Nightmare Lagi!!

Jam sekarang dah 1.24 pagi... Alkisahnya saya dah tidur tadi, biasalah macam biasa tergolek pengsan mengalahkan orang kerja buat bangunan... Sedar kejap bila bangun cakap dengan Mr Bubu tu pun dalam keadaan separa mamai dan lepas tu saya siapkan baju kerja untuk esok...

Haiihhh dah tidur balik tadi, buat saya terjaga sampai sekarang bila mimpikan ular sebesar lengan ada tiga empat ekor... Seekor ular tu dapat patuk tangan saya like banyak kali laa... Mau tak terjaga terkebil-kebil sampai sekarang.... Waddehellll mimpi creatures yang aku takut tu?? Dah la besar lepas tu dok jelir-jelir lidah lagi kat saya! Lepas tu elok nak lari, sempat pulak dia patuk tuuu waddeeeee! Sebelum ular ni muncul dalam mimpi, saya mimpi ada ombak besar then terjumpa ular bengong ni!
Hari tu dah mimpi anaconda, tak ke seram aje mimpi aku... Tak payah ada mimpi lagi bagus camni, ni tak pasal nak kena erase mimpi dari otak!

Okayyyy saya tak suka terjaga dari tidur sebab mimpi camni... Ni dah siap amik wudhu supaya tenang sikit... Dari saya tidur semula terus dan teringat, baik laa cerita kat sini dulu sambil dengar Sinar FM... Dah called dia mengadu dengan harapan cool down aku sikit, hampeh! Dia suruh tidur kata takde pape tu, macam la aku tak tahu esok kalau aku tanya balik ingat tak aku ada called, kompem dia tak sedar punya!! Haihhh laki aku! Harap-harap kang senang nak tidur dan tak mimpi lagi camtu, eeeee geli!

0 comments: