Hari Malu Sedunia



Tonite baru aku ada kekuatan untuk story to u ols pasal 'kejadian' menyayat hati semalam... Oh apekah?? Alkisah semalam gua masuk ofis tengah hari yer. (ayat nak marah ni!). Hehehe.. Dan aku pegi ofis dalam keadaan kelam kabut semalam sebab terlupa time masuk ofis.. Hahahaha gelak kan aku gelak!! Dalam keadaan kelam kelibut tu la menyebabkan terjadinya kejadian tak diingini tersebut ye adik-adik.. Aku hold dulu cite tu.. Dengar cite yang panjang ni.. Dan sesampainya di ofis setelah aku menghembuskan 2-3 kali nafas semput, ada student datang jumpa aku... Dan tatkala itu la aku terperasan sesuatu di kaki aku!!

Hehehe suspen?? Lepas student tu blah, aku menjerit macam org histeria sambil disaksikan kekawan aku dengan muka heran dan curiga... Kejadian bukan mengerikan, tapi lebih kepada memalukan!! Owh tidak buat pertama kali dalam sejarah hidup aku sebagai pompuan melayu terakhir menda ni terjadi!! How could I ever explain why this thing happened to me!! Hahahaha... Suspen la tu.. Aku macam org gila tatkala menyaksikan aku dengan penuh keyakinannya ala-ala model jalan catwalk telah datang ke ofis dengan memakai kasut lain sebelah.... Hamik kau!!


Maka dengan menyaksikan kejadian ngeri bagi permulaan tahun 2010 tu, kekawan biol akak telah mengelakkan aku sambil terguling-guling... Diorang kata aku dah biol, sewel and there must be something on my mind that make me out of coverage, hahahaha otak aku dah takde line kata mereka.. Betapakah sahabat-sahabat ku ini telah bertukar rupa menjadi babun mentertawakan aku... Aku dengan muka setebal 80 inci menggelabah nak balik ke umah tukar kasut... Diorang kata tak payah... Boleh?? Dan nasib baik la ada banyak kasut dalam but kete aku! Dengan langkah dan muka macam penjenayah nak menyamar melarikan diri aku berlari-lari king kong g tukar kasut lain.. Mmg saitan kejadian itu! Itu yang mampu aku katakan..


Dan mulai hari ini, aku check kasut yang aku pakai sampai lambat nak pegi keje.. Datang ofis sekor-sekor babun yang ada tu datang check tengok kasut aku... Mintak maap la kawan-kawan, korang memang rupa babun masa gelakkan aku! Hilang rupa professional aku sejak kejadian tu.. Aku tau sejak dari semalam korang semakin mengecop aku minah sewel.. Tima kasih kawan-kawan.. I lap u all...


p/s: Patut tak aku buang kasut yang memalukan aku tu??! Demmm!!

2 comments:

Anonymous said...

haha...

aieda said...

yeye sape gelak jadi geng babun.. nak??