malam, keajaiban berlaku... Hahaha akhirnya aku berjaya memujuk deary ku itu sampai dia membeli seekor kasut.. Huuh at last u ols! Malam itu aku dah siap-siap warning dah yang aku tak kira walau apa jadi sekalipun, dia mesti decide untuk beli kasut! Tak payah nak banyak-banyak sangat songeh taik idung.. Kalau tak perang dunia akan tercetus! Gheget baru tau! Haha itu pun dia ada sikit buat perangai jugak nak compare yang tu yang ni, yang nun yang nan.. Bukan takleh compare, tapi dia punya compare makan setahun baru buleh decide beli yang mana satu.. Cheeet! Malam tu soalan bertubi-tubi tanya aku yang mana satu okeh.. Haii la nasib, ingat kalo aku cakap yang mana macam la dia nak ikut...


So dear, itu kasut kira to congratulate you for your super duper new job.. I hope u like it! Kerja jauh sikit tu jangan lupa orang sudah... Aku kerat kasut tu putus dua baru tau! Heeee...

Ada ubi ada batas...
Hehee I tunggu you balas...

Sekian...

Jalan-Jalan Cari Pasal!



On Tuesday, sehari lepas aku balik dari Terengganu maka dengan rasminya aku bercuti-cuti Malaysia.. Sebenonya takde la nak rehat sangat pun sebab malam tu aku dah membuta bersungguh-sungguh sampai taik mata pun dah naik kematu (eeeyeeek hehe!).. So Selasa tu memang Mr. Bubu telah menetapkan bahawasanya hari itu adalah hari untuk kami berjalan-jalan sama.. Aku cuti dia pulak nak cuti sama ek.. Hehehe...

Planningnya awal-awal pagi tu nak jalan-jalan dan tengok movie tapi masuk je kereta aku tiba-tiba rasa malaih nak jalan dulu, rasa nak bersiar-siar la plak... Tanpa plan dengan bernasnya dia bawak aku gi Port Dickson.. Bukan keluar pun, setakat tengok dari dalam kereta pastu pusing-pusing Seremban.. Hahaha bukan apa, agaknya dia kesian bila aku kata "abg, ayg tak penah pegi Negeri Sembilan".. Hahaha dan yang paling aku terkejut bila tau yang kat sana ada restoran buleh makan tenggiling... Punya la katak hutan aku ni sampai tak tau yang menatang tenggiling tu buleh dimakan.. Sian tenggiling.. Ya! Selamatkan mereka.. Dan paling tak sangka dia pun pernah makan makhluk tu.. Rasa nak muntah aku dengar, bueeeek! Upah aku pun tak hingin aku nak makan..


Lepas makan angin, terus menuju ke Alamanda.. Beli 2 tiket movie sekali, Adnan Sempit (sebab org kata kelako) dan 14 Blades... Nanti bab movie ni aku review lain punye ek.. So seharian merayap dan berjalan sama.. Hehe best la, tapi yang tak bestnya kalo dah keluar lama sangat ni adalah mengundang adegan gadoh-gadoh perang mulut.. Heeehee kadang ada aje yang tak kena nak didebatkan.. Bukan takat dah lama kuar, awal pagi bertemu muka pun dah jadi perang kecik pasal dia cakap aku start dulu.. Huwaaaa aku dalam apa keadaan sekalipun pasti la kalah, last-last diam kecik hati, takpun ada adegan budak pompuan chomot rambut dah senget nangis diam-diam macam siput sedut.. Bukan apa, nangis kuat-kuat kang mau kena marah lagi, tak pun dapat sesi ceramah free nak kata
gua ni lembik.. Memang tak adil! Ni sok kalau dok sebumbung mau ada adegan gado-gado, pastu larik masuk bilik hempas badan atas katil nangis sedu-sedu ni...

Back from Terengganu!



Akhirnya selesai sudah kerja aku di Terengganu.. It was great, even penat sedikit terkejar-kejar masa program.. Tugas sebagai emcee undangan seperti biasa sangat aku suka.. Hahaha seperti biasa mesti ada sesuatu yang mengusik hati sepanjang program tu... Malas nak story detail about the seminar yang dah pun berjaya disudahkan selama 3 hari tu.. Apapun yang nak diceritakan, biasa aja.. Macam seminar-seminar yang pernah korang attend la kan.. Nothing different la, kecuali kita tengok siapa penceramahnya.. Ada yang best bangat, ada yang buat mata aku ni berair disebabkan mengantok tahap tak buleh nak cover! Mau lebih saploh bijik gula-gula aku telan demi membeliak kan mata.. Hahaha ada possibility untuk diabetes kalo camni punya telan...


Apa yang menggembirakan aku sepanjang berada di sana adalah peluang untuk aku shopping sutera batik Terengganu.. Serius aku dah lama rasa gian nak shopping batik sutera, since dah kerja di Shah Alam ni aku takde peluang macam dulu... Hahaha itu la untungnya drive sendiri ke sana instead of dihantar dengan kenderaan rasmi.. Tak kesah la kalo tak dapat claim pun, janji aku dapat menunaikan hajat aku yang satu itu... Dan aku akhirnya berjaya mengabiskan duit shopping 4 helai kain sutera batik (1 ready made baju kurung) dan sehelai kemeja batik untuk Mr. Bubu.. Nasib dia suka, pasal dia kan super duper cerewet banyak songeh memilih berbagai.... Hahahaha...


Yang sebelah ni kaler hitam corak putih ni kemeja batik yang aku belikan untuk Mr. Bubu... Masa pemilihan baju dia adalah lebih lama dari pemilihan sutera aku yang 4 helai itu.. Kenapa? Haaa kalo orang nya banyak songeh memang la kena amik masa lama dari biasa (eh eh ada telinga orang tu berasap la,hahaha)... Kalo tak kang rugi la aku beli mahal-mahal tapi dia tak suka... Aku ni dari dok berdiri memilih, sampai la dok atas sofa pastu terus aku bersila bersimpuh kat situ dengan muka memang tak tau malu... Kedai sutera ni dia bukak kat umah, so selesa la kalo customer nak tergolek terlentang pun... Yela, bukan sikit pilihan yang ada.. So untuk memilih tu memang penat la.. Dari kemas kedai dia sampai selerak macam tongkang pecah aku buat... Siap aku selongkar lagi lemari dia yang ada depan mata aku... Aku rasa makcik tu ada rasa nak hempuk aku, tapi disebabkan aku pilih banyak kain dia simpan hasrat tu.. Dan aku siap minum teh makan kuih lagi... Itu la yang aku namakan tak malu tu..


Wonderful Journey





Orang kata kalau ikut kata mak ayah ni berkat, selamat... Begitulah yang aku rasakan.. Disebabkan diorang suruh aku balik awal-awal pagi hari ni nak mengelakkan traffic yang menggila abis CNY ni, maka kul 7 aku dah dipaksa bangun.. Selagi tak bangun mak ngan abah aku berduet mengejutkan anak diorang yang sememangnya liat nak bangun tido.. Dah bangun aku siap landing dulu kat sofa, tapi bila ketam mak aku yang tajam dah kuar terkebil-kebil la aku bangun dan bersiap.. Bukan apa, macam yang u ols tau, kalau aku dah ada kat umah memang susah la nak suruh aku balik... Hahaha dah kawin sok camana la yer (ehem ehem, pastikan saya dibawa pulang ke rumah mak abah saya tetiap bulan tau!hehe..)

So seawal 8.30 pagi aku dah keluar dari rumah dengan bekalan makanan dan kopi lagi mak aku siapkan.. Bahagianya hidup! So I'm expecting that traffic will be some kind of sesak jugak walaupun pagi because masa nak balik for CNY dulu pagi traffic dah tak bergerak.. But I was shocked to see that, jalan clear! Macam weekend biasa aku balik.. Aku masuk highway Tapah lebih kurang 9.00 pagi.. Tu yang dengan selamba boleh snap gambo lagi tu tgh drive.. Pastu siap aku called balik mak aku!



Aku : Ma, takde kereta pun.. Lengang je jalan ni...



Mak : Laaa bagus la, tu sebab suruh keluar pagi.. Dah tak sesak cepat la sampai.. 

Aku : Bukan! Masalahnya rugi la orang bangun pagi2 tadi.. Huwaaa...

Mak : (Pot pet pot pet tin tin pon pon....)


Dalam kul 10.15 gua dah sampai Shah Alam.. Menuju terus ke Celcom Centre nak bayo bil.. Takot pulak aku terlebih guna bulan ni.. Kang Mr Bubu pot pet pot pet sebab dia kena bayo... Heeee... Nasib ada machine untuk payment, kalau tak kena tunggu time keje... Lepas tu menuju terus ke rumah untuk sesi tido habis-habisan... Hahaha!! Lain takde nak ingat... 

