I'm Done With It..!


Dah sekian lama tak mengupdate blog di atas sebab-sebab kesihatan yang tidak mengizinkan... Huhuhu tapi dalam hati ni terkinja-kinja rasa gian nak menulis, tapi nak wat macam mana takde kekuatan dan idea pun yileeek! Ada sorang kawan hantar sms pada aku tanya "weh idup lagi ke ko? nape blog tak update"... Ada ke patut, tanya kabar aku sikit pun tak tapi sibuk nak tau hal idup aku... Robek hati aku ni... Aku harap bahu kanan aku yang terkehel ni dapat pulih sepenuhnya.. Masa lepas procedure biopsy tu, aku kena baring mengiring ke kanan selama 4 jam! Can you imagine? Doc kata untuk bagi pressure kat tempat luka tu untuk elak dari bleeding... Dan hasilnya lepas dari 4 jam tu bahu kanan aku ni terkehel dengan jayanya... Bangun pagi Tuhan je yang tau sakitnya macam mana... Dan lepas buat tu aku dinasihatkan tak buat sebarang kerja-kerja berat atau yang memerlukan penggunaan fizikal yang kuat.. Jangan kata drive, duduk dalam kereta pun awal-awal doctor tak bagi sebab akan menyebabkan badan terhentak... Semua tu untuk mengelakkan berlakunya sebarang kebarangkalian terjadinya pendarahan... Hahaha dan aku pun berjalan dengan kelajuan hanya 5km/j...

Kat sini
aku bagi gambaran macam mana procedure tu dibuat.. Bukan la gambo aku, gile hape aku amik gambo sendiri masa diri dah terbaring! Kalau korang nak tau masa nurse tolak katil aku untuk masuk ke Bilik Radiologi, aku nangis dengan harapan abah aku akan cakap tak payah la buat.. Tapi hampa!



Lebih kurang camni la needle yang digunakan...



Semasa procedure tu dijalankan :
Right hand lifted above the head
Local anesthetic injected to numb the area
A small incision is made
Patient hold breath while a biopsy needle retrieves
a small sample of liver tissue


Sample of liver tissue yang diambil... Nampak sikit dan kecil je kan..
But imagine what happened inside to the liver...

Sekali lagi robek hati aku tau...




Sent from my
BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile





4 comments:

MissNafa said...

huhu..macam seram je tgk procedure 2..get well soon~

aieda said...

huhu memang agak seram dan menakutkan... tenkiu MissNafa...

mytafa said...

alamak....

aieda said...

hahaha nape kucen takut ke?