Back from Terengganu!



Akhirnya selesai sudah kerja aku di Terengganu.. It was great, even penat sedikit terkejar-kejar masa program.. Tugas sebagai emcee undangan seperti biasa sangat aku suka.. Hahaha seperti biasa mesti ada sesuatu yang mengusik hati sepanjang program tu... Malas nak story detail about the seminar yang dah pun berjaya disudahkan selama 3 hari tu.. Apapun yang nak diceritakan, biasa aja.. Macam seminar-seminar yang pernah korang attend la kan.. Nothing different la, kecuali kita tengok siapa penceramahnya.. Ada yang best bangat, ada yang buat mata aku ni berair disebabkan mengantok tahap tak buleh nak cover! Mau lebih saploh bijik gula-gula aku telan demi membeliak kan mata.. Hahaha ada possibility untuk diabetes kalo camni punya telan...


Apa yang menggembirakan aku sepanjang berada di sana adalah peluang untuk aku shopping sutera batik Terengganu.. Serius aku dah lama rasa gian nak shopping batik sutera, since dah kerja di Shah Alam ni aku takde peluang macam dulu... Hahaha itu la untungnya drive sendiri ke sana instead of dihantar dengan kenderaan rasmi.. Tak kesah la kalo tak dapat claim pun, janji aku dapat menunaikan hajat aku yang satu itu... Dan aku akhirnya berjaya mengabiskan duit shopping 4 helai kain sutera batik (1 ready made baju kurung) dan sehelai kemeja batik untuk Mr. Bubu.. Nasib dia suka, pasal dia kan super duper cerewet banyak songeh memilih berbagai.... Hahahaha...


Yang sebelah ni kaler hitam corak putih ni kemeja batik yang aku belikan untuk Mr. Bubu... Masa pemilihan baju dia adalah lebih lama dari pemilihan sutera aku yang 4 helai itu.. Kenapa? Haaa kalo orang nya banyak songeh memang la kena amik masa lama dari biasa (eh eh ada telinga orang tu berasap la,hahaha)... Kalo tak kang rugi la aku beli mahal-mahal tapi dia tak suka... Aku ni dari dok berdiri memilih, sampai la dok atas sofa pastu terus aku bersila bersimpuh kat situ dengan muka memang tak tau malu... Kedai sutera ni dia bukak kat umah, so selesa la kalo customer nak tergolek terlentang pun... Yela, bukan sikit pilihan yang ada.. So untuk memilih tu memang penat la.. Dari kemas kedai dia sampai selerak macam tongkang pecah aku buat... Siap aku selongkar lagi lemari dia yang ada depan mata aku... Aku rasa makcik tu ada rasa nak hempuk aku, tapi disebabkan aku pilih banyak kain dia simpan hasrat tu.. Dan aku siap minum teh makan kuih lagi... Itu la yang aku namakan tak malu tu..


0 comments: