Dag Dig Dug


Lokasi : Masih atas katil hospital


Camne la gua nak tido ni sedangkan kepala ni masih memikirkan tentang prosedur esok! Nurse suruh aku rest jangan pikir-pikir, tapi dia mana tau hati aku ni dag dig dug main lagu heavy dangdut... Yela, pada diorang mungkin biasa tapi pada aku yang inborn memang dah penakut pasti la tersangat merisaukan... Aku harap semuanya berjalan lancar esok, selamat dan takde complication...


Owh ya, kat sini nak solat kena turun surau kat LG... Tadi baru aku perasan, sebelum nak sampaikan ke surau tu akan tempuh Bilik Mayat dulu kat sebelah... Aku?? Apalagi bukan berjalan la, berlari aku nak menuju ke surau...


Okeh nak tido, nanti nurse marah aku tak tido-tido lagi... Bukan apa tu, dia jeles dia tak dapat tido kerja shift malam... Esok dah selesai prosedur aku update la kat sini... Tu pun kalau nurse tak larang aku la... Wish me luck!




3 comments:

sillyloo said...

slmt maju jaya tu kak aaida,mkn sdp x kat sana ?:p

Ismail Noh said...

emoga cepat sembuh :)

tunbegia said...

moga cepat semboh,

salamm,