GaGa



"Hiii shume.. Nama shaye Gaga.. Shaye seekor gajah yang bermata kuyu, mungkin cama macam tuan shaye yang kuat tido itu..." Hahaha ni la budak gajah yang aku redeem dari Guardian.. Kumpul setem sampai cukup 40 dan dapat benda ni.. Banyak pilihan menatang yang ada tapi aku suka tengok budak gajah ni.. Sekarang Gaga juga sudah temankan aku tido.. Moga Gaga tak menerima nasib yang sama ditendang pada waktu malam... Hahaha... Aku juga sedang menunggu teddy ikan paus dari Mr Bubu... "Ehem ehem, cepat la carik! Hehehehe..."

Please Go Away



Not feeling so well today... I feel something is not very good about my health condition.. I got slightly pain on chest.. Actually I'd noticed this about a month ago.. Hmmm maybe because I'm too tired of the workload, I guess.. Hopefully... Macam la aku ni doctor.. Hope that this pain will subside... Please go away, I don't like it.. It makes me down, mood swings, tired and etc.. Hmm sometimes people around can't understand the situation and I'm not going to tell them just to get sympathy.. I'm not that type of person who likes people to be sorry for me.. Huuuh see! I'm a lil bit emotional today... Please, ignore me! Hehehe... The depression and sadness had hurt me terribly... Hahaha.. Giler ke hape aku!


Hectic Journey!


Yesterday was my hectic journey from Shah Alam to Kampar.. Planning nak gerak dari umah kul 6.30 pagi tapi aku terjaga je dah pukul 6.15 pagi.. Melompat aku tergesa-gesa bersiap.. Nasib barang dah pack! Bukan apa, kuar awal so that tak jam sangat nak menempuh orang yang nak balik for CNY.. Kul 7 aku berjaya kuar umah tapi malang memang dah ku bau, kuar je Rawang kereta dah tak bergerak... Dalam hati jangan kata la aku menyumpah.. Penat aku gosok mata awal2 pagi semata-mata taknak tempuh jam tapi lain jadinya... Yang paling gua menyampah adalah sikap driver atas jalan yg tak reti nak sabar dan takde tolak ansur langsung.. Macam jalan tu tok nenek moyang dia yang punya! Yang paling aku takleh nak sabar, pada yang jenis kuang hajar.. Dia ingat dia je leh jadi samseng jalan, aku pun boleh...

Boleh tak masa nak menuju ke tol, aku dah mmg masuk lane untuk ke lorong Smart Tag.. Tapi dengan tiba-tiba je mamat bangsa sai.tan tu dari belakang dengan laju macam sai.tan jugak mencelah depan aku... Mmg bangsa va.vih tu takleh nak makan saman! Takpe, aku sabar! Dan aku maintain cool sepanjang jalan sbb aku ngantoks macam giler je pagi tu... Sampai satu tahap cipan punye mengantok, aku terpaksa membuat sesuatu... Pasang Sinar.fm kuat-kuat ni, bukak tingkap dan aku menyanyi macam lagak nyanyi karaoke jer... Nape aku bukak tingkap?? Sebab nak bg kereta sebelah dengar la.. Diorang pun ngantok tu... Untung-untung dengar suara merdu aku ni sama-sama hilang ngantok... Begitula baiknya aku dengan pengguna jalanraya yang lain... Dan aku sampai jgk umah dalam kul 10 pagi..
Dan selepas tu, tau je la aktiviti aku kalo tak membuta...

Lelaki Oh Lelaki


"Abg, yang ni pun okeh apa..."

"Tak la.. Macam orang tua sangat.."

"So yang mana abg pilih ni? Dah 2 tempat kita tengok.. Banyak giler plak tu choice nye.." (kepala lutut aku dah meraung dah penat!)

"Takde lg la syg... Kita cari kemudian yer.. Sian syg penat.."

"Abg!! Dah 2 tempat kita pegi.. Sebelum ni pun kita penah tengok tempat lain jgk.. Takkan banyak2 mcm ni satu pun abg takmo!! "

"Alaaa, jgn la marah.. Jom kita makan jom.."

"Okeh okeh.. Kita cari kemudian! Tapi ingat lepas ni kalo pegi tapi abg tak beli jugak, itu last ayg teman abg cari kasut.. Pastu sampai bila-bila ayg takmo dah teman abg.. Abg pegi sorang!" (Pot pet pot pet)

"Yela yela.."



