Ini Cubaan Panas Dunia


MasyaAllah panasnya sekarang ni... Duduk umah rasa macam dalam oven, so ibarat aku ni ayam golek tengah tunggu masa nak masak! Tido malam bukan takat rasa nak bukak tingkap tapi rasa nak tanggalkan dinding sekali... Memandangkan bilik aku ni takde aircond dan tak rasa pun nak pasang aircond kat umah orang ni, maka di samping kipas siling tu aku letak stand fan tu depan muka aku! Haaa tapi tu pun tak mampu nak ilangkan rasa kepanasan melampau ni... Tido aku macam ala-ala ada nightmare la sebab berpeluh... Rasa macam tak berapa nak lena sebab akan terjaga dek berpeluh! Aku memang tak selesa... Mau nak mandi tengah2 malam buta ni tapi sebab ingat orang kata tak elok mandi malam, so mandi peluh je la.. Boleh gitu?



Dah panas camni, reti bahase la pulak nak minum air bergelen-gelen dalam sehari.. Kalau tak tu sikit punya liat la, ni bukan takat 8 gelas sehari nak kata 8 baldi air pun ada kot! So alkisahnya bila dah minum banyak ni memang tak payah melantak la, sebab aku dah kenyang dengan air dalam badan... Aku rasa nak bawak tilam ngan bantal tido dalam bilik air ni!


2 comments:

sillyloo said...

selamat klu 8 baldi klu 8 kolah amik ko....hot air belon jd :p

aieda said...

ni 8 baldi pun dh rasa terawang-awang jalan macam penguin... oppsss!