Please add a disclaimer for affiliate links here.

Happy New Year 2011


Muaaaaahsss thank you to team Malaysia! Hehehe dapat jugak cuti hari ni dan sambung kerja-kerja mengemas yang memenatkan haihh dengan gigi yang buat hal lagi... Kalau harap amik cuti memang tak ada harapan la. Bengang betul niat pagi ni berkobar-kobar nak kemas barang tapi sesubuh gigi aku dah start menyeksa macam bahangang okayyy!


Tinggal sikit sangat aje lagi nak bawak dengan kereta, cuma tinggal perabot yang besar aje nak diangkut dengan lorry.


Now waiting for him to come and fetch me. Bukan nak sambut new year pun, hehee aku nak tengok kak limah malam ni hahaahaa dan macam biasa setiap 1hb we celebrate the anniversary, new year tu kira dalam package aje la.


So selamat tahun baru semua. Semoga tahun baru membawa lebih kebahagiaan dan kejayaan untuk kita semua. Apa azam tahun baru?

Introducing Dinding Aje Dulu Eh....

Gambar dinding dengan siling rumah dulu laa ye.

Yang penting nak tunjuk siling rumah yang cantik itu hehehe walaupun gambar ni masa kipas tak pasang lagi... Lain-lain sudut rumah kena la tunggu barang dah masuk dan dah berkemas bukan macam tongkang pecah...


Apa la aku nak letak kat hall yang agak luas ni... Idea untuk menghias ke or nak menambah itu ini haruslah ditangguhkan sampai bulan depan, banyak betul yang keluar dari yang masuk bulan ni haihhh laa...

Finally It's On Bebeh!


Yeahaaa it's our first gathering!

We will meet at Shah Alam tonight... It should be call as mini gathering hehe because there will be only 7 of us attending. Ooo yaa saya la organizer gathering kali ini hehehe hebat tak? Mulanya rasa macam memang tak jadi, ye la bila sorang propose the date yang sini tak dapat. Propose another date, yang sana tak dapat. Biasalah masing-masing dah ada kerja dan life sendiri yang tak dapat nak dielakkan, maka aku pun terdiam sekejap hari tu hahahaha macam frust jugak laa.

Finally idea untuk buat the part 1 gathering ni aku proposed aje satu tarikh, and siapa yang available boleh join. Yang lain-lain nanti kita buat another part hehehe kan ke bijak tuuu... Haiiihh bini sapa laa ni hehehe...

Okayy nanti saya update the IS223 Mini Gathering Part 1 hehe..

Ouch Ouch Ouch!

Wahhh pagi ni terjaga bukan sebab alarm or apa, sebab gusi aku tung tang tung tang sakit...! Rasa macam surrender pun ada, pepagi nak kena nangeh ke bangun... MasyaAllah sakitnya... Pipi aku ni dah siap bengkak sebelah lagi! Cabut ke tak, cabut ke tak? Ikut rasa geram memang aku nak buang aje gigi durjana ni, kan kan bahse dah hancur sebab sakit gigi. Sape entah bagitau aku sakit gigi ni adalah yang ketiga sakit selepas sakit di saat kematian dan sakit bersalin. Okayy cukup dah membayangkan betapa menderitanya aku bangun pagi ni dan tidur balik dalam keadaan duduk dengan pipi sebelah kena sendal dengan bantal, nak reduce kan rasa sakit macam bangang laaa!

Pagi ni nak pegi jumpa orang nak settlekan masuk rumah baru... Hope everything will be fine jangan banyak hal sangat kang aku tak pasal-pasal hangin sebab gigi.. Kalau settle, hari ni nak angkut sikit-sikit barang aku yang dipackingkan semalam (tengah malam okay, masa gigi stop kejap berdenyut) ke rumah baru. So masa new year nanti lori boleh angkut semua barang-barang berat aje.


Oh he's coming back today yahoooo.... Eh macam nak buat-buat merajuk buleh ke? Hahaha mengada.

Sampai Hati Kau Gigi

Sorry, cerita gigi tak akan habis selagi aku menderita... Musnah plan aku hari ni nak mengemas dan packing barang untuk pindah as dari malam semalam gigi aku non stop berdenyut haiiihh gila betul! Berdenyut yang terlampau sampai sebelah kepala ni aku rasa nak angkat pun payah, takpe sampai hati... Ingat bangun pagi ni ada reda sikit, lagi double the pain ada laa. Awal dah bangun telan painkiller lagi, dekat sejam baru la rasa lega itupun aku sambung tidur aje.

Wah penangan sakit gigi kali ni memang Tuhan aje yang tahu. Satu apa kerja tak menjadi, rasa nak mengamuk pun ada tapi salah sendiri. Aku belum ada keberanian nak menyerah diri kat dentist, apa tidak malam mimpi ngeri pasal dentist... Nasib laa gigi.


Here, Without You...

Sunyinya dia tak ada... Rasa empty pulak hari-hari saya echewaah sentimental aku! Serius sebenarnya aku memang laa tak pernah dok dekat dengan dia. Sorang sana, sorang sini. But we still contact each other every single day without missed! Macam tak pernah la pulak sehari tanpa aku tahu apa dia buat dan sehari tanpa bercakap dengan dia...

He had a family trip to Myanmar... Memang dah activate dah roaming dia but they had already tell us that kat sana memang tak akan dapat line laa! Mula-mula aku kata
eh takpela abang, orang okayy je bukan lama pun 4 hari aje kan... Sekali hamik kau, mula menggagau tak cukup kasih sayang huahuahuaa... Masa mula dia sampai sana dapat la message dengan aku guna BlackBerry Messenger itupun sebab entah siapa punya line wi-fi dia dapat tapi dah remind aku kalau tak dapat pasni kena paham-paham laaa... Huuuaaaaa masa dia called kat airport tu pun sebenarnya gua dah cuak dalam perut rasa macam janji aku boleh bertahan kat dia tuu semua tak boleh pakai hahahaha...


Okaayyy i'm here without you dear, ni siapa nak dengar luahan hati saya yang sakit gigi ni dan nak mengadu kepenatan saya kemas barang nak pindah... Esok dia balik, yessss! Lamanya rasa tunggu esok... Yeaaa waiting for Mr Fiancee dengan ole-ole dari sana lalalalala...

Yes or No??

Okayyy ke tak kalau tukar housing BlackBerry saya tu to white colour... Nampak macam cun jugak eh? This is all his idea, ada aje apa-apa suggestion yang melibatkan suruh tukar handphone laa, promote itu ini hahahaa... Bila aku cakap taknak membazir dia kata nak sponsor pulak hahaha habis tu perlu ke rezeki tu ditolak? Hahahaha so aku pun menjalankan survey nak tengok BlackBerry with white housing, mantap jugak hehehe... If black nampak smart and elegant tapi kalau white ni nampak nice la jugak ala-ala cuteezzz hihihihi!

Hmmm sedang memikirkan yes or no!

Okayyy It's Horrible!

Masih suffering of horrible toothache! Rasa dah tak tertanggung tapi aku tak boleh nak paksa diri pegi dentist huaahuaa... Tak tercerna dek akal aku nak kena inject bius kat gusi ni haaaa nasib laa tanggung derita macam ni. Makin melampau rasanya denyut dia sampai ke telinga dan kepala. Hari ni aje aku tak tahu berapa biji painkiller aku dah telan, memang tak sesuai dengan condition aku makan painkiller lebih lebih demmmm!

Lunch tadi tak makan pun, terpaksa tidur sebab mata dan kepala dah rasa tak boleh nak accept the pain. My colleague kata dalam masa yang tak sampai sejam tu aku tidur sangat lena, okaayyy itu maknanya kesakitan aku memang terlampau. I'm afraid to tell him, confirm aku kena basuh cukup-cukup...


Back home from work tadi, had my dinner telan painkiller lagik dan aku tertidur with the horrible pain... Now sudah jaga sebab effect painkiller dah habis.


Should I have one, again? Please give me a good reason ermm I mean supportive words so that I would be brave enough to surrender myself to the dentist... :(

Tolong Kemas Boleh?


Sedang sibuk membuat pencarian kotak...! Hahaha yeke aku sibuk cari, aku sibuk call sana sini mintak kotak ada laa wakakaka... Tadi baru dapat sekotak aje itupun tak sebesar mana tapi okay la rezeki kotak pertama aku hehehe... Lepas ni aku rasa malas laa nak cari kotak free, aku tanya aje laa kat kedai runcit belakang rumah ni ada ke tak kotak... Taknak kasi free pun takpe, gua bayar janji kotak kena yang big big size.

Barang-barang aku bukan macam barang orang bujang hahahaha! Mau pengsan aku nak mengemas ni dalam masa yang sangat suntuk, mampuihhh! Kalau perangai suka simpan khazanah lama lagi la naya huahuahuaa... Saya terfikir ni sama ada nak cari bibik sorang tolong packing dan kemas or saya campakkan aje barang dalam kotak tanpa kemas. Baju yang dalam 2 wardrobe tu gulung-gulung campak dalam kotak! Boleh?


Excited untuk moving out, tapi malas nak mengemas la...


Sakit Gigi Datang Lagi!

Menderita sakit gigi... Dari last week lagi tapi still macam boleh control dan tahan! Ini macam tak tahan lagi, ngilunya rasa gusi dan gigi ni... Panadol toksah cakap laa berapa banyak aku dah telan, telan aje tido! Nak dapat rasa tak sakit langsung tu punya la payah, tengah tido pun ngut ngut ngut! Nak makan pun kompem memang no selera, mana tidak kena aje gigi lagi laa gusi tu berdenyut-denyut... Ya Allah, hilangkanlah sakit gigi ni... Rasa nak ke dentist tu tak ada lagi laa kot, rasa takut mengatasi rasa sakit gigi ni haaa... Esok kalau dah pipi pun bengkak dek sakit ni mungkin laa aku menyerah diri di mana-mana klinik gigi berhampiran huahuahua!

Today nothing much to do... It's like I sleep all day long, rasa mabuk penat baru balik Melaka tak hilang lagi. Bangun aje bukak mata rasa nak tutup balik so layankan aje... Dok sorang gua nak buat apa pun. Mengemas-mengemas sorry la hari ni, tak sampai 2 minggu aku nak pindah rumah lagi so kirim salam laa aku nak kemas-kemas hahahaha!


Ehh episod pencarian kotak bermula lagi... Anyone nak tolong saya pindah?? Hehehe meh meh.

Jalan-Jalan Melaka!

Actually percutian ni dirancang mainly untuk ke rumah my mother in law hehehe... Jemputan sesi membalas lawatan la kiranya... Tapi yang pergi mak aiii ramai okayyy! Lastnya jadi macam family trip jugak laa... But we really enjoyed the moment even rasa macam 3 hari tu mana nak cukup keliling Melaka.



Muka gedik nak pergi rumah mother in-law, on the way ke Melaka with the families...Ramai tau! Ala-ala rombongan cik kiah.

Malam dibawa ke Melaka River Cruise naik cruise VVIP lagi..!

Excited nak pergi tengok boye! Boye darat dah selalu tengok dah huahuahua...


Sebelum balik that day, naik Taming Sari.. Haaa tak sah la kalau pergi Melaka tak naik kan. Sedangkan ada orang tuu tak naik lagi ceett buat malu company aje hehee... Malam makan kat Umbai. Ni satu lagi tak sah kalau tak pekena ikan bakar and all the seafood there! Memang laa dah sampai beratus kena sekali makan huahua tapi berbaloi laa sebab best! Sampai kan dekat Umbai takde satu gambar pun aku hamik, ni semuaa melantak punya pasal hahahaha...

For The Rest of My Life, I'll Be With You...

Enjoy the pictures! Hehehe memory remains forever.... And may all our dreams come true, amin...


Thank you for the lovely ring darling!


For me...




Ada ke mak andam kata macam Rozita Izlyn... Hehehe aiyaaaaa!


Posing jangan tak posing!





Hehehe I like this one the most... ;)

Yeahaaa cheeseeee!

Kuku Oh Kuku!


Hmmm frust betul saya tak dapat buat manicure! Menyesal tak buat kat KL aje hari tu... Konon nak tunggu dah dekat baru nak buat last nya langsung tak dapat... Ingatkan dah namanya Spa mestilah boleh buat manicure ni, end up frust sendiri sebab takde! Macam pelik la pulak, hampir semua tempat yang saya masuk memang takde... Aikk tukar la jangan letak spa, sepak kang baru tau! Huhuhu gilap sendiri aje la kuku, mana nak sempat lagi... Itulah suka lagi bertangguh, habuk pun tarak!


Nak buat body scrub treatment macam taubat pulak, last sekali buat esok terus demam. Okayy sekian, saya nak pegi scrub sendiri badan wakakaka!

Selamat Pengantin Baru Wahai Adikku!

My brother are now married! Goodbye la to your zaman bujang wakakaka! Hehehe majlis akad nikah was on December 4, 2010 and majlisnya the day after... All those pictures here was taken on the day of majlis akad nikah, masa majlis kenduri tadi saya sangat sibuk makan dan menyakat anak sedara jadi terlupa untuk snap photo hehehe nanti kita mintak camera man laa kan apa guna bayar dia hehe... Enjoy the pictures!


This is my brother.... Isshhh ko ni, dulu kecik-kecik kawan gusti aku! Dah kahwin dah... Ingat dik, walau dah kahwin keluarga masih di bawah tanggungjawab ko! Sok sok aku dah takde, ko la harapannya...


Okayy dah berapa ramai betulkan sampin ni aku dah tak masuk campur wahahaa! Semuanya tidak professional kihkihkih... Sila jangan menggunakan khidmat mereka...



Aku berjaya menakutkan dia! Hahaha cuak ko aku kata tok kadi karang tanya ko soalan macam-macam... Ko tak jawab dia tak bagi nikah! Wahahaha berpeluh lalalalala...


Ini sampel hantaran gubahan sendiri okayyy!


Muhammad Azhan Sufi... Remember him? Dah besar kan?
He's so adorable and friendly!


Dah sampai yeeeeaaa, dah sampai yeeeeaaa!



Hahaha ini la masa budak kecik tu nak balas dendam kat abang dia yang kuat menyakat selama ni hahahaha good good! Dia dok depan tu semata-mata nak tengok muka abang dia dekat-dekat dan nak gelak-gelak tengok muka pengantin yang cuakk depan tok kadi! Ramai yang cakap tok kadi handsome hehehe... No comment, karang ada orang marah hihihi... Okayy la, sah dengan sekali lafaz! Frust adik aku yang kecik tu wahahaha!


Apa kes malu-malu? Lempang karang nak? Malu konon hahahaha!

Hahahaha habis muka aku tak payah masuk ke? Hehehe masa ni diorang sesat nak cari umah auntie aku as nak berkumpul kat sana! Okayy aku bila bab dah sesat or salah jalan baik aku diam, baik snap snap gambar... Kenapa? Sebab aku laa yang tunjuk jalan sampai boleh sesat tuu wahahahaha!

Okayy kita nantikan laporan minggu hadapan majlis bersama-sama, lintas langsung dari Perak hehehe...

Mood Poisoning Day!


Hati dah la tengah hot! Jammed pulak macam ni bertambah-tambah la bengkak hati saya... Semua orang jadi kurang sabar, tapi saya jadi superb kurang sabar! It is too personal to tell you, but it is really hurting me so much inside... Mengadu aje kat dia tadi, sebelum sampai ending saya sudah hujan lebat huhuhu!

Eh baju saya siap tak ni?? Wahai mak andam ku, jangan la tak siap baju saya on time! Tiba-tiba mood panic datang tanpa sebab ni, buat andaian macam-macam... Rasa macam baju tak siap la, itu ini laa... Ke instinct yang betul? Hopefully everything will be okayy and run smoothly, amin...

Drive In Peace


Hari ni takde konvokesyen jadi jalan sangat laa lengang dan menenangkan! Kalau tak jangan harap yer, aku keluar la awal macam mana pun tetap bersusun jugak kereta… Kalau roundabout kat depan main gate tu lagi bersusun ko nak masuk! Time macam ni la semua orang jadi kurang sabar dan tak waras, aku rasa nak pecahkan lampu signal diorang sebab biol sangat tangan tu taknak bagi signal! Even hari ni takde konvo aku keluar awal jugak sebab takmo parking jauh, nanti sian kaki aku… Kalau bab parking aku sanggup bangun awal nak chooppp dulu tempat best wakakaka tak senonoh betul!

Eh apa masalah dengan Internet ek sekarang ni? Baik pakai broadband kat rumah atau blackberry aku ni memang speed adalah sangat lalok okayyy! Kejap-kejap broadband disconnect, atau tiba-tiba aje jadi lambat nak mam... Aku dah banyak sabar dah ni! Haaaaa aku ni dah la pengguna yang setia! Line phone pun sama, tiba-tiba kang hilang 3G network terus tukar jadi GPRS aje... Ke area aku aje macam ni, agak-agak la dah lebih 2 minggu macam ni... Hangin hangin!

Jom Derma Darah!

Tadi dengar kat radio pasal derma darah... Korang taknak pergi ke menderma untuk tabung darah negara? Pergi laa ramai-ramai! Aku kalau boleh dah lama dah pergi... Aiikkk takkan takut jarum kot?

Once upon a time, echewaah aku memang rajin derma darah ni... Hehehe asal ada kempen aje aku jugak la menyebok nak pergi, tapi aku heret sekali orang-orang terdekat contohnya kawan-kawan masa kat Dungun dulu wahahaha! Bukan mati pun derma darah, dapat tolong orang lagi ada laa... Actually nak derma ni tak payah tunggu masa ada kempen aje, anytime!


Untungnya jugak selalu join ni, is that aku memula dapat tahu about my disease exactly time ni... Diorang yang noticed my blood pressure is always high, bagi la rehat sejam pun tang tu jugak la reading dia... Ada la dalam 2 kali aku nak derma tak boleh, then they asked me to go and have a checked up at the clinic... See, bukan nak kata tapi kalau kita niat nak tolong orang insyaAllah dilorongkan jalan untuk kita dengan cara yang lain... Eventhough knowing that we're sick but it's better to know and get a cure kan? Dari dah teruk baru nak sedar...


Haaa jom pergi jom! Tak sakit laa, cabut gigi lagi sakit!

17:10













Melaporkan daripada bilik berita! Kejadian berlaku dalam jam 5.10 lebih kurang bila bus tu blocked by the car in front... Memang dah masa ni orang tengah bersesak nak balik kerja dan entah siapa la punya kereta yang bijaksana boleh parking dekat situ as it is not meant for parking pun doooo! Walau macam mana terdesak pun tolonglah use the brain dah tahu ko akan mengganggu traffic, orang lain pun nak cepat tapi that's not the way to solve your problem then orang lain jadi mangsa!

End up bus tu hon panjang pun tak ada la sape pun turn up! Sama ada tak dengar atau pun kecut gusi nak turun... Nasib la kereta yang park dalam parking space yang betul depan bus tu my colleague punya kereta! Once dia keluar then the bus boleh celah laa walaupun sempit... Sampai aku nak balik tadi pun that car still there! Cayalah, memang selamberrrrrr!

Scary!

Hari ni sangat menyesal tidur petang! Bukan salah saya yer, sambil baca novel baru tambah pulak dengan hujan lebat dan sejuk secukup rasa mana la mata mampu nak bertahan... Itulah orang dah pesan jangan tidur petang, ni dah la tidur sampai bawak ke senja... Okayyy saya mengaku saya suka tidur hehehe...

Mimpi petang ni memang 18SG! Dan buatkan saya macam takut nak stay dalam bilik, macam aje la dah memang pot paling aku suka berlingkar atas katil tu... Okay mimpi dia macam ni, sama situation masa tengah hujan lebat tiba-tiba saya terjaga dan tengok curtain sebelah katil tu pendek sebelah... Rupanya curtain tu dah terpasang dari luar tingkap! Saya berdiri atas katil dan cuba betulkan balik curtain tu pasang dari dalam... Masa tengah terkial-kial betulkan, terperasan dinding atas tingkap tu, ada satu lukisan! Yezzaaa lukisan ni gambar sorang perempuan dengan muka scary rambut panjang dan mata macam nak tersembul tengah menjeling!

Lepas tu terus saya tersedar, bilik dah gelap tapi hujan dah stop! Tak bestnya bangun mimpi-mimpi scary ni! Terus cari dia mengadu, okayy saya dah agak dah kena dengar nasihat dulu hehe... Teringat-ingat lagi perempuan dalam lukisan tu, memang confirm gua susah nak tidur malam ni!

Okayy kalau nak think positive, assume aje mimpi tadi petanda saya kena basuh curtain tu... Boleh?

New Book: Handle With Care by Jodi Picoult



Things break all the time.
Day breaks, waves break, voices break.

Promises break.

Hearts break.

Every expectant parent will tell you that they don't want a perfect baby, just a healthy one. Charlotte and Sean O'Keefe would have asked for a healthy baby, too, if they'd been given the choice. Instead, their lives are made up of sleepless nights, mounting bills, the pitying stares of "luckier" parents, and maybe worst of all, the what-ifs. What if their child had been born healthy? But it's all worth it because Willow is, well, funny as it seems, perfect. She's smart as a whip, on her way to being as pretty as her mother, kind, brave, and for a five-year-old an unexpectedly deep source of wisdom. Willow is Willow, in sickness and in health.

Everything changes, though, after a series of events forces Charlotte and her husband to confront the most serious what-ifs of all. What if Charlotte should have known earlier of Willow's illness? What if things could have been different? What if their beloved Willow had never been born? To do Willow justice, Charlotte must ask herself these questions and one more. What constitutes a valuable life?

Emotionally riveting and profoundly moving, Handle with Care brings us into the heart of a family bound by an incredible burden, a desperate will to keep their ties from breaking, and, ultimately, a powerful capacity for love. Written with the grace and wisdom she's become famous for, beloved #1 New York Times bestselling author Jodi Picoult offers us an unforgettable novel about the fragility of life and the lengths we will go to protect it.

Thank You Celcom


Terima kasih laa pada Celcom for the Touch N Go Card with preloaded value of RM10, reward for subscribing to Celcom Balik Kampung campaign...

Mula tadi tengok envelope dari Celcom ni aku ingatkan reminder tak bayar bill ke hape, sorry sikit saya bayar on time wakakaka! This card bukan untuk saya, number aje atas nama saya but this card is for him laaa! Hahahaha mula mengomel tak puas hati kat dia tadi sebab saya tak dapat, ingatkan nak bagi kat aku hurrrmmm hampeh! Hahaha tak heran laa, saya dah ada Smart Tag, apa kelassss nak touch touch lagi ni wakakakaka (tanpa menyedari menatang tu pun dia yang belikan lalalala)!

Jalan-Jalan Day!

Hari ni jalan-jalan time!

As usual, kami selalu lepak satu tempat aje dari pagi sampai malam! Banyak sangat tempat kang rasa macam rugi masa yang sangat rasa terhad ngeh ngeh ngada! This week aje yang dia tak busy, next weekend tak dapat dah... Hari ni memang tujuan sebenar nak cari barang saya ehem ehem barang dia semua dah complete tau!



Dalam pada nak grab buku untuk saya, sempat jugak dapatkan dia satu! Tu yang title 'Aku Terima Nikahnya' untuk letak sekali dengan sepersalinan baju melayu dia ooo yeaaaa sangat simbolik kan? Untuk saya ada 4 buah buku tak sempat nak snap dia dah angkut balik dah, three of them yang related dengan isu rumahtangga ni lupa sudah tajuknya dan satu macam biasa self help... Yang sebelah tu by Jodi Picoult adalah mangsa kerakusan dan nafsu yang tak dapat dielakkan! Itupun dia dah tarik saya tanda stooopppp hahahaha... Siap tanya, kita taknak beli rak buku sekali ke sayang? hahaha serious tacing!



DKNY perfume di atas adalah mangsa yang asalnya tak termasuk dalam list of thing hehe cuma sponsored by Mr Bubu tanda i lap u hehehe... The Big Apple hmmmm best okayy! Buat gaya kucing manja sikit, sengih dan muka simpati secukup rasa dan tadaaaaaaaaaaaa hehehe! Thank you laling!

Hari ni sangat penat, kejap je rasa dah malam... Kaki pulak mula aje okay lepas tu jalan senget balik haaiii laaa! Okay esok saya review movie, sekarang saya nak pengsan dulu... Gudnite!

Okayyy Okayyy Ngeri!

