Dashboard

Dashboard kereta aku dah bersih dari segala sampah sarap tok nenek yang aku sumbat kan... Bahagia sungguh Mr. Bubu membersihkannya sambil aku drive kereta... Dan dia bahagia sungguh macam kera bila mana aku yang drive.. Katanya lagi bila ditanya apa perasaan dia bila aku drive, dengan jujurnya dia cakap "setiap detik tu sangat berharga bila syg yg drive kereta..." Owh jujurnya pengakuan dia.. Dan bermacam-macam pengakuan lagi yang boleh membuatkan aku menitis air mata terharu kerana disindir secara penuh kasih sayang... Hahahaha!! Dan sementara tu la dia membebel tengok semak dalam dashboard aku.. Sambil mengemas dia membebel.. Sambil membebel dia mengemas.. Aku dok sebelah tadah telinga jer la..



"Nauzubillah... Ape la yang budak ni letak dalam dashboard dia ni..."



"Hehehee...." (Dia mula dah)

"Tengok ni! Syg ingat ade ke orang lain nak wat keje-keje mengemas dashboard semak macam kereta syg ni??"

"Tau takde... Time kasih!! Tapi kemas jer la, tak payah la bebel-bebel.." (rasa nak tampo je sampai berjoget dia ni)

"Haaaa tengok ni, kalau dah kemas tu nampak la elok sikit.. Senang nak letak barang2 ke apa2 yg penting dalam ni.."

"Okeh okeh okeh..." (Hoooo dia start lagi dah)

Tak dinafikan la dashboard kereta aku tu kebanyakannya adalah sampah sarap isinya berbanding menda penting.. Antara barang yang dia jumpa buat aku rasa malu adalah ubat batuk, vitamin aku yg dia bagi dulu, sudu garpu plastik and etc... Malu aku malu! Hehee gua tak sempat la nak kemas... So sekarang sudah kemas.. Weh, kemas giler! Pandai laki I kemas... Hahaha suka plak aku dan aku berazam akan sentiasa kemas camtu.. Hehee wait and see la selama mana...

0 comments: