Please add a disclaimer for affiliate links here.

Pesakit Yang Degil


Lokasi : SMC


Weh, aku rasa sakit bila duduk ngan orang sakit.. Sape pun kalau masuk hospital akan automatik jadik sakit dengan suasana hospital.. Dan aku ada satu penyakit baru iaitu ketagihan Internet yang terlampau, padahal baru semalam je tak surfing.. Memang aku bawak laptop masuk ward ni cuma semalam lemau badan aku sebab dok sekeliling orang sakit... Maka hari ni disebabkan ketagihan Internet terlampau aku on jugak la! Dalam masa sama nak menenangkan jiwa yang sedang lara membuat keputusan samada untuk meneruskan cadangan doctor to go for liver biopsy or not to do the biopsy...


Malam tadi aku dah buat onar dalam ward ni... Hahaha untuk pengetahuan u ols, aku ni malam-malam kadang mimpi sampai bercakap dalam tido.. Bukan takat bercakap la, nangis, ketawa, menjerit pun buleh... Kagum kan? Haha.. Alkisahnya malam tadi aku mimpi yang mak aku tak bagi aku something la then aku menjerit nak jugak... Sedar-sedar bukak mata aku tersedar sendiri aku menjerit.. Takde la kuat sangat tapi cukup la mengejutkan seisi rumah tangga ward aku ni... Hahaha nak cover punya pasal aku buat-buat la batuk... Hahaha malu malu...


Hmm kalau jadi aku akan buat liver biopsy pagi esok... Kecutnya pewut aku ni Tuhan je yang tau, almaklum la sejak dari dalam perut aku memang sedia penakut.. Tapi apapun doakan la yang terbaik ye untuk aku esok...

Would you like to comment?