Huhhuuu penat kepala lutut aku mengekor dia macam anak itik ikut bapak itik (ada ke?).. Dia pegang dia letak.. Dia belek dia letak.. Aku cadang dia geleng.. Aku tunjuk dia tak hingin.. Penat wooo! Ini olang haaa bukan nak beli kasut ajer dia banyak songeh.. Segala benda beb! Nasib baik dapat aku.. Kalo dapat org lain... Kasut tu aku kira nak belanja la for something special to congratulate him.. Kasut keje.. Tapi dari ari tu dok belek2 kasut, belinya tak jugak.. Ini olang, beli balang kecik2 pun dia manyak songeh! Beli itu pepium keleta pun wa cakap sama lu, dia muleh belek itu balang punya brp ml... Kasi banding dgn lain punya brand.. Tepuk dahi aku tengok gelagat pakcik ni... Kadang ada gak rasa nak amuk.. Ikut dia shopping macam lari marathon.. Kalo beli sedap sikit hati, tapi sorry la dia nak beli for the first time gi tengok barang dia nak tu... Bila nak marah tak sampai ati plak, sayang plak aku tengok bila dia buat muka tak bersalah tuu... Huwaaa, aku yang pompuan ni pun tak amik masa lama gilos untuk beli... Janji puas hati dah okeh.. Aku harap the next time ni pegi cari dia beli la kasut tuu (ceeh merayu ke aku ni..haha)

p/s : Mr Bubu, apapun I follow la..

Movie: The Spy Next Door


Weh kekawan, pegi la tengok The Spy Next Door... Hahaha best dan kelakau giler beb!! Jacky Chan macam biasa adalah hero yang paling cool dan kelakau... Ni aku bagi synopsis dia walo korang bleh cari sendiri.. Malam plak kitorang tengok Universal Soldier.. Gua tak tau nak cakap best ke tak.. Masa awal movie tu best la sebab tengok scene bunuh kejam-kejam ni.. Terbeliak bijik mata aku! Pastu jalan cite dia macam tak smooth je, bagi aku la.. Pastu banyak sangat jugak cakap-cakap jer, mata aku pun kuyu-kuyu cam Garfield la... Sampai tiba-tiba aku terlelap okeh! Kawan-kawan, aku terlelap yer... Hahaha dia cocok suh aku bangun tengok jugak movie tu... Hehehe mmg aku nak tapi mata aku ni macam ada gam.. Lagi dia cobit ketam lagi aku tido, bukannya aku bangun... Siap terlentok baik punya.. Maap! Tapi aku rasa best jugak la cite tu.. Cuma aku tak sempat nak tengok betul2.. Opps lupa lak synopsis tu.. Here we are:

The Spy Next Door : Bob Ho is an undercover CIA superspy who decides to give up his career in espionage to settle down with his next-door neighbor and girlfriend, Gillian. But Bob has one more mission to complete before Gillian agrees to marry him: winning over her three opinionated kids. When Gillian suddenly has to leave town, Bob volunteers to babysit the children so he can earn their approval. But when one of the kids mistakenly downloads a top-secret formula from his computer, Bob's archenemy, a Russian terrorist, moves in for the attack, forcing Bob to juggle the roles of spy and prospective stepfather in the most challenging mission of his career!



New Handbag, Again



Tadaaa...!! Aku dapat lagi handbag baru Jumaat baru ni... Lepas jer dicocok penuh kejam dengan puan nurse, kami ke Midvalley... Yeyee, kali ni Sembonia pulak... Mr Bubu tanya nape nak beli handbag lagi.. Sbb tak sampai 2 bulan lepas aku sudah beli satu handbag Carlo Rino.. Alasannya sebab aku leh tukar-tukar la dan sebab aku memang jadi beruk kalo tengok menatang ni.. So nak taknak teman jgk la aku membrowse handbag2 kat situ (kan dah janji ari tu! hahaha!!).. Wah aku terbekenan la plak kat handbag Carlo Rino satu ni dengan Elle.. MasyaAllah, cantik le plak.. Mana ni ek?! Tanya Mr. Bubu dia kata yang Elle tu lagik cantik.. Uishh menggedik aku jadinya!! Pastu round lagi dlu, sbb tak puas hati mn tau ade yg lagi cantik.. Ternampak la yg Sembonia ni.. Harga lagi murah sikit la banding yang Elle td sebab discount 30%.. Haaa Mr Bubu kata yg Sembonia ni lg cantik shape dia dari yang Elle tu.. Okeh, aku bertafakur kejap sebelum decide nak amik handbag Sembonia ni.. Yeeee dapat lagi handbag!!
Tapi bila masuk dalam kereta aku tiba-tiba bertanya..