Yesterday, kawan saya send satu email ngeri! Aku part ngeri ni kalau accident aku tak ada masalah boleh tengok lagi dan tak bawak effect sampai tidur... Okayyy yang ni serious punya ngeri sampai rasa teringat-ingat sampai la dalam mimpi... Weeehhhhhh agak-agak la nak hantar video orang bersalin kat aku weeehhhh! Gila ngerinya....!!! Yang ko kiah send la kat orang dah kawin, yang send kat aku kejam gila... Agak-agak sok kalau aku postpone nak kawin, ko tolong jawab eh...
Huuuu all this while, aku hanya ada tengok gambar aje itupun tak ngeri sangat! Macam cool aje la tengok, rasa macam okayyy kot hehehe... Tapi sampai dah tengok dalam video life camtu dengan sound effect jerit-jerit, main gunting pulak huwaaaaaaa serious buat saya pikir 40 hari 40 malam... Ishhh seksanya kan, tapi camtu la mak-mak kita tempuh nak lahirkan kita... Sekali ko buat perangai macam lahanat tak hormat orang tua, melawan dengan bonus perangai macam setan kat luar memang patut lepas keluar tu picitkan aje hidup-hidup!
Okayyyy serious saya insap sekejap... Okayy rasa saya dua orang cukup kot, sekian...

So Many Years, But It Gets Harder Every Single Day


No update for a few days.... Kalau boleh nak tidur sepanjang hari... Semalam pun macam pengsan tidur tak sedar... Sape yang called semalam pun aku macam ingat-ingat lupa, ingatkan mimpi... Terjaga sebab perut lapar! :( Susah nak get back to sleep, someone telah membuatkan saya terfikir dan berfikir tentang sesuatu, hmmmm entahla...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile

Presenting My New Book

My new book! Bought it last two days at MPH masa pergi lunch kat luar.... Hehehe macam biasa saya memang tak boleh nampak book store... I got 30% off for the book... Room: A Novel written by Emma Donoghue...

Okayy ada masa saya review, I just started reading the book this morning and hooked to it!! Hehehe next weekend saya dan Mr Bubu are going for book hunting, hehehe nak cari buku-buku untuk dibuat hantaran saya! Dan saya rasa untuk dia jugak ada satu buku yang sesuai ngeh ngeh surprise for him! Cuma saya dah remind dia, no way of giving me buku resipi hahaha itu satu simbolik suruh saya belajar macam-macam masakan! So that's why kita harus pergi bersama-sama ye bang!

Inang-Inang


Pernah cuba inang-inang?? This is my first time makan benda ni... Sebelum ni pernah dengar nama aje... Hehehe terima kasih buat bakal mother in law sebab bawa inang-inang ni untuk saya... Harus diingat ianya perlu digoreng dulu yer sebelum makan, kalau rasa nak patah gigi depan silalah makan tanpa menggoreng dulu wakakaka! Hahaha bukan apa saja ingatkan sebab mula-mula dulu saya pun pikir benda ni boleh terus dikunyah... Tak tahu ni nak describe rasa dia, tak manis tapi sedap I likeeee besides its colourful....

Nightmare Lagi!!

Jam sekarang dah 1.24 pagi... Alkisahnya saya dah tidur tadi, biasalah macam biasa tergolek pengsan mengalahkan orang kerja buat bangunan... Sedar kejap bila bangun cakap dengan Mr Bubu tu pun dalam keadaan separa mamai dan lepas tu saya siapkan baju kerja untuk esok...

Haiihhh dah tidur balik tadi, buat saya terjaga sampai sekarang bila mimpikan ular sebesar lengan ada tiga empat ekor... Seekor ular tu dapat patuk tangan saya like banyak kali laa... Mau tak terjaga terkebil-kebil sampai sekarang.... Waddehellll mimpi creatures yang aku takut tu?? Dah la besar lepas tu dok jelir-jelir lidah lagi kat saya! Lepas tu elok nak lari, sempat pulak dia patuk tuuu waddeeeee! Sebelum ular ni muncul dalam mimpi, saya mimpi ada ombak besar then terjumpa ular bengong ni!
Hari tu dah mimpi anaconda, tak ke seram aje mimpi aku... Tak payah ada mimpi lagi bagus camni, ni tak pasal nak kena erase mimpi dari otak!

Okayyyy saya tak suka terjaga dari tidur sebab mimpi camni... Ni dah siap amik wudhu supaya tenang sikit... Dari saya tidur semula terus dan teringat, baik laa cerita kat sini dulu sambil dengar Sinar FM... Dah called dia mengadu dengan harapan cool down aku sikit, hampeh! Dia suruh tidur kata takde pape tu, macam la aku tak tahu esok kalau aku tanya balik ingat tak aku ada called, kompem dia tak sedar punya!! Haihhh laki aku! Harap-harap kang senang nak tidur dan tak mimpi lagi camtu, eeeee geli!

Born in August!

Hanya pengakuan tulus ikhlas dari saya pada rahsia bulan kelahiran ini... Me born in August.

1. Suka berlawak
Hmm so and so laa... Bukan dengan semua orang, ada circle of friend sahaja yang I'm in the mood untuk berlawak..

2. Mudah tertawan padanya
Pada siapa? Hahahaha nak perang dunia ke hahaha...

3. Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
Takde la 100% sopan lemah gemalai gitu... Sopan santun as in dengan orang yang lebih tua tu hormat laa... Bukan jenis yang jalan lenggang lenggok ala-ala invertebrate hahaha... I tried to take care of people around me, and hopefully they are doing so...

4. Berani dan tidak tahu takut
Hurmmm berani pun bertempat la.. Oh saya tahu takut hahaha...

5. Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
So and so... Saya tak suka kepala saya dipijak oleh orang lain, so saya mengharapkan diri saya yang fleksibel ini takkan disalah ertikan... Saya boleh jadi sefleksibel mungkin asalkan anda tidak mempergunakan kebaikan saya...

6. Pandai memujuk orang lain
It's now... Dulu saya langsung tak pandai pujuk orang, sebab saya hanya suka dipujuk... But from time I learned that we have to give and take... Kalau saya mahu diri saya dipujuk, saya juga perlu pandai pujuk orang lain...

7. Terlalu pemurah & bersikap ego
Yes sometimes saya memang sangat pemurah! Saya tak boleh tengok kesusahan dan kesedihan orang lain... Dengan orang yang saya sayang saya memang sangat pemurah, entah dah macam ni... But with certain people, saya adalah makhluk yang sangat kedekut! Ego? YES, I AM...

8. Dahagakan pujian
Saya bencikan pujian terlampau kerana pujian sebenarnya boleh menjatuhkan... Percayalah, saya dah lalui saat di mana pujian yang berlebihan membuatkan kita berada di atas dan jatuh dengan kegagalan...

9. Semangat juang yang luar biasa
If I want something, I'll fight for it... Saya tak tahu erti sabar, tapi tidak menyusahkan orang lain untuk mendapatkan keinginan saya... Menyusahkan orang itu bukan prinsip hidup saya...

10. Cepat marah & mudah mengamuk
Alamak.... A big YESSSS! Saya sendiri tak tahu kenapa saya mudah marah dan melenting walau dengan reason yang sangat rapuh! Pantang kalau di provoke or dicabar... Jadi pada sesiapa yang pernah terasa, maafkan saya... Sometimes, I just can't control myself...

11. Mudah marah apabila cakapnya dilawan
Should be yes or no... Depend on situation and the issue..

12. Sangat cemburu
Hehehe YESS! But now I can control it, hahaha tak berani nak cemburu lebih-lebih nanti saya dapat khutbah panjang... Try to control it, cemburu sangat pun tak elok jugak nanti semua benda tak betul dan diri sendiri yang tak senang duduk... Saya ambil pendekatan relax aje sekarang... Dan ianya sangat menenangkan!

13. Daya pemerhatian yang tajam & teliti
Saya suka pada kesempurnaan! Tak suka pada small mistake yang dibuat oleh diri sendiri...

14. Cepat berfikir.Fikiran yang berdikari.
Saya tak suka bergantung pada orang lain... Seriously I hate it! Walau susah kalau saya masih mampu buat, saya akan buat sendiri...

15. Suka memimpin & dipimpin
Lebih mudah kiranya saya suka kedua-duanya sebab kita boleh jadi fleksibel di mana-mana dan dalam apa juga situasi... Boleh terima pimpinan orang lain dan boleh memimpin...

16. Sifat suka berangan.
Ada ke orang tak suka berangan?? Saya berangan sebelum tidur, sangat best! Honestly memang saya sangat suka berangan hehehe...

17. Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
Seni lukis? OUT! Mak cakap saya hanya pandai lukis orang lidi sampai hati.. Hiburan? Hehehe saya suka menyanyi, sebab ada orang cakap suara saya merdu lalalala jangan tak percaya... Silat?? OUT!

18. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
Yaa, kawan-kawan boleh bergurau apa saja dengan saya... Memang saya agak sensitif, tapi tak mudah untuk merajuk or tarik muka... But once saya merajuk, itu agak parah... Beware hehehe!

19. Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
Tidak... Kalau saya sakit, it will becoming worst then baru baik... Or tak baik-baik, kesian saya...

20. Belajar untuk bertenang. Sikap kelam kabut.
Agak kelam kabut dan panic tapi makin lama makin bijak untuk belajar relax... Kalau tak my blood will go upstairs maaaa... So have too!

21. Romantik, pengasih dan penyayang
Malu I... Ye kot hahaha...

22. Suka mencari kawan
Saya agak memilih kawan! Pengalaman mendewasakan, backstabbers are everywhere... Bukan kata diri ni bagus, tapi tak salah berhati-hati kan? Kalau saya dah anggap sesorang itu kawan saya akan jaga dia supaya kekal menjadi sahabat saya...


Hehehe sekian, ni namanya aku takde keje di hari raya... Jangan lupa birthday present saya ek untuk next year!

Salam AidilAdha


Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua! Maaf zahir dan batin... Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan hidayah dariNya...

Amacam balik kampung ke? Hehehe cuti dah la sehari je... I'm not working today as semalam dah balik pukul 4 pagi rasa memang tak mampu dah nak buka mata... So bolehlah balik awal sikit ke kampung, tu pun tak awal sangat la pasal budak notty ini terpikir untuk escape dari jadi AJK memasak di dapur hahahaha! Ko hingat ko boleh elak ke?? Saya hanya suka kerja-kerja akhir di dapur iaitu basuh pinggan mangkuk, bagi la sebanyak mana pun saya sanggup dari kena buat kerja awal-awal memasak hehehe... Bukan malas okeyyy huhuhu I know when it's time saya harus rela hahahaha... Saya tak sambung cuti pun lepas raya haji ni, Khamis akan get back to work... Cuti ahkak bukan la banyak sangat lagi, cukup-cukup makan aje kalau ada important things to do!


Salam AidilAdha... Semoga kita sama-sama dapat menghayati erti pengorbanan yang sebenar dan semoga Allah memilih kita untuk mengikut jejak Nabi Ibrahim a.s dan keluarganya yang sanggup berkorban apa saja demi kasih dan taat terhadap Allah S.W.T.

Tawakal PadaNya


I'm here last night... My turn supposed to be number 11, appointment at 10 pm... Masa sampai tu hampir kul 10 la tapi tengok turn baru number 3... Ramai jugak orang yang datang berubat kat sini plus the followers lagi buat ramai la kan... Appointment saya untuk November ni dah dibuat tiga bulan lepas, punya la ramai sampai appointment pun tiga bulan baru dapat dan ada yang lebih lama dari tu... Ustaz ni suruh saya amalkan dua surah selepas solat... InsyaAllah appointment seterusnya will be on February next year...


Semalam sampai rumah around 4 am dan saya sampai sekarang tak hilang ting tong lagi sebab tak cukup tido hehehe...


Complete One Set!


Sampin untuk hantaran Mr Bubu... Cantik tak? I didn't choose the one that have gold colour of benang tu sebab rasa macam dah biasa... I thought this one is really nice, silver and black... Pakai dengan baju melayu putih waaahhh memang masuk la... Hahaha memang la masuk sebab dah berjaya membankrupt kan saya serta merta wakakakaka! Complete sudah satu set of kain baju melayu putih, sampin dan songkok tinggi, baldu tebal bla bla and bla yang memenuhi spesifikasi pilihan beliau hahahaahaa...



Oh actually I got a story while choosing this sampin and dealing with abang yang jual ni hehehe nanti la cerita malu saya hehehe...

Better To Sleep, Neutralizing My Mood!

Tak tahu la mood saya punya teruk hari ni sampai menahan diri dari bercakap dengan orang! Takut ada yang sentap or terasa... Serius saya sendiri tak boleh control... Maybe I wake up on the wrong side of the bed today... Gosssh I feel so damn down plus rasa macam tak boleh nak control hati yang panas tanpa sebab! Mata rasa pedih semacam, like sleepy gila laa...

Pagi tadi memang saya asyik nak marah dan behave rude la I consider! So tengahari I decided just to sleep, hoping that my mood will be okeyyy... Dah bangun ni still rasa yang sama better sikit aje la, ni kalau check blood pressure ni confirm aku pengsan tengok so malas nak check whatever laa! Just wondering why suddenly I turn to be like this hmmmm...


Wanna try to have my shower mana tau dah kena air sejuk sikit panas hati panas badan ni... Kalau tak okeyyy jugak maybe I should just go to sleep early tonight...

The Car Is Shining Bebeh!

"Abang, ayang basuh kereta guna Dynamo!"
"Apaaaaaa??????!!! Guna apa???!!"

"Dynamo..."

"Subhanallah! Jangannnn, hakis la colour kereta tu nanti!"

"Hehehe tapi shining shining!"



Haahahahaa tak buleh ye basuh kereta guna sabun basuh baju... Aku pernah basuh guna sabun serbuk lagi cuci kereta! Sebab nampak shining dia lain macam... Tanggal daki dan kesan kotoran degil hahahaha bukan selalu once in a blue moon je aku basuh sendiri... Sekali kena marah daaaaa! Hahaha bagus jugak, mungkin dia dah start ada rasa takut-takut nak dera saya nanti untuk basuh kereta dia lalalalala... Dera la kalau nak saya basuh kereta dengan clorox hehehe...

Eh Inspira tu smart gak kan?

When There Is Nothing To Watch

Aku rasa tv programme sekarang sangat membosankan! Channel berpuluh pun tapi cerita macam hampeh... Or even worst korang dok main cerita yang sama again and again... Tak ada modal dah eh? I would rather watch my favourite cartoon daripada membenakkan kepala tengok siaran tah apa-apa... Buat sakit jiwa aje, tu sebab kalau tv programme tak menarik aku hanya boleh bertahan depan tv paling lama pun setengah jam then zzzzzzzzz!

Mungkin itu jugak sebab kenapa hobi aku tengok movie! Kalau saya hadap tv pun I would choose to watch cartoon or CSI ke House ke or any movie at HBO! Itu aje yang boleh buat saya tak tertidur sebelum waktu hehee... If not baik saya menghadap laptop lagi banyak benda boleh buat...

Ohhh project terbaru, writing a story... Just wait for it hehe...

Another Nigthmare!

Last night tergolek kat living hall dengan tv tengok aku sampai pukul 4.30 pagi... That's not the point, I had another nightmare!! Not really bad as before but still its about me being dead huhuhu...

This time macam ada unsur-unsur hantu Ju On sikit laa... We as I don't even know siapa, went for a jungle trekking naik beskal huahauhauaaa yang tu kelakar laa... Dekat satu tempat ni kami plan untuk bergambar... This is it, everyone of us bila bergambar the picture will turn to be so damn weird like kami tak buat pun pose macam tu dan turn out dalam gambar jadi lain... We feel very strange tapi masing-masing senyap macam ada rasa something is wrong! End up one of us (aku rasa aku kot!) yang bagitau ini adalah tanda kita akan dikejar oleh something or maybe hantu yang akan bunuh kami one by one ikut giliran, macam cerita Final Destination la pulak!! So final scene was we tried to run away from it!


Habis mimpi! Apesal la ni aku keep dreaming like this!! Nak kata aku banyak sangat tengok tv, belum sempat setengah jam aku dah pengsan tidur... Ke petanda mimpi ni aku nak jadi kaya? Gila! Kalau cakap dengan dia kang, dia confirm kata aku banyak sangat tengok horror movie dan cakap lepas ni jangan tengok movie macam tu lagi... Taknak aku, tak main la tengok cerita cinta cintun ni, geli hidung haha!

My Nightmare!


Pernah tak mimpi ngeri yang teramat ngeri?? I had once last night and I think it is the most that I can called it nightmare... Gila seram okeyyy! Bangun tu saya terkebil-kebil susah nak tidur semula walaupun ahkak jenis letak kepala atas bantal je terus jalan...

It is not so clear what's happening in the dream... Yang aku tahu, it was here kat rumah when I'm all alone... Macam ada kecoh sekejap then saya nampak saya di atas katil dengan kepala putus dari badan... Masa tu mata saya still bukak lagi dan macam tengah menyaksikan diri sendiri dah terbaring macam tu... All that I knew, saya jadi macam tu kerana dibunuh!

Nauzubillah, dasyat sungguh mimpi tu! Walaupun saya tak nampak sesiapa pun, tapi the last part tu memang rasa macam oooooh why me?! A friend of mine said that, kalau kita mimpi mati maknanya insyaAllah umur kita panjang... Entahlah, I just hope I don't ever get this dream again, mimpi laa jadi millionaire ke kan...

Falling in love with you, I had no control over

Hahaha banyak dah aku dapat statement like eh your abang nampak baik aje, nampak sopan aje and like orangnya nampak macam pendiam dan soft spoken... Aku dalam hati cesssss statement! Kalau setakat tu aje I don't mind la hehehe... Tapi boleh main compare pulak dengan aku, like aku ni bising la, emo la hehehe yeke?


Hahaha saya tak kesah la... Off course la kena ada perbezaan! Tapi statement semua tu mana korang tau ek? Mana korang tau dia sopan hehe, depan saya sopan ke abang? Kalau tak cover kentut tu kira sopan ek hahahahahaha! Mana tau nampak baik, kalau dia marah saya sampai meraung dan kalau menyakat saya setiap hari siang malam non stop sampai rasa nak report polis! Baik ke?? Dia pendiam?? Soft spoken?? Soft spoken masa romantic aje la, selain tu takde la mana sangat soft nya hahahaha... 

Okeeyyy apapun saya tak kisah laa sebab hanya saya yang mengenali hati budi dia... He's the best person I've ever know! Walaupun kadang-kadang dia garang, saya tau semua tu untuk kebaikan saya. Susah senang kami dah tempuh bersama dengan jarak yang tak pernah dekat, jadi siapa dan bagaimana dia saya terima sepenuh hati hehehe... Ayat di atas adalah benar dan bukan bodek semata-mata, tapi saya ada benda nak mintak ni lalalalalalala...

Free Seats!


Free seats weh!

Jom booking secara berjemaah! Book until 14 Nov 2010 and travel next year from July to November! Ahhh sapa-sapa yang nak booking untuk tahun depan silakan, mana tau planning nak honeymoon ke hikhik!


For me, travelling tak payah tunggu any special event kot... Dasar ada taik lalat kat kaki memang camtu! In my dictionary the word T.R.A.V.E.L dah buat saya terkinja-kinja ala beruk! Ko ajak aku pergi KL pun aku dah kira ala travel jugak hahahaha... Haihhhh tak tahu la apa nak jadi, dalam kepala hotak ni asik mereka-reka aje ke mana nak perabis duit macam yang banyak sangat... Entahkan dah kawin esok laki aku tu nak ke melayan budak taik lalat kat kaki ni... Taknak layan sudah la kan, tinggal la hahahaha...

Okeyy yang pasti dia akan bagi saya syarahan perdana bertajuk 'Belajar Berjimat' setiap kali aku bagi hint nak berjalan... Lepas tu membebel kata jalan la jauh mana pun, sayang tetap buta jalan! Ooooh satu penghinaan yang suci lagi murni, touching hahaha!

Harry Potter is Coming!

Movie Harry Potter keluar 18 Nov!

Very short SMS from my little guy... Okeyyy aku paham la tu, dengan erti kata lain sila balik bawak saya pergi tengok movie tersebut di samping aku di pow dengan lebih lagi pada hari tersebut hahahaha... Pendek aje sms dia bagitau aku tapi makna tersirat dia sangatlah mendalam... Ini akibat bagi dia baca banyak sangat novel Harry Potter lah ni sampai lepas baca dia nak tengok movie pulak! Okeyy apa-apa la dik, asalkan ko bahagia...

Fuuuuhhhh Lega!

"Abang tadi tempah baju, veil semua dalam RM***!"
"Oooh yeke? Memang camtu ke harga dia?"


"Yeeeeeeeeee laa!"

"Nape? Sayang nak bantuan ke?"


"Yeeeeeeeeee laa, tu sebab orang cerita..."

"Okeyyyyy..."


Hahaha no comment, aku cuma nak cakap YESSSSSSSSS!! Hehehe nasib la cepat paham nawaitu aku lalalalala... Fuuuh nasib la ada orang nak amik tempahan last minute aku tu, kalau tak ahkak pakai baju kelawar aje la... Vogue ape?!

Finally A Safe Journey



After the incident of being followed by a road bully that afternoon, I just need sometime to get inside the car with my brother again... Dah la gua kena balik KL hari dengan dia as I didn't drive my car balik this weekend because of special occasion... Okeeyyy sebelum masuk kereta gua dah doa banyak kali supaya selamat sampai dan tak ada lagi incident ngeri... Dengan harapan jalanraya macam biasa memang silap besar laaa... Jam gila! Biasalah baru habis perayaan! Bermakna aku lagi lama laa dok dalam kereta dengan adik aku tadi... Mak aku dah pesan awal jangan tidur (pasal dia tahu anak dia ni kuat tido di mana saje!!) tengok dan teman adik aku drive... Laju je kasi ingat! Okeeyyy aku tak kisah sangat dia bawak laju tu, tapi aku kisah takut dia cari pasal lagi kang sampai kena kejar...

Nasib saya dah selamat sampai hehe... Itupun saya dah jadi macam mak nenek pot pet pot pet along the way...

Followed By A Road Bully!

Fuuuh today was the most horrible day for me! We've been followed by a road bully okeeyyy!! Alkisahnya this car nak overtake my brother's car... Masa tu we've been blocked by a bus kat tengah jalan bandar tu, then out of sudden came this bastard dengan kereta buruk nak mampus potong macam tu aje! Haaaa dapat pulak adik ahkak yang baran lebih kurang sama macam kakaknya ni... Dia bagi hon panjang la kat this guy, plus he gave all those 'sign' la kan dengan bagi lampu sekali! Fine, this guy tak puas hati dan hon balik padahal dia kat depan kitorang!

Dah clear sikit jalan, dia give way kat kereta kitorang dan follow dari belakang!! Okeeyyy kat sini aku dah maki hamun adik aku dah... Agak-agak la dia main balas-balas hon tadi pastu siap tambah signal tangan bagai... Mampus jauh dia follow kitorang! So dengan perasaan gabra nak mampuss punya, I asked him to turn back dan cari police station... Waaahhhh macam dalam filem when this gangster haa try to overtake the car tapi tak boleh... Bila dia dapat overtake separuh, dia jerit pegi mati la sama luuuuu kat adik aku!


Okeyyy aku dah called abah time ni, telling him what's happening, mana la tahu kan buatnya dia dapat stop kan kereta dan buat something to us at least someone would know... After that, the guy try cari jalan shortcut so that he can stop us at the other side but I came to realized his trick dan aku suruh adik aku masuk satu jalan lain so this samseng memang takkan sempat nak nampak where we go!

Dan at last, we escaped! Macam cibai tak kisah scary aku ni?? I feel like 'eh mati jugak aku kang dengan samseng ni' masa dia follow tu! Memang hari ni adik aku dapat syarahan yang panjang dari aku! Cuba la kalau dia sabar sikit dan tak cari pasal dengan lelaki jahanam tu!! Aku taknak masuk front page sebab jadi mangsa road bully!! Apapun alhamdulillah semuanya selamat...


For Mr Bubu, shaye mintak maap awal-awal sebab pemilihan bahasa dalam entry kali ini adalah sangat dilarang oleh anda... :)


p/s:
Eheeem aku nak tengok minah kepochi tu datang tak tanya personally kat aku pasal apa yang dia baca ni hahahaha!!