Scary!

Hari ni sangat menyesal tidur petang! Bukan salah saya yer, sambil baca novel baru tambah pulak dengan hujan lebat dan sejuk secukup rasa mana la mata mampu nak bertahan... Itulah orang dah pesan jangan tidur petang, ni dah la tidur sampai bawak ke senja... Okayyy saya mengaku saya suka tidur hehehe...

Mimpi petang ni memang 18SG! Dan buatkan saya macam takut nak stay dalam bilik, macam aje la dah memang pot paling aku suka berlingkar atas katil tu... Okay mimpi dia macam ni, sama situation masa tengah hujan lebat tiba-tiba saya terjaga dan tengok curtain sebelah katil tu pendek sebelah... Rupanya curtain tu dah terpasang dari luar tingkap! Saya berdiri atas katil dan cuba betulkan balik curtain tu pasang dari dalam... Masa tengah terkial-kial betulkan, terperasan dinding atas tingkap tu, ada satu lukisan! Yezzaaa lukisan ni gambar sorang perempuan dengan muka scary rambut panjang dan mata macam nak tersembul tengah menjeling!

Lepas tu terus saya tersedar, bilik dah gelap tapi hujan dah stop! Tak bestnya bangun mimpi-mimpi scary ni! Terus cari dia mengadu, okayy saya dah agak dah kena dengar nasihat dulu hehe... Teringat-ingat lagi perempuan dalam lukisan tu, memang confirm gua susah nak tidur malam ni!

Okayy kalau nak think positive, assume aje mimpi tadi petanda saya kena basuh curtain tu... Boleh?

2 comments:

win@momyShaneQeisha said...

saya pun suka tidur petang aieda.eee..mesti takut sgt tu.esok msti cucicurtain tu.jgn byangkan sgt,jgn lupa berdoa sebelum tidur ya

aieda said...

momyShaneQeisha
hehe curtain dh bagi signal dlm mimpi suruh basuh...