"Abg, betoi ke yang handbag ayg pilih ni lagi cantik dari Elle tu??
"

"Haa'ah la.. Nampak elegant lagi, pastu kaler dia nampak lain skit dari biasa..
"

"Hmmmmmmm.... Abg, betoi ke? Ke sebab handbag Sembonia ni lagi murah sikit dari Elle tu??"
(Tiba-tiba rasa nak sebak pulak pertanyaan aku tu..)


"Hahaha one the reason la syg.. Hahaaaahaa...
"

"Sampai ati... Menci menci!!"
(patot tiba-tiba naluri aku dapat merasakannya.. penampo kang!)

Dashboard

Dashboard kereta aku dah bersih dari segala sampah sarap tok nenek yang aku sumbat kan... Bahagia sungguh Mr. Bubu membersihkannya sambil aku drive kereta... Dan dia bahagia sungguh macam kera bila mana aku yang drive.. Katanya lagi bila ditanya apa perasaan dia bila aku drive, dengan jujurnya dia cakap "setiap detik tu sangat berharga bila syg yg drive kereta..." Owh jujurnya pengakuan dia.. Dan bermacam-macam pengakuan lagi yang boleh membuatkan aku menitis air mata terharu kerana disindir secara penuh kasih sayang... Hahahaha!! Dan sementara tu la dia membebel tengok semak dalam dashboard aku.. Sambil mengemas dia membebel.. Sambil membebel dia mengemas.. Aku dok sebelah tadah telinga jer la..



"Nauzubillah... Ape la yang budak ni letak dalam dashboard dia ni..."



"Hehehee...." (Dia mula dah)

"Tengok ni! Syg ingat ade ke orang lain nak wat keje-keje mengemas dashboard semak macam kereta syg ni??"

"Tau takde... Time kasih!! Tapi kemas jer la, tak payah la bebel-bebel.." (rasa nak tampo je sampai berjoget dia ni)

"Haaaa tengok ni, kalau dah kemas tu nampak la elok sikit.. Senang nak letak barang2 ke apa2 yg penting dalam ni.."

"Okeh okeh okeh..." (Hoooo dia start lagi dah)

Tak dinafikan la dashboard kereta aku tu kebanyakannya adalah sampah sarap isinya berbanding menda penting.. Antara barang yang dia jumpa buat aku rasa malu adalah ubat batuk, vitamin aku yg dia bagi dulu, sudu garpu plastik and etc... Malu aku malu! Hehee gua tak sempat la nak kemas... So sekarang sudah kemas.. Weh, kemas giler! Pandai laki I kemas... Hahaha suka plak aku dan aku berazam akan sentiasa kemas camtu.. Hehee wait and see la selama mana...

Nombor 036


Dah settle dah pun blood test aku Jumaat ari tu.. Thanks to my Mr Bubu! Seawal 6 pagi dia dah sampai to fetch me up! Kena kuar awal so that tak stuck dalam jam dan dapat turn awal.. Maka kami sampai lebih kurang dalam kul 7.10 pagi.. Nak tunggu pintu bukak je untuk dirempuh oleh para zombie a.k.a pesakit luar ni.. Maka sementara tu aku mintak izin Mr. Bubu untuk tido barang selelap dua.. Disebabkan aku terlelap selelap sepuluh bukan dua, maka orang dah lama queue untuk amik nombor.. Aku dapat no 036 walopun sampai gila ba.bos awal.. So tahniah kepada aku... Aku terpaksa sengih jer la kepada Mr Bubu supaya tiada siaran bebelan yang panjang... Nasib la sengihan aku tu mampu menutup mulut dia...

"Abg, ayg dapat no 036..."
(sengih ni tapi kecot dah usus besar aku!)

"Hmm 36 yer.. Sampai bukan main awal..." (macam dah ada tanda2 dia nak khutbah aku ni)


"Aah, ampun ler.. Abg tak kesah kan kan??
" (aku sengih sampai telinga dah ni, berjaya weh!)

Blood Test


Huhu another blood test this Friday! I'm sick of it.. Really sick to come twice a month just for it! Then seeing that cerewet old lady doc is like a nightmare!! She made me sick of seeing her face mumbling the do's and don'ts.. Yes I'm stuck to her advice but yet does she really cares?? Neglecting my treatment for almost a year?? Nak aku mam.pos cepat ke?? Haaa abis geram dah ni... All she has in mind is to take my blood to be tested.. What the hell she want to do with that 12 test tube of my blood for a test?? And yet, the result will be the same every time.. The up and down.. Most of the time the liver enzyme will increased.. Then what the demm stupid she's waiting for?? A liver biopsy?? Then do it.. I'm sick of this routine of going to the hospital for the same bloody stupid thing!! Stress tau tak! Saja nak bagi darah aku naik ke..
After the final procedure dah jalan, then give me the result.. The conclusion.. What can be done? Or nothing can be done.. Or what can I take to slow down the progress of liver failure.. Heei kalo sekejap aku tk bising, this had took me almost a year being like a stupid donkey (dh mmg donkey stupid kan) waiting the final word comes out from your mouth!! Eh ramai patient bukan masalahnya.. Treat as the best you can la.. Kasi cepat so that aku tak payah la pasrah lama sangat.. Boleh angkat kaki pegi jumpa doc lain.. Vavih betul!

Super Duper Sleepy

Huaaaaawaaa aku ngantoks pagi ni... Nak kata tak cukup tido, aku rasa weekend ni dah terlebih tido... Camne ni, dah melentok atas meja opis ni.. Belum aku sumbat bekpes lagi.. Confirm la lebih mengerikan mata aku... Haaaa ni semua sebab Burger Shop ni... Penat aku!!

Huuuh hari ni dah la turn aku ngajar budak praktikal.. Nasib korang la ek hari ni kalau tiba-tiba aku berubah menjadi singa liar.. Actually aku malas nak melayan diorang ini tapi nak wat cemana.. Aku kan kerek.. Hahahaha... Banyak keje gua selain dari melayan korang!! Eh eh tiba kecut perut aku mengingatkan deadline ni... Hahahaha I'm dead!! Huwaaaaa ngantoksss...

My Burger Shop

Hari ni adalah hari melepu di rumah jugak.. Tiba-tiba plan shopping terpaksa dibatalkan.. Owh tak kesah la pasal tu, aku kalau dok umah takde hal sebab aku boleh tido tanpa gangguan..



Wah wah korang tengok title atas mesti ingat aku ada bukak gerai burger ke hape... Huahuahua... Takde mananya, aku cuma nak cakap pasal game yang aku tengah gilo mengadap sekarang ni.. Bukan game baru pun, tapi aku baru jumpa dalam laptop ni haa... Best weh! Aku level dah banyak dah.. Dah bukak almost 3 new burgershop.. And dalam masa 1 hari ni je I'm up to Manager.. Ngeh ngeh.. Ni la namanya takde keje.. Eh keje banyak tapi buat-buat tak sedar diri.. Alaa masa weekend ni la aku nak bermalas-malas.. So sekarang aku sedang busy menguruskan Burger Shop aku.. Orang semakin ramai dengan kerenah yang bermacam-macam.. Dalam gambo ni customer aku adalah sekor samseng di mana tahap kesabaran dia menunggu order siap is very low.. Sabo jer la kene dulukan dia.. Kalau tak customer lari...

Okeh sambung main...

Kenangan Tabung Gajah

Indahnya Sabtu..

Bangun pagi sikit awal hari ni.. Lepas 'berjogging' atas treadmill, aku menunjukkan kerajinan untuk mengemas bilik (kali ni macam kandang tucing, okeh sikit la tu).. Bila tahap kerajinan mencapai tahap kambeng aku kemas la umah sekali... Memandangkan ni je ari Sabtu yang aku takde aktiviti merayap, tu sebab aku rajin... Ngeh ngeh..

Tengah mengemas terperasan tabung 'hello kitty' aku.. Hehehe ada tabung aku ni!! Tapi tak la plak penuh-penuh.. Teringat masa zaman kecik-kecik dulu, kami adik bradik ada tabung BSN gajah tu.. Masuk duit je ada bunyi.. Owh suka sangat la masa tu.. Kalau adik-adik aku bersemangat nak masukkan duit dalam tabung nak dengar bunyi, aku pulak jolokkan pembaris jer kat kepala gajah tu... Adala bunyik kan? So apa kes nak susah-susah masuk duit?? Hahahaha... Tapi masalah besar yang dihadapi oleh my mommy aku jugak is that aku ni paling ngeri sikit.. Satu-satunya anak dia yang suka mengorek tabung.. Bukan setakat tabung sendiri, dengan beraninya aku korek tabung adik aku sekali... Dari penuh sampai ke kepala tabung gajah tu aku korek sampai la susut takat perut gajah tu... Hahahaha!!! Pelik weh, walaupun gua tak ngaku, tapi mak aku boleh tahu sape punya keje... Mencecet aku lari dari umah pegi playground takut kena rotan.. Padan muka aku! Memang tak selamat, balik umah mak aku dah tunggu ngan rotan, aku lari dia kejar, dia kejar aku lari.. Sampai la montot menjadi korban rotan.. Semua angkara tabung gajah!!

Apa aku buat dengan duit yang aku korek dari tabung tu?? Owh aku baik, aku beli la kopok, eskem, macam-macam la untuk aku dan adik aku yang empunya tabung tu... Kira kakak yang baik la aku ni pada sangkaan adik aku (padahal dia tak tau aku sebat duit tabung dia!) Hahaha.. Kecik-kecik dah tak pandai menabung, tabiat ni bawak ke besar la.. Aku tak korek dah la tabung orang, tabung aku jer.. Pengajarannya untuk ari ni, menabung la untuk masa depan engkorang.. Ajor anak-anak menabung dari kecik.. Kalau ada anak tabiat macam aku, meh hantar dia kaunseling ngan aku (kalo korang pecaya aku la!!) Hahaha..

Aku sekarang takde tabung orang aku nak korek.. Mungkin tabung bakal laki aku boleh la aku aim dari sekarang.. Ngeh ngeh mampos dari sekarang dia berhati-hati..

p/s: Owh nasib baik aku tak keje jadi pegawai bank!!

Tragedi Awal Pagi


Hari ini sangat mengantuk.. Semalam dok ofis sampai kul 10.. Balik umah tak boleh nak tido.. Demm!! Pusing sana pusing sini.. Tak sedar kul berapa aku terlelap tapi yang pasti kul 5 lebih aku sudah sedar.. Dan bangun aje aku terkejut mawas ternampak budak teddy aku yang bernama Lolo sudah sampai depan pintu bilik!! Makkk aii dari atas katil macam mana dia boleh sampai situ?? Hantu ke?? Tu yang pertama aku terpikir.. Yela jarak katil dengan pintu boleh kata tak logik budak teddy tu sampai sana.. Tapi setelah aku mengkaji, owh aku la yang bersalah... Tido lasak giler!! Ngeh ngeh.. Mimpi ngerikah?? Atau aku yang mengerikan?? Hahaha...
Nasib la budak-budak teddy atas katil tu, mula-mula korang elok jatuh bawah ajer, pastu sampai pintu, lepas ni aku takot korang terjun tingkat bawah jer..

Hari Malu Sedunia



Tonite baru aku ada kekuatan untuk story to u ols pasal 'kejadian' menyayat hati semalam... Oh apekah?? Alkisah semalam gua masuk ofis tengah hari yer. (ayat nak marah ni!). Hehehe.. Dan aku pegi ofis dalam keadaan kelam kabut semalam sebab terlupa time masuk ofis.. Hahahaha gelak kan aku gelak!! Dalam keadaan kelam kelibut tu la menyebabkan terjadinya kejadian tak diingini tersebut ye adik-adik.. Aku hold dulu cite tu.. Dengar cite yang panjang ni.. Dan sesampainya di ofis setelah aku menghembuskan 2-3 kali nafas semput, ada student datang jumpa aku... Dan tatkala itu la aku terperasan sesuatu di kaki aku!!

Hehehe suspen?? Lepas student tu blah, aku menjerit macam org histeria sambil disaksikan kekawan aku dengan muka heran dan curiga... Kejadian bukan mengerikan, tapi lebih kepada memalukan!! Owh tidak buat pertama kali dalam sejarah hidup aku sebagai pompuan melayu terakhir menda ni terjadi!! How could I ever explain why this thing happened to me!! Hahahaha... Suspen la tu.. Aku macam org gila tatkala menyaksikan aku dengan penuh keyakinannya ala-ala model jalan catwalk telah datang ke ofis dengan memakai kasut lain sebelah.... Hamik kau!!


Maka dengan menyaksikan kejadian ngeri bagi permulaan tahun 2010 tu, kekawan biol akak telah mengelakkan aku sambil terguling-guling... Diorang kata aku dah biol, sewel and there must be something on my mind that make me out of coverage, hahahaha otak aku dah takde line kata mereka.. Betapakah sahabat-sahabat ku ini telah bertukar rupa menjadi babun mentertawakan aku... Aku dengan muka setebal 80 inci menggelabah nak balik ke umah tukar kasut... Diorang kata tak payah... Boleh?? Dan nasib baik la ada banyak kasut dalam but kete aku! Dengan langkah dan muka macam penjenayah nak menyamar melarikan diri aku berlari-lari king kong g tukar kasut lain.. Mmg saitan kejadian itu! Itu yang mampu aku katakan..


Dan mulai hari ini, aku check kasut yang aku pakai sampai lambat nak pegi keje.. Datang ofis sekor-sekor babun yang ada tu datang check tengok kasut aku... Mintak maap la kawan-kawan, korang memang rupa babun masa gelakkan aku! Hilang rupa professional aku sejak kejadian tu.. Aku tau sejak dari semalam korang semakin mengecop aku minah sewel.. Tima kasih kawan-kawan.. I lap u all...


p/s: Patut tak aku buang kasut yang memalukan aku tu??! Demmm!!

It's February


Just came back from the office..

I didn't noticed so much about the month.. So suddenly I came to realize that it's already February... Waaa why so fast??! Cehh lagi mau tanya, yang aku dok melepu kat umah sampai 3 minggu tu confirm la masa berjalan.. Hahahaha...

So as it's February I'm looking forward untuk ingat apa kejadah keje yang patut aku settlekan.. Oh banyak la sangat, buletin nak keluar (yg ni mmg mampos aku, patot kuar Januari!), LT tak settle proses lagi (banyak sgt la budo), outstation ke Tganu lagi, etc etc etc... Owh demm!!

Kadang kita sedar tak sedar je kan masa berjalan cepat sangat.. Sampai rasa nak stop kan kejap masa so that kita boleh buat apa yang belum sempat dibuat.. Kalaulah boleh... Tiba-tiba aku rasa buntu apa yang aku nak capai 2010 ni.. Times fly but I can't think so much about myself.. What's going to happen, where am I when the year comes to the end, will my wish comes true (the one and only wish I have now) and so many many things untuk difikirkan.. Kenapa aku susah sangat nak bagi ruang dan peluang berfikir pasal diri sendiri?? Actually banyak perkara tentang diri yang belum aku amik berat... Huuuh malas mau layan... Nanti2 la kot ek... Ecok aku mesti ngantoks dan mata sepet macam ahpek akibat keje sampai malam...

Mata dah layu.. Camat malam....

My Everything

Boringnya stayback di ofis memalam ni.. Sejuk & lapar tapi malasnya nak makan... Huhuu actually I'm wondering how I can managed to sit in front of the PC all day long doing my work.. You can say 90% of my day will be in front of the PC at the office and with my deary laptop at home.. I just can be apart from it unless when I'm away for other things to do.. When I woke up in the morning, the first thing that I'll do is that to switch on my laptop.. Dan aku rasa aku takleh nak wat pape tanpa mereka.. Hehehehe...

The conference is just around the corner, but my script is not ready yet even a single line.. To be an emcee for 3 days programme would be tough, dari pagi sampai malam.. But I will take the challenge.. Chaiyok2... Haiih hari ni keje keje keje...Tadi ofismate aku dok menyakat aku sebab balik lambat, ceehh aku boleh jawab "aku berjuang untuk anak bangsa"... Hehehe...

Okeh continue my work.. Daaaa...

Macam Macam Ada

Oh how happy I am because just now masuk je ofis dah ada yang tegur aku.. "Eh nampak kurus dah ni..." Aku pun menyengih jer la sampai kembang lubang idung... Wah bangganya aku! Sejak balik ofis ni ramai dah yang tegur camtu.. Owh aku apa lagi, terus rasa macam taknak makan sangat dah... Biar lagi kurus, tapi jangan la sampai tinggal tulang rawan.. Hahaha!!

Dan hari ni jugak rasa macam nak tampar orang secara bertubi-tubi sebab pandai-pandai aje nak select nama aku untuk masuk dalam group yang aku tak hingin tu.. Takleh nak cakap terang-terang sini sebab takut di sekodeng dengan rancaknya oleh that party.. Aku bukan apa, if you want to have me in your group why not you consult me first.. I think it is not fair because I do have my own work, dateline and so on.. Heii hari ni rasa ringan je tangan nak gi karate orang.. Tapi aku malas nak menghilangkan kesopanan pompuan melayu terakhir aku...
Tata...